Kucing terbang, pari-pari, arnab, Maria, dr. love dan saya

LAWAK ABAH

Sebelum itu saya nak terangkan, Ana Faqeza adalah anak kepada adik saya, Nazirah. Tahun ini dia berumur 4 tahun. Ingat, EMPAT tahun.

Ada beberapa entri tentang dia termasuk entri dia tanya "Pak Long nak pergi hisap rokok ke?"

Malam tadi saya makan malam bersama mak dan abah.

Biasalah, cerita bila saya nak kahwin mesti keluar.

Saya cakap nantilah, sekarang sudah putus asa dengan perempuan. Dah tua nanti kahwinlah.

Selalunya, saya sudah boleh agak apa yang akan keluar dari mulut mak atau abah, biasalah, kerjaya sebagai bujang tua terlajak ini membuatkan banyak joke atau ayat-ayat merujuk "kenapa nak kahwin" sudah saya hafal.

Tapi malam tadi saya ketawa,

Abah beri satu joke yang sebelum ini belum pernah saya dengar dan saya ketawa.

"Esok Faqeza kahwin dulu dari kau,"

Hah! Ini joke kenapa-tak-kahwin yang belum pernah saya dengar dari mak dan abah. Bagus, tiada klise dalam hidup.

Selepas itu kami buat perkiraan matematik, kalau Faqeza kahwin ketika umur 24 tahun tahun, yakni 20 tahun dari sekarang, bermakna saya akan berkahwin ketika umur 50 tahun.

"Okeylah tu," jawab saya. "follow the leader" kata saya merujuk kepada Raja Nazrin yang berkahwin dalam lingkungan umur yang sama.

Daulat Tuanku!

5 Responses to “LAWAK ABAH”

  1. saya yang masih muda remaja (baca kuat-kuat : MUDA REMAJA) ni pon dah di tanya macam-macam.

    saya cakap pada ayah, tunggu Una lepas. Una adik bongsu saya. Saya nombor dua dan Una nombor enam.

  2. terima kasih untuk sabtu. :)

  3. Mak kau tak tanya kenapa kau tak nak kawen dengan awek yang masak bihun (tanpa taugeh) sedap haritu?

    Ha ha ha

  4. die masuk 5 tahun dah...lahir tahun 2004 la...

  5. kukui

Leave a Reply