BERTEMU DEWA CINTA #1
Panda Cinta merajuk bila saya kata dia tidak sebagus mana. Kalau dia betul bagus sudah tentu berjaya menyatukan cinta saya.
"Lebih baik saya terus jumpa Dewa Cinta, bukankah power dia lebih tinggi dan reputasi lebih tersohor? Lagipun nama dia banyak dimuatkan dalam novel, cerita dongeng dan lirik lagu..." ujar saya.
Panda Cinta berlalu tanpa membalas kata-kata saya. Mika si Otter dan Arnab si peniup seruling menggelengkan kepala. Mereka pun berlalu. Arnab si peniup seruling sempat menaikkan tangannya dan menunjukkan jari tengah walaupun tak berapa kelihatan sangat (jari arnab).
Jadi saya pun pergi ke pintu gerbang kediaman Dewa Cinta. Belum sempat saya masuk, 2 ekor pari-pari menahan.
"Nak buat apa?" tanya salah seekor.
"Nak jumpa Dewa Cinta..."
"Ada buat temujanji?"
"Errr...tak ada..."
"Dail nombor ini untuk buat temujanji - 1-400-dewa-luv," tambah seekor lagi pari-pari. Terkocoh-kocoh saya menyalin nombor itu.
Di depan pintu gerbang itu juga saya dail.
"Selamat datang ke Dewa Cinta hotline..." suara mesin menjawab, "Please press one for English, por favor, pulse dos de español............... min fadlik rakhom samaniatu alaf bil lughah al-arabiah......sila tekan tujuh belas ribu untuk Bahasa Melayu....."
Saya tekan tujuh belas ribu untuk Bahasa Melayu.
"Sila tekan satu untuk update cinta anda, sila tekan dua untuk produk dan promosi terbaru, sila tekan tiga untuk bantuan teknikal cinta, sila tekan empat untuk membuat temujanji cinta, sila tekan..."
Saya tekan empat.
"Sila tekan satu untuk..."
Celake! Bila nak habis ni wehhhhh!
Bersambung
July 28th, 2009 at 5:39 pm
cerita ni dah makin menarik, mohon kerap tulis entri seterusnya lebih kerap lagi,sehari dua tiga kali pun takpe..hehe..ramai yang menanti sambungannya..
July 28th, 2009 at 10:04 pm
setuju! saya mahu lebih!
tapi, kesian panda cinta...
:(
July 29th, 2009 at 12:03 am
Tok menunggang tenggiling gergasi untuk pi kerja.
July 29th, 2009 at 4:12 am
setuju!
July 29th, 2009 at 7:43 am
kalaui jual cerita ni mmg laku i rasa.
July 29th, 2009 at 8:04 am
kalo tk nk panda cinta tu.. kasi kat sy je :p
July 29th, 2009 at 1:19 pm
saya pon nak Panda Cinta tue jugak!!..
bagi saya jer laa..
he..
July 29th, 2009 at 2:07 pm
boleh tak lu jangan buat cerita sambung2? gua rasa nak karate jeee...
July 31st, 2009 at 10:53 am
hahaha... gelagat Arnab Si peniup Seruling
menunjukkan jari tengahnya sama dengan aksi Pachenko Si Kucing Gergasi menunjukkan 'thumb up' sebelum
ini...
kedua - duanya sungguh comel
July 31st, 2009 at 7:04 pm
kreatif. dah masuk part dewa cinta plak. cerita semakin rancak dan menarik..
encore..
July 31st, 2009 at 11:14 pm
bila nak sambung weh
August 3rd, 2009 at 6:09 pm
cant wait 4 d next one..