HARI INI CERAH DI SAMARKAND
2044, Masjid Bibi Hanim, Samarkand
Saya baru lepas video conference dengan adik. Dia tanya bila hendak balik ke Ipoh. Saya cakap esok mungkin balik, lepas wife saya habis exhibition dia di sini. Masih ada beberapa urusan melibatkan artis dan jurugambar.
Melepak di tepi masjid Bibi Hanim setelah usai solat Asar, saya terpukau. Masjid yang sudah berusia itu punya banyak cerita. Tetap teguh seolah-olah tahun 2044 ini tidak memberi makna tentang usianya. Kagum juga bila melihat dia tetap di situ.
Dapat pula e-mel dari telefon saya. Dari Hj. Kumprinx. Dalam sibuk mengendalikan urusan takeover Google dan Facebook, sempat juga mengutus emel. Katanya nyanyuk Pipiyapong sudah semakin teruk. Baru semalam kecoh-kecoh di kedai Aji, katanya dia membawa kereta dengan kelajuan 240 km/s. Padahal satu Lipis tahu dia membonceng motor, di mana budak bawa basikal pun boleh naik hangin kerana terlalu lambat. Itupun dengan bantuan roda ketiga dan keempat di belakang sebagai sokongan.
Degil si Pipi ini memang dibawa dari muda. Kaki sudah tak kuat (akibat kencing manis tak silap), tapi hendak juga dibawa motor. Terpaksalah anaknya mengubahsuai motor untuk agar senang dipandu ayah. Itupun terpaksa menahan bebelan dari maknya (merangkap isteri Pipiyapong), Nabeeha. Kalau tak dibuat, merajuk.
Sekali sekala saya tergelak kecil juga mengenangkan dia masih ingat saya mengendalikan syarikat suratkhabar. Kawan-kawannya di Lipis, Kumprinx, Mael, Amar dan lain-lain tidak sampai hati hendak memberitahu bahawa itu adalah prank yang dikenakan ke atasnya 15 tahun lepas.
Bukan apa, takut sakit jantungnya datang balik. Orang tua umur 61 tahun ini kadang-kala fragile, silap teruja, bawa ke kubur.
Satu lagi hal yang mereka tak sampai hati hendak beritahu ialah medical check-up setiap minggu itu bukannya untuk Mael. Sampai ke sudah Pipi ingat perjalanan mereka ke hospital untuk mengubat Mael yang terkena gout. Padahal gout dan Mael itu tiadalah ada kena mengena. Kaki kawannya itu cukup kuat sehinggakan mampu menyepak budak-budak Shuffle yang setiap malam praktis di depan rumah Pipi (sebagai guru yang memberi tunjuk ajar). Bukan apa, hari itu entah macam mana boleh kurang ajar sedikit.
Mujur juga Mael ditenangkan oleh vokalis kumpulan rock terkemuka Britain (saya tak ingat nama, tua-tua begini sudah tak berapa nak melayan rock, selalu lebih pada keroncong). Vokalis itu datang ke situ untuk meminta satu dua input dari bekas raja gitar dunia tersebut. Hajat hati hendak mendengar cerita pengalaman konsert bass Pipi dengan iringan orkestra di stadium Nou Camp 20 tahun lepas. Saya hadir di konsert phenomenal itu. Paling saya tidak boleh lupa malam itulah, dengan iringan not bassnya dia melamar Nabeeha, sekaligus mengakhiri zaman dudanya selepas tiga kali bercerai. Perkahwinan ideal orang kata. Rockstar kahwin dengan Rockstar. Nabeeha pula baru sahaja menang lifetime achievement untuk album tradisional-gipsy beliau. Macam pasangan Ricthie Blackmore dan Candice Night la pulak.
Berbalik hal ke hospital, setiap minggu Pipi harus ke situ untuk dialisis penyakit buah pinggangnya. Tapi penyakit nyanyuknya itu membuatkan dia sering lupa kenapa dia berada di sana. Sampaikan dia boleh tanya siapa perempuan tua di sebelahnya. Dah sah-sahlah itu Nabeeha, isterinya.
Lamunan saya terhenti bila bahu dipegang isteri. Dia sudah selesai solat dan mengajak saya pulang. Kami berjalan berpegangan tangan. Walaupun sudah tidak cantik seperti waktu dia muda (secara teknikalnya tidaklah muda sangat kerana dia lebih tua dari saya), sewaktu saya mula-mula tergila-gilakannya dahulu dan membuat banyak benda untuk memenangi hatinya, sewaktu badannya masih bergetah dan tidak jatuh sana-sini, tapi tetap, saya bersyukur dia berada di samping saya sewaktu usia Buletin Utama ini. Kadang-kadang datang anginnya, merajuklah juga bila saya bergurau tentang buah dadanya yang sudah tidak semenggah, kadang-kadang bila angin baik, dilayankan juga dengan membalas perihal perut besar saya yang macam belon.
Bersyukur benar saya, dia masih di sisi.
Esok saya akan pulang, singgah ke Kuala Lumpur untuk sama-sama menjenguk studio isteri saya. Tak tahu dapat berjumpa dengan kawan-kawan lama atau tidak. Sofiatul Shima sudah nampaknya menetap di Bandung. Bart Ahmad pula sibuk dengan aktivis keamanan di Jerussalem. Kemudian saya akan terus ke Ipoh. Mungkin seminggu dua lagi terus ke Kuala Lipis menjenguk Pipiyapong.
Entah kenal saya lagi entah tidak. Harus gamaknya saya layankan dia bercerita tentang Arsenal di Premier League sedangkan kelab kecil itu (pada waktu ini) sudah 13 tahun berada dalam Nationwide Conference.
Doa saya yang baik-baik sahaja untuk bekas raja Shuffle itu.
sambungan dari entri Melepak di Kedai Aji, Pipiyapong.
June 26th, 2009 at 2:13 am
Kih-kih. Samarkand lebih kurang macam Zanarkand dalam Final Fantasy 10 je.
Kesian, PP. Nyanyuk dah dia.
June 26th, 2009 at 2:38 am
hahahahaha aku sangat enjoy baca entri saling serang-balas korang berdua.
June 26th, 2009 at 4:51 am
wah... ada sambungan... kwn2 laen xnk sambung lg ke?? dh makin menarik ni... hehe
June 26th, 2009 at 10:09 am
hahah!! kesimpulan kat sini...mungkin dua2 pun nyanyuk...ahahahah!!! best!! best!!
tepuk!! tepuk!!!
June 26th, 2009 at 2:45 pm
wah, sambungan, tapi lebih byk kutuk pipi neh,hhaha
June 26th, 2009 at 8:51 pm
teruk benar penyakit nyanyuk bekas Raja Shuffle itu, tapi ada 2 perkara sahaja dia tak pernah lupa
'username' dan 'password' blog hilangpunca.
ah tiba - tiba hati jadi sebak....
June 26th, 2009 at 8:56 pm
LUCU! LUCU!
June 29th, 2009 at 7:54 am
kelakar la lelaki ipoh dan pemain bass lipis
June 29th, 2009 at 11:45 pm
history!
June 30th, 2009 at 3:25 pm
gile ah lama aku tak pi lepak minum2 kt kedai aji @ centrepoint tuh. Tah camner rupe CP tuh skang pun dah tak tau.. tak ingat sangat dah..
July 1st, 2009 at 11:39 am
cute la korang..dah tua2 pun cute..hahaha
July 1st, 2009 at 7:56 pm
heheheh klaka!!
si pipi mesti membara je...