LENSA KEHIDUPAN (SEBUAH TAJUK DRAMA KEMASYARAKATAN)
Ilham ini saya dapat semasa membalas status facebook;
Hidup dan dilema ini macam pasangan bercinta Bart Ahmad dan Nadya Husin. Asyik mahu berkepit saja.
Akhir-akhir ini saya diserang dilema, mahu memilih satu antara dua.
Di sebelah sini, saya mempunyai pilihan untuk mendapatkan Tamron 18-200, si dia orang kampung yang tahu serba serbi. Pandai memasak, tahu pula jenis-jenis ikan dipasar dengan sekali pandang. Itu belum cerita skil memeriksa ikan yang mana segar yang mana tidak. Tahu pula sayur mana yang bisa buat makanan jadi sedap, campur pula dengan rempah-rempah itu ini. Rajin membasuh baju dan seterika baju untuk suami. Selalunya jenis begini memang dara. Orang kata puas hati kalau dapat dara.
Hantaran pun tak mahal. Boleh dapat diskaun lagi.
Ha, itu baru cerita bab memasak dan membasuh. Selain itu suka pula mendidik anak. Kalau minta 5 orang anak, tak ada nak buat muka. Baginya mengandungkan anak, satu anugerah, bukan beban. Tahu juga petua-petua ketika mengandung, antara koleksi petua-petua hidup yang dia pelajari dari opah dan maknya.
Melayan saya satu hal juga. Kalau boleh, mahu dia menyenangkan saya dari segala aspek kehidupan. Asalkan saya bertanggungjawab menjaga hal-hal dirinya agar tidak tercemar dan sakit, dia akan cuba memberikan yang terbaik.
Saya sedar, hidup amat mencabar dan si dia Tamron 18-200 cuba buat semuanya, cuma, ada benda yang biasa-biasa dan tidak sempurna.
Kekurangan si dia, tidaklah cantik mana, tidak pandai untuk menjadikan dirinya lebih 'kelas'. Dalam banyak tempat yang saya pergi, si dia akan kelihatan out of place. Rendah diri pun ada bila hasil dirinya tidaklah sebagus yang lain-lain.
Kemudian saya ada pilihan kedua, Nikkor 18-135. Si dia cantik dan bergaya. Juga mempunyai kelas yang tersendiri dan pemikiran dan ilmu pengetahuan yang amat luas. Dan hebat di katil, tapi terpakai.
Itu sahaja yang dia ada.
Okey, saya tahu, spot on, semua akan menyuruh memilih nombor 1. Itu memang penyelesaian popular. Secara superficial, memang nombor 1 itu jawapan buku teks kehidupan.
Tapi persoalan yang harus saya fikirkan antara memilih yang pandai serba serbi atau yang mempunyai kualiti pemikiran yang saya mahukan.
Kerana saya tidak mengimpikan si dia yang tahu serba serbi, cukup untuk menyenangkan hati saya. Saya tahu si dia yang komited memberikan semua yang terbaik untuk saya membahagiakan tapi saya juga tidak kisah kalau si dia itu 'terpakai'. Pokoknya, ketika bersama saya, saya bahagia.
Kemudian saya harus faham, tidak ramai yang bertuah kerana dilahirkan untuk selalu DAPAT APA YANG MEREKA HENDAK. Bahagia sungguh kalau dilahirkan begitu, tak begitu Cik Sungai Long. (Hehehe)
Maka saya harus memilih, dan menimbang baik-baik kehendak mana harus saya utamakan dan yang mana harus saya korbankan.
Nota 1: Nikkor 18-200 VR tidak masuk dalam persoalan kerana walaupun dia mempunyai kombinasi dua pilihan di atas, saya tidak mampu menanggung seleranya yang begitu tinggi dan mak mertua yang meletak harga yang, kononnya, selari dengan pencapaiannya. Terpakai pun tinggi hantarannya, apatah lagi yang dara.
Nota 2: 200 f2 adalah si cantik yang tidak sesuai langsung dengan saya yang kacak dan macho. Lagipun 200 f2 ini mengada-ngada sangat, tak kuasa i.
June 29th, 2009 at 1:39 pm
lambung duit syiling la
takpon semayang istiqarah...
June 29th, 2009 at 2:50 pm
18-200 tamron - NO
18-135 nikkor - YES
18-70 nikkor - LEGEND
June 29th, 2009 at 2:57 pm
percanggahan 2 mazhab Tamron dan Nikkor berterusan. Ku akan terus berfikir
June 29th, 2009 at 3:01 pm
kalau nak beli tamron, 17-50 2.8 adalah value buy.
June 29th, 2009 at 3:41 pm
banyak kelebihan Tamron. Tapi sayang, tak pandai bersosial.atau segan nak dibawa bersosial? Jika Tamron hanya sesuai duduk dirumah sahaja, kenapa pinang?
haaa...
June 30th, 2009 at 4:47 am
Saya pilih yang tahu serba serbi.
View Profile: Rantong™
June 30th, 2009 at 11:17 am
Pilihlah yang terbaik untuk diri.
Yang boleh bawa naik gunung daik, ke pulau pandan, ke medan perang, ke padang jarak padang terkukur.
Dan sekaligus boleh jadi simbol dalam lukisan popart.
Mahal pun tak apa. Simpan duit sikit sikit lama lama jadi bukit.