ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Saya berada di atas awan, bersama Panda Cinta. Arnab si peniup seruling entah ke mana. Katanya ada urusan memperbahrui lesen memandu walaupun saya sekalipun tidak pernah melihat dia memandu.

Di depan saya tersusun gugusan awan kecil untuk saya pijak dan berjalan, di mana di hujung sana berdiri seorang gadis yang amat saya kenali. Tersemat Shawl Bali di tubuhnya memandang saya sambil tersenyum.

Perlahan-lahan saya melangkah memijak satu per satu gugusan awan kecil itu hingga sampai ke gugusan yang terakhir,  betul-betul di hadapan gadis itu yang memijak awan besar.

"Hai," ucap gadis itu memegang Shawl pemberian saya.

"Hai," jawab saya.

Saya melangkah cuba untuk memijak awan besar tempat gadis itu berdiri, tapi...

TAPPP!!!

Aduh!!! Saya mengaduh. Seakan ada satu dinding halimunan yang menghalang. Saya tidak dapat menyentuh si gadis itu.

"Belum masanya," ujarnya.

"Bila?" soal saya.

Dia sekadar geleng kepala.

Panda Cinta di sebelah saya memegang bahu, "kau ada pilihan untuk ke jalan yang situ, atau sana," dia merujuk ke empat jalan yang membawa saya ke dua tempat, di mana berdiri empat gadis yang berbeza.

"Bagaimana?" soalnya.

Saya memandang gadis itu kembali.

"Mereka tidak akan dapat menandingi awak," kata saya. "Sudah tengok 500 Days Of Summer?"

"Belum, tapi saya sudah tengok Cloudy With A Chance Of A Meatballs, best, ada banyak makanan..."

Ahhh, hati saya cair serta merta.

Kami terus berbual tentang banyak perkara di sebalik dinding halimuman itu.

"Rilek bro," bisik Panda Cinta, "gua cari cara untuk buat lubang kat dinding tu, kasi lu masuk,"

Saya angguk.

Joss Whedon tiba-tiba muncul di sisi saya dan berbisik, "once again, with a feeling..."

Dan tiba-tiba burung nuri, ikan emas, rusa jadian, serigala laut dan Panda Cinta menari mengikut rentak irama dari filem Sound Of Music.

8 Responses to “DINDING KETIDAKPASTIAN”

  • Default avatar fatah says:

    panda cinta, tebukkan juga lubang dinding ku.
    aku juga mahu masuk.

  • Default avatar terrarosa says:

    ah arnab si peniup seruling dah terlepas untuk menari bersama. Kesiannya... Ini tidak adil !

  • Default avatar alhena says:

    oo..ada dinding halimunan..petanda baik tu.. kekeke.masih boleh berbual kan?? :p

  • Default avatar isfahan says:

    barangkali Shawl Bali tu la kunci utk memecahkan dinding halimunan tu..

    ada can lg ni bro..hehe ;p

  • Default avatar sinaganaga says:

    gua makan meruku sambil dalam hati menggetus, "apa payah sangat nak korek lubang?". kacang hijau jatuh ke lantai, gua kutip semula, gua tiup-tiup, gua makan, sambil dalam hati menggetus lagi, "apa payanh sangat nak koreng lubang ni, dude?"

  • Default avatar nazri says:

    First - kenapa ramai komen dengan angle kesedihan dan negativiti ni? Ini entri yang menarik dan warna warni.

    naga - semua manusia lain berjaya mengharungi hidup mereka dengan penuh kehormatan, mengikut prinsip hidup dan bijak menyelesaikan masalah mereka lantas hidup dengan penuh kejayaan.

    Nampaknya aku seorang sahaja yang tidak.

    Seperti kata Taf Teh - jilat ludah sendiri. Tapi seronok juga hidup begini. Aku bet semua orang ada fasa kedukaan mereka, tapi didiamkan kerna nanti jatuhlah kredibiliti mereka. Ego mesti jaga.

  • Default avatar sinaganaga says:

    Vovin,
    Malaysia boleh! Lu juga boleh! Tapi, lu bukannya nak dengar cakap gua!!!! Eh, sabun RM90 tu lu dah beli; dah gunakan??? Ha ha, itu langkah pertama menuju kejayaanlah tu weh!

    Don't worry! kalau lu tersungkur ke, hape ke - lu tahu mana nak cari gua. Tu je! Good night Malaysia, where ever you are! Humchaaa!

  • Default avatar nazri says:

    orang muda memang selalunya degil. Esok-esok aku akan pening kepala dengan kedegilan anak aku juga.

Leave a Reply

Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar

You can add images to your comment by clicking here.

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.