Hari itu saya sedang menunggu isteri saya bersalin. Saya keluar hospital dan duduk di tepi jalan untuk menghisap rokok.
Belum pun sempat api mencucuh Sampoerna Hijau, saya terdengar suara;
"Yippa!"
Saya toleh kiri dan kanan.
Itu bukan suara Panda Cinta. Suara Panda Cinta lebih garau.
Suara ini suara gembira.
"Yippa!" sekali lagi suara itu menerjah gegendang telinga saya.
Saya pusing. Atas bawah depan belakang.
Terpandanglah saya sebutir asphalt sedang bersorak gembira, "Yippa!!!"
Saya kaget kerana kegembiraan apakah yang dialami oleh asphalt itu. Adakah jauh lebih gembira dari Pemain Bass Kuala Lipis yang kini di puncak asmaradana tujuh petala langit dewa dewi bintang lima bersama teman wanita barunya, yakni Miss X (untuk mengetahui cerita sebenar sila tanya Ely Stradust).
Kenapakah kau begitu gembira wahai Asphalt? tanya saya dalam keadaan gelisah kerana masih belum menyalakan rokok.
"Yippa!" Asphalt itu terus bersorak.
Adakah kegembiraan kamu itu satu rahsia yang tidak boleh dikongsi semesta? tanya saya lagi dalam keadaan separuh menggigil kerana tiba-tiba mahu menahan kencing.
"Gembiralah, kerana semesta dicipta untuk menjadi taman bahagia!" ucap Asphalt yang ceria.
Tapi, tanya saya dalam keadaan mencangkung, bagaimana kamu boleh terus ceria lantaran hidup kamu sentiasa di bawah, di gilis roda, dipijak kaki, di sapu, di tendang dan diperkotak-katikkan?
"Maka apakah itu tandanya kita tidak boleh bergembira? Adakah kerana setiap masa dihimpit sengsara, menjadi dosa untuk saya gembira? Jika demikian, pohon saya kepada tuhan agar ditarik kembali rasa gembira kerana ia nyata tidak berguna buat umat manusia yang selalu lebih suka memikirkan hal-hal sengsara dirinya,"
Saya terdiam dan tiba-tiba bermuhasabah diri. Saya terlalu fokus bermuhasabah diri sehingga tidak sedar sudah terkencing di dalam seluar.
Asphalt terus Yippa
Saya pula harus segera pulang ke rumah untuk menukar seluar sebelum isteri saya melahirkan anak kami. Tidak pernah dibuat umat, seorang ayah mengazankan anaknya dalam keadaan seluar basah dengan air kencing.
Yippa!

tak sanGka asphalt itu boleh buat kamu tencinG dalam seluar. hebat..
comel la apshalt tu. kemsalam kat dia ye? :p
asphalt itu mungkin sebutir geliga yang tercampak ke dalam tar. tak pasal-pasal jadi asphalt, dan dia redha. itu pasal dia tabah begitu. mungkin laa..
mau tidaknyer..
gembira gile asphalt tuh.
tiap2 hari leh tgk suar dalam.
kah kah kah!
helo vovin.
best ar blog
oh lupa nak tanya asphalt tu apa?
tanya pp, dia pun tak tahu.