ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Al-sebab musabab saya terlambat menyambung cerita kerana hendak sampai ke hotline 1-400-dewa-luv itu amatlah macam bangkai. Balik-balik dia suruh tunggu sambil saya mendengar lagu Fur Elise, kemudian macam nak sambung ke operator, tapi kembali ke lagu Fur Elise.

Akhirnya dapat juga.

Saya diberi nombor pin yang saya sepatutnya beri kepada receptionist pintu depan pejabat Dewa Cinta.

Ya, PEJABAT.

Saya tiba di pejabat Dewa Cinta dan memberikan nombor pin kepada receptionist yang sibuk mengangkat panggilan telefon.

"Sila ambil nombor..."

"Ha?" saya blur.

"Nombor...ambil nombor untuk berurusan di kaunter," receptionist menunding jari tanpa memandang saya ke arah mesin pencetak nombor.

"Habis tu nombor pin yang diberi oleh operator untuk apa?" soal saya.

"Itu untuk rujukan, ambil nombor..."

Saya berlalu dengan hati yang panas. Saya lihat di mesin pencetak nombor terdapat 3 huruf untuk 3 jenis urusan berbeza.

A- Pembayaran

B- Temujanji

C- Servis Center

Saya tekan B, kerana mengikut tekaan saya, itulah kaunter yang perlu saya pergi.

Nombor giliran saya ialah B4532

Nombor yang sedang menjalani urusan ialah B0476.

Kira sendiri berapa panjang queque yang perlu saya tunggu.

Hati saya mencarut dan memang terbayang wajah Panda Cinta sedang ketawa terbahak-bahak kalau melihat saya berkeadaan begini.

"Mujur Panda Cinta tak nampak," getus saya perlahan.

Bosan menunggu saya menggodek telefon bimbit saya.

Ada update twitter.

Macam celaka, bangsat mana yang kenal saya di sini, sudah ada update twitter meneritakan hal saya terpaksa beratur panjang untuk berurusan di kaunter Dewa cinta.

Siap Twitter Panda Cinta pun sudah ada update. Ringkas sahaja; "Orang poyo sudahnya - Padan Muka"

Celaka, siapa yang ajar perkataan "poyo" pada Panda Cinta?

Bersambung

5 Responses to “BERTEMU DEWA CINTA #2”

Leave a Reply

Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar

You can add images to your comment by clicking here.

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.