Kucing terbang, pari-pari, arnab, Maria, dr. love dan saya

HUDA DAN MASA DEPAN

Kawan saya, Huda, suatu hari datang terkinja-kinja seperti seorang perempuan yang gembira kerana akhirnya dapat juga menemui lelaki baik di Kuala Lumpur (kerana lelaki baik di Kuala Lumpur amat rare, dan Huda mahu lelaki Melayu, selamatlah kita katakan - TIADA).

Oh, rupanya dia bangun pagi dan tuhan telah memberinya anugerah dapat melihat masa depan. Satu anugerah yang amat diimpikan oleh wanita untuk memudahkan mereka mencari lelaki yang baik.

Saya ucapkan tahniah.

Tanpa segan silu (kononnya mahu membuktikan dia bercakap benar) Huda memberitahu siapa yang saya akan kahwin.

Celake. Saya tak mahu tahu. (Tapi memandangkan saya sudah tahu, ada sedikit tersenyum simpul, yeay, dapat juga di dia. Kenapa si dia akhirnya setuju bersama saya?, iyalah, zaman sekarang ini takut kepada komitmen itu fesyen wanita alaf baru). Tapi mana saya tahu dia tipu atau tidak kan? Celake juga rasanya.

Huda menggunakan kuasa itu untuk kebaikan dirinya. Dia mahu mencari lelaki yang baik untuknya. Dia mahu keluar dari kumpulan wanita moden yang menjadi ahli kelab Fear of Commitment (yang selepas ini kita panggil FOC).

Saya angguk dan sedikit berdoa agar Huda dapat mencapai cita-citanya. Jika sebelum ini asyik bercinta dengan lahanat, mungkin dengan kuasa meramal masa depan itu dapat mengubat rasa fobia Huda sebelum ini terhadap kaum Mawi.

Makna kata, Huda tidak perlu melakukan kesilapan lagi. Bukan apa, sudah ramai perempuan yang tersilap, menerima cinta lelaki tapi setelah tiga bulan, barulah satu demi satu perangai lahanat lelaki itu mula keluar. Dek kerana lahanat inilah jumlah ahli FOC bertambah saban tahun.

Dengan kuasa melihat masa depan, Huda tidak perlu risau. Kalau boleh, dia mahu membantu ahli-ahli FOC yang lain.

Kini Huda boleh buang rasa fear of commitment yang melanda dirinya. Dia tahu dia bakal memilih lelaki yang paling ideal untuknya. Tidak lagi berada dalam keadaan tertanya-tanya, "adakah lelaki ini baik untuk aku?"

+++

30 tahun kemudian;

Saya menghadiri majlis pengkebumian jenazah Huda, seorang ahli perniagaan yang berjaya, meninggalkan perniagaan yang diwasiatkan kepada anak adiknya, satu-satunya waris yang Huda ada. Beliau dikagumi oleh ramai ahli FOC kerana menjadi ahli FOC sehingga akhir hayat itu perlu komitmen yang amat tinggi (walaupun ironinya, mereka adalah ahli fear of 'commitment').

Bukan niat Huda mahu jadi ahli FOC seumur hidup.

Cuma setiap kali dia melihat masa depan jika dia bersama seorang lelaki, ada sahaja benda yang tak kena berlaku. Setiap lelaki yang dia mahukan, ada sahaja kekalutan yang bakal timbul di masa depan.

Saya cuma boleh doakan yang baik-baik sahaja untuk Huda dan bersyukur saya tidak dianugerahkan kebolehan melihat masa depan.

6 Responses to “HUDA DAN MASA DEPAN”

  1. حانا كيران Says:
    July 10th, 2009 at 4:00 am

    eh. FOC itu setahu aku dianggotai oleh aneka jantina. wanita, lelaki, separa wanita dan separa lelaki.

    hmm... ada beberapa kali aku terjumpa pasangan lelaki sama lelaki di sini. bahagia betul nampaknya mereka. siap ada bayi lagi. emm.. entah dari mana keluarnya. anyway. mereka pasti bukan ahli FOC.

  2. Moral:
    nobody's perfect...
    terimalah seadanya~~~

  3. *** This is a whisper message for nazri! ***

  4. nasib baik dia jadi FOC = fear of commitment. daripada dia jadi FOC lagi 1..

    FREE OF CHARGE! :D

  5. bro...elyana dah tunang bro...

  6. Indrasakty Says:
    July 13th, 2009 at 3:43 pm

    Saya fikir, mana-mana perempuan pun kalau dapat kuasa seperti itu pasti akan jadi seperti Huda. Barangkali kerana perempuan memang mahukan kesempurnaan daripada lelaki yang diingininya, dan pantas pula mencela keburukan yang ada. Itu sebab dia tidak sanggup menerima mana-mana lelaki pun.

    Lelaki pula.. hmm, saya tidak fikir begitu. Kalau kamu ada kuasa melihat masa depan, setidaknya kamu tahu peluang seterusnya yang ada untuk dipilih setelah pilihan sebelumnya silap.

Leave a Reply