BILAKAH KAU BOLEH LEPASKAN BELON ITU?
Saya dan Gizbah masih berada di tepi jalan. Sambil memegang helmet dan sekaki payung. (Ya, saya sudah ada payung).
Jalan itu lurus memanjang hingga ke hujung sana. Tiada apa yang ada selain jalan itu. Seolah saya berada di sebuah dataran yang amat luas.
Gizbah mengiaw meminta Whiskas. Saya tak ada Whiskas. Dia merajuk.
Saya masih tidak faham kenapa Ducati masih belum mahu berhenti dan mengajak saya mengembara bersamanya. Ducati masih selesa dengan pengembaraannya sendiri. Kalaupun tidak mahu berhenti di simpang, sekurang-kurangnya ayuh kita mengambil risiko mengembara bersama.
"Kau tahu kenapa?" tiba-tiba Panda Cinta muncul di sebelah kiri saya. Eh, bila masa dia turun dari awan?
"Kenapa apa?" tanya saya kembali.
"Kau mempersoalkan kenapa Ducati tidak berhenti menerima kau, sebaliknya kau yang masih belum mahu menerima sesiapa pun," kata Panda Cinta dengan suara bergema. Dari mana datangnya gema itu tidaklah saya tahu. Bukannya kami bercakap dalam gua.
"Maaf, saki baki demam denggi," jelas Panda Cinta tentang suaranya yang bergema.
"Saya sudah bersedia, saya sudah lupakan kisah silam dan bersedia maju ke depan!" tambah saya.
"Bohong, kalau betul kenapa kau masih memegang belon dia?"
"Belon apa? Mana ada saya pegang belon sesiapa?"
Si Panda Cinta menunding jari ke arah tangan kanan saya.
Eh, tiba-tiba saya memegang seutas tali yang mengikat sebuah belon berwarna merah yang bergerak-gerak ditiup angin.
"Saya masih memegang belon ini?"
Panda Cinta angguk.
"Saya akan lepaskan!" kata saya.
"Jadi...lepaskan,"
Jari-jari saya langsung tidak bergerak. Tali yang mengikat belon itu masih berada di tangan saya. Belon itu masih tidak terbang jauh. Saya cuba gagahkan diri tapi belon itu masih belum mahu bergerak.
"Sehingga itu...kau takkan dapat menerima sesiapa pun," ujar Panda Cinta sambil mengusap Gizbah yang menyondol kaki Panda Cinta. Hati saya sedikit lega bila mengenangkan Panda makan daun, bukan haiwan kecil, seperti kucing.
"Dia sudah ada yang lain, patutnya saya sudah boleh..."
"Ini bukan soal dia, ini soal kau,"
Saya memandang belon merah itu yang tertulis nama "Farah Waheeda".
Jari-jari saya masih kaku, masih tidak berganjak. Talinya masih kemas dipegangan. Saya mahukan belon itu terbang jauh, untuk diri saya juga. Tapi tangan saya masih kaku.
Saya pandang Panda Cinta.
"Boleh tolong?..."
"You're on your own, mannn!!!"
Peh, speaking pulak binatang seekor ni.
July 21st, 2009 at 5:41 pm
dalam semua version bab ducati serta panda cinta, tulus dari hati, yg ni yg paling touching!
*hampir menitiskan air mata*
sgt true!
July 21st, 2009 at 7:13 pm
I'm thinking ... I'm thinking....
July 21st, 2009 at 7:16 pm
Lu kena cuci perut makan mee rebus ramly nih..
July 21st, 2009 at 10:00 pm
*** This is a whisper message for nazri! ***
July 21st, 2009 at 11:22 pm
pelita - pinjamlah, tapi dia bukan boleh diharap sangat. Saya punya misi tak selesai-selesai sampai sekarang. Banyak tidur dia tu.
Fdaus - mee rebus ramly tu perasa baru Ramly burger ke?
rerama - ini fiksyen dan realiti, mixed.
Zamri - hah, fikirlah sendiri. Hoho.
July 22nd, 2009 at 7:40 am
mungkin kamu kena fikirkan semula kata2 panda cinta tu.
July 22nd, 2009 at 5:07 pm
hah, kalau di tangan kau ada memegang dua kaki payung - kau rasa ada kemungkinan tak tangan kau akan memegang belon? hah! that's te trick!
ok, gi cuba!
July 22nd, 2009 at 5:31 pm
sudahlah hidup dalam masa silam. kalau tk lepaskan belon tu.. takkan dpt yg baru
July 23rd, 2009 at 12:14 am
Kau pegang helmet dan sekaki payung. Tiba-tiba pada tangan ada belon yang terikat, dan tangan kau kaku.
Hey, di tangan sebelah lagi kau ada payung. Cucuk saja belon itu sampai pecah, bro. Mudah amat. Dan, biarkan talinya kekal terlekat di tangan kau itu sampai nanti ia hancur sendiri dimakan waktu.
July 23rd, 2009 at 12:57 pm
*** This is a whisper message for nazri! ***