KUCING TERBANG, BAWA SAYA SEKALI
Di atas tempat paling tinggi itu saya dihurung dilema.
Saya lihat kucing-kucing terbang gembira di atas awan. Ada antaranya sengaja terbang menghampiri saya.
Tanya saya, seronokkah terbang di awan biru?
Jawab mereka, kalau tidak seronok, takkan mereka buat.
Saya tanya, tidak takutkah dengan awan gelap dan kilat-kilat?
Jawab mereka, ah, bukan setiap masa awan gelap dan kilat-kilat. Ada terbang, takut disambar tetap ada, tapi bukankah seronok terbang itu boleh menjawabnya?
Saya tanya, tidak takutkah jatuh ke tanah?
Jawab mereka, kadang kala ada juga terjatuh. Tapi harus segera bangun dan kembali terbang. Lagipun bukan selalu jatuh. Kenapa perlu ingat benda yang sekali sekala tapi terlupa benda yang selalu?
Saya tanya, takutkah kalau tersalah buat keputusan?
Jawab mereka, kalau memang hati sudah seronok, apa yang tersalahnya?
Mereka lambai, ajak saya terbang.
Saya teragak-agak. Saya masih takut. Takut disambar petir, takut jatuh ke tanah.
Saya takut apa yang ada di depan sana. Saya takut di depan sana tiada pelangi.
Si kucing terbang, bersorak, fikir, fikir, fikir, fikir.
Saya mahu ikut kamu terbang, saya mahu tengok apa ada disebalik awan.
Kalau mahu, ayuh, lakukan, jangan menjerit di atas tempat tinggi itu sahaja.
Tapi saya takut jatuh ke bawah kembali. Penat saya berada di tempat tinggi.
Jadi jangan terbang, kata kucing-kucing.
Saya mahu terbang
Jadi terbanglah, fucker!
Saya diam, kucing kalau sudah mencarut, maknanya hanya satu - mereka marah.
Apa yang perlu saya buat?
August 18th, 2009 at 8:07 am
jika ada kemampuan untuk terbang tak perlu fikir negatif. cuba la dulu kamu akan lalui satu lagi pengalaman. sekurang-kurangnya kamu boleh menulis di sini berkongsi ceritera realiti alternatif yang lain. mungkin la.
'kenapa perlu ingat benda yang sekali sekala tapi terlupa benda yang selalu?'
August 18th, 2009 at 9:43 am
baca entri nie,terus teringat lirik laskar pelangi;
`menarilah dan terus tertawa
walau dunia tak seindah surga`..
August 18th, 2009 at 4:21 pm
aku nasihati kamu, terbang sajalah.
jangan dicaruti 'fucker' sekali lagi oleh2 kcuing2 itu. terbang sajalah.
August 18th, 2009 at 5:40 pm
Macamana kucing mencarut sambil terbang? Comel tak?
memang lumrah kita akan selalu teringat benda yang sekali sekala dan selalu terlupa benda yang selalu.
August 23rd, 2009 at 1:22 pm
kadangkala kita lebih suka berfantasi pada kesan yang belum pasti. takut mungkin.