Mak dan abah ke Kuala Lumpur hujung minggu lepas. Ada majlis meraikan pekerja-pekerjanya. Mak dapat anugerah pekerja yang berkhidmat dengan TNB lebih dari 30 tahun.
Jadi mereka beri staff menginap di Hotel Legend, depan PWTC.
Bapak besarnya bilik yang diberi. 30 orang member dibawak masuk berparti memang puas. Tak pernah saya duduk bilik hotel sama macam Richard Gere melanggan Julia Roberts tu.
Saya dan adik serta adik ipar mengambil kesempatan menumpang tidur di dalam bilik hotel mewah itu. Saya bawa sleeping bag dan tidur di atas karpet di depan tv, membayangkan diri berada di dalam hutan dan di sekeliling adalah pokok. Di atas kepala, saya lihat bintang dan langit. Yang tak ada cuma hantu mengilai sahaja.
Ahad pagi, mak ke Johor Bahru, ada gathering sekolah.
Setiap bilik diberi 2 kupon sarapan. Dengan ketiadaan mak, kupon tersebut automatik menjadi milik saya. Maka dengan penuh bersemangat saya dan abah turun ke ruang makan hotel untuk bersarapan.
Kami ambil tempat di satu sudut tepi dinding restoran di mana terdapat lebih kurang 6 meja di susun sejauh satu meter antara satu sama lain. Meja yang cukup untuk 2 orang makan. Saling hadap mengadap.
Dengan penuh gaya saya dan abah menikmati sarapan.
Kemudian baru saya sedar sesuatu. Saya lihat keenam-enam meja itu digunapakai oleh penghuni hotel untuk menjamah sarapan mereka.
Keenam-enam meja itu diduduki oleh seorang lelaki merangkap ayah dan anak lelakinya yang hampir seusia saya.
Di sebelah kanan saya seorang abah berbangsa India dengan anaknya, juga berbangsa India.
Di sebelah kiri saya seorang abah berbangsa Melayu, dengan anaknya berbangsa Melayu.
Satu deret, keenam-enam meja. Abah dan anak lelakinya.
Cantik juga pemandangannya, seorang ayah menghabiskan masa bersarapan bersama anak terunanya. Sederet.
Saya tahu kalau mak saya baca entri ini dia akan bertanya, "bile pulak kome nak jadi abah dan makan dengan anak terune kome,"
Ahh, selagi bakal mak anak teruna saya jual mahal dan takut dengan komitmen, usah bercerita mengenai masa depan.


hehehe... sampai bila mau tunggu..?
bakal mak anak teruna u tu geng F.O.C ke?
hehe...cute je berderet2
ah itu kalau tangkap gambar menarik tu
Mas - tunggu apa?
Faz - gamaknya, tengok gayanya
Lydia - ya, saya memang cute
King - ingat nak ambil, tapi segan la pulak, ramai orang.Takut kena marah.
adakah itu cococrunch?
Ney - ya, saya makan cococrunch di restoran hotel. Sedap.
tunggu bakal mak anak teruna awk lerrr...
Salam.. selama ni baca jek. ni first time nak komplen. hehe.. idakla.. mak kamu stf ke? Ada program back to school baru2 ini.. kalo betul, kirim salam ya. kalo tak betul, x apa. hehe
cida - ya, mak saya STF. Memang dia pergi program tu.
haishh..TERBISIK pulak..
Yied - mak saya dah biasa dengar, dah jadi bahan lawak. Tak ada masa dia nak hilang selera.