Kucing terbang, pari-pari, arnab, Maria, dr. love dan saya

HARI INI CINTA TIDAK HADIR

Akhir-akhir ini cinta seolah-olah semakin dilupakan.

Bermacam-macam alasan manusia gunakan untuk menafikan cinta.

'Tunggu masa yang sesuai', 'dia terlalu baik untuk saya', 'saya belum ready untuk komitmen', 'saya tak dapat buat keputusan', 'i'm enjoying single life', 'saya takut tersalah pilih', dan segunung alasan.

Saya semakin heran. Saya tahu servis Panda Cinta tidak se-efisien mana, sehingga sekarang Panda Cinta asyik tersasar menghantar memo pada makwe yang saya suka itu.

Tapi bila melihat semakin ramai yang sudah tidak peduli atau hidupnya senang tanpa cinta, saya mula pelik. Samaada Panda Cinta sudah bersara menyatukan cinta atau dia sudah semakin malas membuat kerja.

Saya naik ke atas awan.

Panda Cinta tiada, yang ada cuma arnab bermain seruling.

Saya tanyakan di mana Panda Cinta, kenapa dia tidak buat kerjanya kerana manusia sudah lupa pada cinta.

"Panda Cinta kena tahan wad, demam denggi," jawab arnab bermain seruling.

Peh.

Tak mengapalah, sekurang-kurangnya dunia masih ada pari-pari cinta.

"Dia pun kena kuarantin,"

Ha? Denggi juga?

"Tak, suspek H1N1, biasalah, kerja bercampur gaul dengan umat manusia ni memang itulah risikonya," jawab arnab meniup seruling.

Semoga Panda Cinta dan Pari-Pari segera sembuh agar dapat meneruskan kerja menghantar memo cinta.

+++

Maka saya tidak dapat bertanya soalan samada Panda Cinta itu glow in the dark atau tidak.

9 Responses to “HARI INI CINTA TIDAK HADIR”

  1. awang muda Says:
    July 9th, 2009 at 6:40 am

    first

  2. suke saya entri panda comel ini :)

  3. haha.

  4. sejak bila bertukar genre daripada sarcasm-postmodern ke fantasi-neosurreal ni??

    erm.

    oh ya. saya boleh ganti panda dengan paripari. kitorang memang ikut turn.
    apaapa nota yang nak pas, boleh emel kat saya! hee~
    tapi pastikan subjek yang nak dihala tu boleh tahan kena anak panah.
    :P

  5. reramarama Says:
    July 9th, 2009 at 11:49 am

    mana sambungan cite pasal kisah cinta atuk tuh? :( takkan kene tunggu kuar buku mcm kacip baru leh tau ending? :( :( *kucewa*

    papepon, citer panda neh, ai like! :)

  6. baik kamu minta panda sihat cepat..

    dan hantar memo cinta pada saya

    segera!!

  7. cupid - rasanya sarkasm masih kuat dalam cerita ini.

  8. southberry Says:
    July 10th, 2009 at 10:40 am

    tetiba teringat iklan diGi skuad panah memanah tu..
    kiut miut..

    tapi panda nih sure lebih up lagi kekiutannya.. kan? kan? *wink*

  9. kekekekeke

Leave a Reply