Kesempatan pulang ke Ipoh saya gunakan sepenuhnya dengan memakan lemang, ketupat, nasi impit (ye ke ejaannya) serta bertemu sanak saudara sambil menyanyi lagu raya di depan rumah. Yang tiada cuma adegan mengacau dodol kerana itu hanya untuk siaran program raya tv Malaysia. Sumpah saya belum pernah melihat dodol sekawah besar dikacau orang kampung sepanjang saya hidup sebagai orang melayu yang menyambut raya.
Kesempatan ini juga saya gunakan untuk bertemu kawan baik saya, yang selalu tiada di Malaysia kerana menjadi Superhero di negara orang. Tidak perlulah saya memberitahu nama penuhnya, cukup sekadar nama superheronya iaitu Aquaman.
Kalian sudah tentu heran bagaimana saya boleh berkawan, sejak kecil dengan seorang Superhero. Itu tidaklah mengejutkan kerana manusia sehandal saya memang hanya layak berkawan dengan insan terpilih. Sudahlah digilai ramai perempuan, menjadi bahan hasad dengki lelaki dek kerana kehandalan saya. Kini satu lagi rahsia hidup saya kalian tahu yakni mempunyai kawan superhero.
Ini kali pertama beliau beraya di Ipoh bersama keluarga tersayang kerana sebelum ini selalu berada di luar negara bagi menunaikan tanggungjawab sebagai Aquaman.
Kalian tentu ingat saya hendak bertanyakan tentang pengalamannya di negara orang. Oh, itu tidak perlu lagi kerana saya sering mengikut perkembangan hidupnya setiap bulan menerusi komik Aquaman kerana komik tersebut sama seperti entri-entri dunia vovin - yakni - apa yang anda baca, itulah yang benar-benar berlaku. (kalian harus percaya selepas ini entri saya perihal meniduri Selma Blair - ah, lelaki hebat seperti saya...cemburukan kalian?)
Aquaman dan saya duduk melepak di sebuah pub sambil menonton lintas langsung perlawanan bolasepak antara kelab handalan Manchester United dan kelab berpura handal yakni Manchester City. Sambil meneguk beer sepam dua, kami bercerita tentang hidup.
Times flies, kata saya. Serasa baru semalam kami kecil bersama. Sama-sama pergi sekolah, sama-sama di rotan guru. Kini beliau...Aquaman dan saya pula menjadi lelaki handalan pujaan hampir semua wanita kecuali yang kurang berbakat.
Aquaman kemudian bersuara, menyatakan dia sedikit cemburu melihat saya hidup gembira dan buat apa yang saya suka. Ya, walaupun dari segi kewangannya, gaji seorang superhero tiada dapat saya tandingi (dibayar dengan USD okay!) tetapi saya akui, saya gembira kerana saya mampu buat apa yang saya suka. Saya bekerja dalam lapangan yang saya suka. Saya membuat event yang saya suka. Saya membuat banyak benda yang saya suka termasuk meniduri ramai wanita termasuk ada antaranya yang masih dara.
Pub tersebut menjadi tak tentu arah tatkala Micheal Owen menjaringkan gol. Saya melihat seorang lelaki memakai jersi Liverpool menembak dirinya sendiri kerana terlalu marahkan pengadil perlawanan. Saya sekadar menggelengkan kepala melihat kurangnya akal menyokong kelab bola tersebut.
Kami terus berbual sebelum saya beredar kerana Pub tersebut diserang oleh Alien Baltan dan membunuh 3 orang makwe. Salah seorangnya pernah menghamilkan anak saya.
Untuk Aquaman, saya doakan beliau akan terus berjaya dalam kerjayanya.
Saya pulang sambil membalas sms 7 orang makwe yang masih terus menagih cinta seksual saya.
+++
Entri di atas adalah kisah benar, seperti entri-entri sebelum ini. Saya tak pernah menipu dalam menulis entri.

yang ini memang betol dude, lewat batas khayalan! haha.
fuh
hahahahahahaa
ermmm..........