DI MANA GARISAN PENAMAT
Oke, idea ini lanjutan entri semalam. Tapi apakejadah nak update dua kali sehari.
Ideanya saya sedang memandu Suzuki TXR 150 atau nama manjanya Panther. Beli second hand. Selalunya saya layan coreer dengan Hayabusa Bart Ahmad.
Tapi sekarang Bart Ahmad sudah naik kereta, Hyundai Matrix, di sebelahnya Nadya Hussain. Saya follow di belakang, tapi nampak ada ura-ura dia mahu berhenti di perhentian seterusnya dan membina masjid.
Ada satu hari tu sedang saya asyik melayan corner, satu Honda City sudah potong. Nyaris tergelebak juga. Saya kawal pernafasan. Baru tergelebak kena langgar Kancil 880 hari itu, takkan nak tergolek lagi.
Mujur tidak.
Kami tiba di stesen Petronas untuk mengisi minyak. Pemilik Honda City senyum-senyum. Itupun selepas saya usik-usik kucing tepi kaunter pembayaran Petronas. Dia pun suka kucing gamaknya.
Cadang mahu minum di Starbuck Petronas, tapi kemudiannya memilih untuk minum Slurpee sahaja. Honda City ajak race. Ah, saya pantang dicabar. Kami race.
Sehingga tiba di satu simpang. Saya ajak Honda City masuk simpang itu. Tapi dia tak mahu. Dia mahu terus. Ah, tak jadi masuk simpang. Honda City terus pecut. Saya cuba kejar.
Tapi kudrat Panther second hand apalah sangat.
Honda City nampak selesa memandu berseorangan. Tapi dari jauh saya nampak Vios muncul dan macam mahu cucuk angin.
Ah, motor jam pulak. Honda City semakin lama semakin menghilang. Saya mula faham betapa jauh darjat kami. Masakan orang-orang naik motor nak bersama orang naik kereta. Motor buruk pula tu. Tak mengapalah. Ini ketentuannya. Reda sajalah.
Celcom tak ada coverage di tempat motor saya jam. Kata liputan meluas?
Singgah di workshop, Panther akhirnya sihat. Saya kembali layan corner.
Ketika itulah sebuah Ducati muncul.
Saya tahu nak race dengan Ducati bagai langit dan 10,000 km di bawah paras laut. Tapi saya usahakan juga. Ducati ini memang selesa layan corner. Tak ada tanda hendak masuk simpang.
Tak mengapa, saya fikir lambat laun dia akan singgah ke Petronas.
Tekaan saya hampir betul, tapi dia singgah Shell.
Saya tidak biasa skill mengikat motor di Shell.
Jadi kami kembali berlumba. Harapan saya cuma satu - biar Ducati itu jam. Tapi itu seperti mengharapkan kucing terbang. Secara teknikalnya, kucing dah terbang, kalau dia naik Air Asia.
Masalahnya juga ada Golf GTI muncul cucuk angin Ducati. Volkswagen microbus yang rare pun ada. Belum lagi nak cerita mengenai Harley yang sudah berada beriringan dengan Ducati. Ducati maintain kelajuan. Melayan apa yang datang. Mungkin mahu 'keep option open,' atau mungkin masih selesa melayan corner.
Sekali sekala dia pulas minyak. Tak pasti untuk siapa.
Celaka. Apa Panther yang baru lepas servis enjin boleh buat?
Ah, memilih sangat. Dari tadi ada satu Mosquito dan satu EX5 hon pada saya tak mau balas. Ada satu tu skuter SYM, oke apa? Boleh la tahan. Tapi degil, nak juga Ducati.
Bart Ahmad muncul dengan Matriks sambil jerit, "Padan muka!"
Ah, takkan la semua Ducati tak mau layan Panther second hand, bukan?
Mesti ada punya, belum jumpa. Kalau terjumpa saya, tolong hon kasi clear ya?
July 15th, 2009 at 3:25 am
hahaha aku suka entri ni.
July 15th, 2009 at 7:38 am
menarik!
July 15th, 2009 at 11:18 am
sweet laa....suke
July 15th, 2009 at 12:22 pm
meh sini
aku upgrade Panther second hand ko
sampai bole makan semua kenderaan2 yg ko mention tu
jgn ko x leh kontrol dah la
meh aku tune balik suspensi
kasi upgrade enjin sampai 100HP
pastu kasi cat lawa2
gerenti kalu ko x menang
at least ko akan bg a very good fight
haha
July 15th, 2009 at 5:08 pm
lu layan naik bas,tengok camna.
berhenti sama tempat,tambang sama murah, air con sama kuat, tempat naik dan turun juga sama.
July 15th, 2009 at 9:05 pm
Lu kasi jual la Panther 2nd hand lu tu. Kemudian, jinjing helmet dan berdiri di tepi jalan. Manalah tau, kot-kot boleh tumpang Ducati.
Amacam?
July 15th, 2009 at 9:20 pm
aku tak tau, aku rasa lama gak aku ikut blog ko. tapi makin lama.. aku rasa... semacam ko semakin :
"Desperate For Love".
Sorry to say that, tapi ianya menjurus kearah itu.. hehehe
July 15th, 2009 at 9:48 pm
Semua blog adakah fusion fact and fiction. Ada yang hide dia punya flaws dengan blog, thus fusion fact and fiction. Ada yang kasi up dia punya sisi best dia, thus fusion fact and fiction.
Fact and fiction, mixed.
In my defense, i already have 9 relationship, (although failed relationship, but a relationship nonetheless) dan 8 dari 9 relationship itu berlaku for past 4 years.
Tak nampak bagaimana perkataan 'desperate' itu apply di sini since aku dah merasa lot of experience dari those relationship.
But if that the case, then Shah Rukh Khan atau Meg Ryan atau Joan Cusack involve dalam berpuluh filem cinta, atau Bob Dylan yang menulis berpuluh lagu cinta, adakah mereka desperate for love?
Adakah mereka King of desperation?
Blog bukan ruang absolute for character study sebab dia adalah sebuah pesona, sebuah identiti yang dicipta. Walaupun ya kita semua yakin kita tahu pasal si polan si polan hanya dari entri blog. Purely judgemental. Purely conformist.
But then, if you insist jugak nak kata aku 'desperate for love'...
then what the heck, love is beautiful dan mungkin ya, aku desperate untuk mencintai seorang wanita yang sungguh cantik (di mata aku). So desperate untuk sesuatu yang cantik...err...fine by me.
Lebih baik dari blog yang suicidal, membenci dunia, marah-marah, semua orang salah dia saja betul, depress dan sebagainya, dan mereka ini...desparate untuk benda-benda sebegitu, yang membuatkan kepala tidak bahagia?
Tak ke begitu?
Apapun, aku tahu kau takde niat tak baik, just for the sake to give comment. Hoho.