Kucing terbang, pari-pari, arnab, Maria, dr. love dan saya

LOVE IS TIME part 3

Cinta itu melibatkan timing. Pang, kena penampar dengan pembaca sekalian sebab ulang benda yang sama.

Tak kira konek ataupun perempuan, kedua-duanya ada masalah timing.

Contohnya, yang tidak melibatkan sebarang entiti, timing amat penting untuk seorang yang bergelar pensyaraj kerana dengan gaya hidup senang lenang bersendirian ini, amatlah menjengkelkan jika ada lelaki, sebagai contoh seorang penulis blog yang tinggal di Ukay Perdana mengajaknya bercinta. Apa kes nak bercinta kalau hati lebih suka bersendirian. Kerja gila namanya itu. Adapun ia sekadar contoh. Tiadalah melibatkan sesiapapun hatta pecinta koewteow kerang dan baklava.

Padanlah muka si lelaki itu, gelojoh dan bodoh. Kawan-kawan si lelaki itu pun bersetuju melihat kegelojohan dan kebodohannya.

Dan kerja gila juga berdiri di tepi dinding Off Ramp Cafe menanti si dia.

Saya pandang jam. Sudah sepuluh minit berlalu.

Celaka. Makwe itu tak sampai-sampai.

Macam-macam benda yang saya fikirkan. Mungkin dia sengaja mahu main-main. Membiarkan saya menunggu dia. Melihat sejauh mana saya sabar untuk menanti dia. Mungkin jam mesin masanya rosak dan dia tersadai di zaman batu? Mungkin dia dirompak? Mungkin dia tertidur?

Saya melihat tiket di tangan. Show pertama Mookie Blaylock.

Di dalam Cafe penyanyi Mookie Blaylock sedang menyanyikan lagu Once. Dua lagu berselang dan penyanyi itu bakal menyanyikan lagu kegemaran saya, Even Flow dan Black.

Saya tidak mahu ketinggalan menyaksikan acara bersejarah ini. Dan kalau boleh mahu menonton persembahan mereka bersama makwe ini.

Cafe ini yang mencatat sejarah sebagai medan sebuah kugiran baru (ketika itu) membuat persembahan pertama mereka sebelum ratusan persembahan pentas untuk tahun-tahun mendatang.

Makwe itu masih belum muncul ketika gitarisnya, Mike McCready memulakan riff Even Flow diikuti vokalnya, Eddie Vedder.

Saya masih diluar.

Menanti.

Peh, Kurt Cobain baru lalu depan saya tadi. Kugirannya juga pernah membuat persembahan di sini.

Ketika Eddie Vedder sedang menyanyikan lagu Black barulah makwe itu muncul.

"Saya pergi Off Ramp Cafe yang salah..." jawab makwe itu. "Awak tak cakap Cafe ini di Seattle!"

Saya sekadar tersenyum sambil menggelengkan kepala. Tubuh saya sudah mula menghilang.

"Ala, takkan dah nak hilang?" makwe itu bersuara.

Saya cuma angkat bahu.

"Bila kita boleh jumpa?" tanya makwe itu.

"Jumpa pada 5 Disember 2009, Rumah Pena, ketika persembahan pertama Supergroup dunia, Pres Ban" ujar saya.

Makwe itu angguk.

Saya hilang. Tiket Mookie Blaylock itu bertukar tuan.

Mookie Blaylock terus beraksi. Saya rasa mereka sendiri tidak menyangka kugiran ini bakal menjadi sebuah band legenda yang amat besar pengaruhnya dalam dunia muzik rock. Siapa yang tak minat mereka memang tak rock!

Bersambung

+++

+++

Pearl Jam - The First ever show!

4 Responses to “LOVE IS TIME part 3”

  1. ala... 5th dec 2009! maksudnye, update kot ada ialah pasal future. kot update ikut current time, lama lagi la nk ada update!!! :( :(

  2. brader. Ini macam hint je ni. Kan? Kan?

  3. *** This is a whisper message for nazri! ***

  4. astagaaaaa!...

    itulah,aku baca part tu, aku macam cam nama off ramp cafe tu..rupa2nya PEARL JAM first gig!..

    long live PEARL JAM

Leave a Reply