Saya baca satu sajak Pak Samad dan satu sajak arwahnya Rendra.
Entah kenapa, malam itu saya begitu seronok membaca dua sajak ini.
Mungkin kerana membacanya dihadapan Emma Santos? Mungkin kerana membaca di depan Shaira Amira? Eh, dia balik awal, tak tengok saya baca pun. Mungkin kerana membaca di depan Taf Teh? Eh, dia pun sama balik awal. Atau mungkin, kerana roh dan jiwa awak berada di depan saya.
Pengajaran juga agar sentiasa waspada terhadap setting ISO (atau ASA ikut kata Naga, bernostalgia walaupun dunia sudah bertukar digital).
Sedikit gambar pengubat rindu; (kredit: gambar-gambar diambil oleh Ajun Hishamuddin)
Lihat betapa segak dan kacaknya penyajak lelaki ini. Sudahlah kacak, seorang yang prihatin terhadap hal ehwal kanak-kanak. Amatlah malang bagi mana-mana wanita yang menolak cintanya hanya kerana beliau memandu Kancil.
Penyajak wanita yang membaca sajak sambil mendekati lantai. Amatlah terkesan sekali sehingga penonton bertepuk tangan. Tidaklah saya ketahui apa jenis alat bunyi-bunyian yang digunakan oleh jejaka yang kurang kacak berbanding saya itu.
Secara harfiahnya beliau memang kacak. Tidak perlu dikenalkan lagi jejaka ini kerana beliau, suatu hari nanti bakal tewas ditangan saya dalam nominasi calon sasterawan negara.
Sasterawati muda yang hadir menyambut undangan tuan rumah. Tidaklah diketahui kenapa kerusi di sebelah makwe yang langsung saya tidak tahu namanya itu kosong, laksana sebuah metafora tentang kekosongan hatinya. Mungkin Fadli Al-Akiti ada jawapannya.
Sayu pandangannya, sesayu bunyi-bunyian yang keluar dari alat bunyi-bunyian klasik ini. Jelas tergambar wajah harapan bercampur sesalan. Namun semua itu tidak menjadi perkara utama kerana buku beliau telah saya beli dan sepatutnya tidak sedih lagi. Namun hati manusia siapalah yang boleh mengetahui, mungkin separuh hatinya lara dek Emma Santos, mungkin separuh lagi lara dek Taf Teh, munkin separuh lagi lara dek Sharifah Sofia. Hanya masa menentukan.
+
_
Selari dengan waktu acara ini, di sebuah daerah yang lain, pemain bass kuala lipis sedang bergelumang dengan dosa. Tak, saya tak maksudkan dia minum arak. Juga bukan berzina, juga bukan derhaka kepada ibubapak, tetapi bergelumang dengan dosa mencarut.
TAMAT






kenapa time baca sajak org lain macam bosan saja?
baca sajak saja memang bosan, cuba baca sajak sambil tanggal seluar, mesti tak bosan
Kau pernah baca sajak sambil onani?
Bagus, ada hati jadi sasterawan negara (aku mahu jadi sasterawan bini aku aje, hehe), tpai ubah ini dahulu: "ditangan" kepada "di tangan". Tangan bukan kata kerja. Aku doakan kau jadi sasterawan negara ke-20, amin.
Fadz - kesilapan itu aku sedar tapi malas hendak aku ubah.
Tapi kau mengukuhkan point aku, yakni jika tatabahasa menjadi kayu pengukur, banyak manuskrip raw sasterawan negara punya banyak kesalahan tatabahasa yet diorang jadi sasterawan negara. Marah? kau bukan satu-satunya orang DBP yang aku kenal.
Maka sarkastik kau agak kurang memberi impak sebab contoh teladannya dibuat oleh sasterawan negara. Mungkin agak tergesa-gesa mahu mencipta sarkastik. lainlah kau bersarkastik tentang bahasa pasar dan campur aduk BI, itu ya, memang tepat kena dahi aku. Atau kau boleh saja menegur huruf L aku tidak caps di awal ayat ini, tapi itu juga tidak relevan.
Haha.
membaca sajak sambil mendekati lantai itu satu isme baru dalam art performance.
terima kasih kerana 'seronok' membaca sajak di sini.