ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Cinta semuanya tentang mencari timing yang sesuai.

Bayangkan jika kamu terlepas komen facebook si dia pada status wall mutual friend kamu dan si dia. Kamu add si dia menjadi 'friend' dan menyapa "terima kasih kerana add". Bayangkan ketika kamu membelek profil blogger si dia dan menaip alamat YM  si dia, bos panggil buat meeting dan kamu terlupa untuk menyapa, buat pertama kali si dia.

Bayangkan jika makwe/ atau pakwe kamu, bagaimana kamu berkenalan dengan si dia dan bayangkan jika senipis cara pun, berlaku sesuatu yang membuatkan timing pertemuan kamu dan si dia menjadi tidak betul.

Dan bayangkan, ini cuma bayangkan, tiada kaitan dengan realiti, katakanlah, kita beri contoh, seorang pensyarah wanita di Universiti sempena nama bekas Perdana Menteri yang mempunyai 3 ekor kucing, end up dengan seorang lelaki yang bukannnya penulis novel, pembikin filem pendek, penganjur acara, pendeklamator sajak, jurugambar, pencipta seni visual, pemain gitar dan beberapa kelebihan lagi, alangkah ruginya dia, bukan? Rugi kerana terpaksa menghabiskan hidup dengan seorang lelaki yang sederhana dan suatu hari nanti terdetik dalam hatinya, i wish i could turn back time and be with him (yang ketika itu sudah bersama audrey tautou). Contoh sahaja. Tiada kaitan dengan sesiapa pun.

Saya dan makwe itu mempunyai jam masa yang sama. Maka saya tahu mekanisma jam itu.

Makanya saya tahu juga jam itu mempunyai tempoh cuma tiga puluh minit untuk berada di satu-satu masa yang telah ditetapkan.

Memberi jawapan kenapa saya berpeluh mencari makwe itu berdasarkan klu: konsert Pink Floyd di Montreal pada 6 Julai 1977. Konsert penutup Pink Floyd untuk tour In The Flesh di mana Roger Waters membilang hari-hari terakhir bersama kugiran itu. (Ya, Zan, Animals Tour).

Bapak ramainya orang. Tapi saya tahu mencari makwe ini di celah manusia bukannya susah. Cari sahaja yang rupa Melayu. Lainlah pergi ke konsert di Bukit Kiara, memang majoritinya Melayu. Tapi nak mengorat memang payah sebab majoritinya datang dengan pakwe. Walaupun saya terkenal, tetapi makwe-makwe itu tidak memandang kepada populariti. Mereka memandang keikhlasan hati yang telus dan jujur. Sudah tentulah saya tidak mempunyainya.

Saya terus mundar mandir di sekitar Stadium Olimpik Montreal itu tanpa arah yang khusus. Ada mamat nak jual ganja, tapi saya tolak sebab saya tidak mahu terbau ganja ketika berbual dengan makwe ini. First impression itu penting.

Sekali sekala saya terkejut dengan dentuman mercun. Hampir perasan yang saya sedang menyambut hari raya.

Dalam stadium kedengaran Roger Waters sedang memaki-maki penonton.

Dan akhirnya saya melihat makwe itu, sedang berdiri di celah manusia-manusia yang berjalan.

Dan saya lihat tubuhnya semakin menghilang.

"Hei, hei," jerit saya dan berlari mendapatkan makwe itu.

"Awak lambat," makwe itu bersuara.

"Kejadahnya, awak tak kasitau exact timing..."

"Bye..."

"Jumpa saya depan pintu Off Ramp Cafe, 22 Oktober 1990 pukul 8 malam! Sharp!" jerit saya.

Makwe itu sekadar angguk sebelum hilang sepenuhnya.

Ada peluang lagi. Saya seluk kocek saya dan memandang dua tiket show di Off Ramp Cafe. Ya, dalam aktiviti mengorat, persediaan awal itu perlu.

Shine on you crazy diamonds berkumandang sambil saya melayan kepala dengan irama gitar Dave Gilmour.

"Lentok nampak, try sepam," mamat yang cuba jual ganja tadi tiba-tiba menyapa.

Bersambung

+++

+++

Roger Waters maki:

"Oh... for fuck's sakes, stop letting off fireworks and shouting and screaming, I'm trying to sing a song! I mean I don't care, if you don't want to hear it, you know... fuck it. I'm sure there are a lot of people here who do want to hear it. Why don't you just be quiet? You want to let your fireworks off go outside and let them off out there. And if you want to shout and scream and holler go do it out there, but I'm trying to sing a song that some people want to listen to it. I want to listen to it."

5 Responses to “LOVE IS TIME part 2”

  • Default avatar zan says:

    Zaman dimana ganja dan LSD menjadi umpama "nasi" kepada muda-mudi zaman itu dan kau menolak pelawaan "pusher" tu? Hebat sungguh kuasa cinta...hahaha.

    Pastikan si dia menunggu di pintu Off Ramp Cafe yang betul. Takut 30 minit berlalu macam tu jer..

  • Default avatar Taf Teh says:

    Sila ambil nota wahai si pengembara:

    1. Timing penting, begitu juga momentum. Jika awek naik kereta kancil, kau jangan pecut macam ferrari.

    2. Ada awek suka lelaki berjenema "naughty boy". So, sila beli dan hisap ganja.

    3. Kalau awek suka Mikel Jeksen (Ohhhh what a beautiful androgynous man!!!!), kau juga perlu pergi konsert MJ.

    Heeeee....

  • Default avatar sinaganaga says:

    Teh,
    Lu ada lighter? [Moralnya, kalau lu ada ganja, tapi lu tak ada lighter pun tak guna jugakan!] HA HA.

  • Default avatar jorji says:

    tolong cari makwe yang sangat menghormati masa.
    percayalah.ianya sangat penting.
    :)

  • Default avatar nazri says:

    awww, saya tiada ketiga-tiga kriteria. Babai makwe lama. Hai makwe baru.

Leave a Reply

Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar

You can add images to your comment by clicking here.

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.