Kucing terbang, pari-pari, arnab, Maria, dr. love dan saya

DI MANA SAUDARA-SAUDARA SEMUA?

Apabila saya mengatakan "Save Palestine" tidak lebih hanyalah sebuah fashion statement, sebuah trend, diiukti kerana ia hip, ramai mengkafirkan saya.

Save Palestine kerana mereka saudara seislam kita, jawab mereka.

Siapa pernah dengar Urumqi? Siapa pernah dengar Uyghur?

Di mana t-shirt "Save Uyghur?"

Di mana button batch "Save Urumqi?"

Di mana forum menentang keganasan kerajaan China?

Di mana blog-blog mengutuk keganasan ke atas orang Islam di wilayah itu?

Di mana banner blog "Save Urumqi?"

Di mana demonstrasi saudara-saudara negara Islam lain?

Di mana duta-duta negara lain?

Di mana kempen boikot barangan China?

Di mana ektremist muslim yang mengancam mahu berjihad?

Di mana takbir?

Di mana selendang/selempang yang dililit ke leher?

Di mana hero-hero muslim?

Di mana Al-Qaeda?

Di mana sajak untuk mereka?

Di mana lagu?

Di mana pejuang-pejuang semua?

Dan perlu tahu, kekejaman di wilayah itu sudah berdekad lamanya, bukan sejak bulan lepas.

Apa yang membezakan orang Uyghur dengan orang Palestine?

Jawapannya, yang membezakan mereka ialah Save Palestine adalah tidak lebih sebuah fesyen yang perlu diikuti, yang cool dan hip.

+++

Itupun, sekarang ramai sudah lupa balik mengenai Palestine. Same ol same ol. Bila sudah buat dosa nanti baru pakai t-shirt Save Palestine kerana memakai t-shirt Save Palestine itu mencuci dosa-dosa mereka.

Doa saya agar saudara-saudara di sana diberikan yang terbaik untuk mereka oleh tuhan.

Amin

15 Responses to “DI MANA SAUDARA-SAUDARA SEMUA?”

  1. kingbinjai Says:
    July 17th, 2009 at 2:52 pm

    amin. itulah kadang kadang aku rasa laungan simpati kitatidak lebih dari sekadar sampah!

  2. Amin...betul kata kamu.Shawl palestin tu mungkin hanya trend pada mereka

  3. amin..

    terbaek la bro.. biar hipokrit2 itu semue tersedak bace artikel ni.

  4. jangan lupa saudara2 kita di Sri Lanka
    mangsa kekejaman LTTE

    jangan lupa saudara2 kita disini dan diseluruh dunia
    yg sedang berjuang utk mengelakkan diri dimurtadkan

  5. yes. poser.

  6. Aku bagi Tee-Save The Whale, WWF, kpd awek tembam. Dia kata cam sindir dia je.

  7. tak payah save-save.. depa yang mati dah masuk syurga dah.. mati syahid woo.. yang kena save kita ni.. masih takut kat hantu raya dan segala jenis hantu.. dah tu bertuhankan duit pulak.. orang syirik tak masuk syurga woo.. "think: save us from hell" kat t shirt pulak..

  8. ya. ia fashion. dengan suntikan komersial. untuk dijual. agar dibeli dengan semangat.

  9. tehonipis - alangkah baiknya kalau semangat itu disertai dengan kosistensi dan fokus.

    Apabila ia menjadi fesyen, fesyen sifatnya seasonal. Bila sejuk, tidak lagi dikatakan, dipakai dan ditengok orang.

    Akhirnya, kena tunggu orang Israel dengan pelurunya juga yang datang mengingatkan orang Islam lain seluruh dunia.

  10. salam...mu ni..kan al-qaeda da bg warning kt kerajaan china...an ni kt beg aku ni..ade jek "save urumqi" ade jek masjid2 yang buat semayang hajat for those kt china tu..and to all...think positif! yeah! jangan lupa sembahyang tau! hahahaha...

  11. Q -
    1- Ha, kalau kau dah buat baguslah, entri ini terang lagi bersuluh bukan mengutuk kau, jadi tak perlu terasa.

    2-
    Jika diambil perkiraan sebegitu, kat masjid area aku pun ada buat.

    Ha ni sama isu macam bila aku kata molek matematik dan sains diajar dalam BM, terus kata aku anti Bahasa Inggeris.

    Bila aku tulis (atau orang lain tulis) sesuatu isu, bukanlah nak kata satu dunia tak buat langsung.

    Perumpamaannya mak suruh sapu laman rumah, kita sapu depan pintu. Bila mak kata kenapa laman tak bersih, kita kata 'dah bersihhh dahhhh'.

    Kata orang tua, 'buat cukup syarat' untuk kasi alasan bila orang (macam saya) persoalkan.

    Isunya di sini soal skala dan bentuk pelaksanaan.

    Dan sekali lagi point dia ialah - apa fokus sebenarnya kita berkempen? Juga soal kosistensi.

    Dan terus terang aku tak pernah nak fikir positif soal orang-orang kita kecoh-kecoh mengenai Palestine kalau masih dalam kepala masing-masing (bukan semua) nampak jihad hanya datang dari berperang.

    Tapi iyalah, banyak dosa aku di muka bumi ini, mungkin kena mula pakai baju atau letak patch Save Palestin di beg, sudah tentu terjamin surga.

    Untuk para komentar seterusnya, sudah menjadi tabiat isu agama ni orang Melayu cepat sangat naik darahnya. Iyalah, tengok perempuan telanjang tengok juga, tapi dengan naik darah tu harapnya dapatlah menebus balik dosa tengok perempuan telanjang tadi, gamaknya.

    Hadam baik-baik point aku sebelum mahu naik darah.

    Terima kasih

  12. arghhh

    naik darah naik darah...

    patut pakai tangga ke eskelator?

    lif?

  13. *** This is a whisper message for nazri! ***

  14. ya. betul. umpamanya tiada langsung. Umpama. Ada tapi umpama tiada. Provokasi.

  15. ayobkelubi Says:
    July 21st, 2009 at 2:50 pm

    tersedak beb, tersedak geng-geng ni beb!.

Leave a Reply