IPOH #2
Stesen keretapi Ipoh antara tempat yang banyak mengundang nostalgia juga sebenarnya. Rekabentuk binaan bangunan ini aku kira mengambil konsep apa yang hip pada zaman itu. Di bahagian kanan bangunan itu (tiada dalam frame) dahulunya menempatkan deretan kedai makan masakan Melayu. Yang paling aku ingat gerai Sabar Menanti. Dihadapan bangunan ini terdapat taman air pancut dan ditengah-tengahnya ada pokok Ipoh. Mak selalu bawa kami adik beradik bermain di situ pada waktu malam. Seronok juga.
Aku pernah menaiki tren ke Kuala Lumpur beberapa kali dari Ipoh. Aku dah lupa nama tren tu, tak silap aku Airbus. Ada ke? Tapi masa kecil dahulu kecoh jugalah dapat naik tren tu. Konon dah habis sai-failah tu. Kali terakhir aku menjejak platform di sini pada tahun 2006, ketika trip backpack KL-Penang. Tren itu berhenti dalam 10 minit. Apa lagi, bergambar di tepi platformlah.
Hotel Majestic ini gila lama bertahan. Sejak aku kenal bangunan keretapi ini. Mak cakap dah berpuluh tahun hotel itu disitu. Abah pula tanya kenapa tak ambil gambar interior hotel tersebut. Katanya masih mengekalkan ciri-ciri zaman sebelum merdeka.
Aku tak pernah menginap di hotel ini. Apa cerita nak menginap di sini kalau rumah sendiri cuma 10 minit perjalanan kereta?
Kalau diperhatikan betul-betul, korang boleh nampak papan lampu untuk memberi info pukul berapa tren seterusnya akan tiba. Papan itu biasa kamu lihat kalau sering menggunakan perkhidmatan komuter di KL. Masa kecil dahulu jangan haraplah benda tu nak ada. Eskalator aku tak pasti sejak bila diorang letak di situ.
Aku kira, disebalik perubahan dan kemodenan yang menimpa bandaraya Ipoh, nostalgia bangunan Keretapi ini masih dapat dirasakan. Aku tak pasti amoi yang aku minat itu pernah menaiki tren dari sini.






January 28th, 2009 at 9:46 am
beb, hotel ni mmg nostalgia lah,...kali terakhir aku jejakka kaki ialah tahun 2000. uhuk
January 30th, 2009 at 9:48 am
Bangunan Stesen Keretapi Ipoh memang cantik dan terpelihara warisannya.
Tapi kalau tak salah aku tiba-tiba sekarang ni ada kuil dekat-dekat situ. Besar pula tu.
February 27th, 2009 at 3:24 am
time ko mkn kt gerai sabar menanti tu mnahan sabar tak?hehe..