Hayat tahunan hosting laman web ini hendak berakhir tidak lama lagi. Jadi aku hendak membuat sedikit survey untuk menentukan samada aku nak sambung ke tak hosting ni. (Kalau sambung pun tak adalah masalah besar, bukannya mahal pun aku bayar, sekurang-kurangnya tak semahal kos Pergh! ke atau kos Che Det ke).
So survey aku ialah;
"Apa pendapat anda jika saya tidak meneruskan hosting laman web ini (dalam erti kata lain - dah tak sambung tulis blog ni la"
Nota:
1. Aku tak merajuk, Ini sekadar survey umum. Maknanya, ada kemungkinan, kalau survey 80% kata tak kisah aku tutup blog, tak semestinya aku akan tutup. Aku cuma nak tahu public opinion saja. Ini masih blog gua.
2. Percintaan tiada kaitan dengan survey ini. Sehingga pukul 2342 ketika ayat ini ditulis, saya masih bahagia bersama yang tersayang. (kes tutup blog sebab frust bercinta, ahaks)
3. Harap satu komen mewakili sorang. Nak menyamar boleh, tapi risiko kantoi tu besar juga la. Ini wordpress kay!
4. Mungkin, kalau sambung pun, aku nak revamp total. Mungkin.
5. Kalau tak sambung, fesbuk kan ade? Ehehehe.
Sila, sila...
Terima kasih kerana menyertai
Tarikh tutup, emm, sampai hari terakhir hosting ni la kot. Ehehehe...

Kalau ko tutup, less one competition utk Che det.
sambung jo la
x yah tutup2
jgn tutup!
Sambung la
normallynya org tutup blog sbb idea dah kering ..
so kena refresh idea basah .. mecer mecer..
tak payahlah tutup. terus tulis sini.
tutup jgn x tutup... hehhe
tutup jer lah.. blog ni bohsan & bohjan! hahaha..
tutup je la, ko sape nak perasan baguih, hak tuih!
Aku go for sambung tapi revamp sikit (bukan total).
kalau takde cerita pasal hang jebat. baik tutup sajalah.
Uih, abang cari pasal marah-marah.
Ala ala ala...jangan la marah bang, cium sikit, cium sikit, buat muka manja...
Aaa..Jangan2. Kesihan Sol-jah nak rekrut ahli baru nanti. Huhu.
jangan gatal berhenti!
pada pendapat saya, En. Vivon harus terus menulis.. sy blm puas lagi membaca tulisan En. Vovin
Pastikan sy puas, baru berhenti.... ahaksss!!..
Jangan berhenti menulis. Penatlah nak cari blog lain untuk dibaca.
kat blog PiPi tak dak citer kucing terbang...
abess tu camna nih ?
buat versi pompuan dan tukar namanya jadi Dunia Avon.
kalo ko tutup, kurang sorang la pelanggan aku.. hahaha
tak perlu sambung hosting, tapi blog tak perlu tutup.
takyah tutup..tapi kalo malas tulis apa biar jer la...macam org punyer...
jangan tutup!!!
jangan...
jangan...
jangan!
jangan tutup blog abang vovin! pretty please!