ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Teaser:

Jika memang mahu menjadi habit Grand Duchess (setiausaha agung) FOC yang berblaus putih bak dewi itu mahu datang ke MASKARA walau sekejap jua, saya terasa ingin usulkan kepada ahli Sol-Jah untuk mengadakan MASKARA setiap minggu.

Kalau itu yang membolehkan saya bertemu dan berbual dengan Grand Duchess ini walau hanya 5 minit.

Hmmm, menarik juga untuk dibuat cerita (bukan, bukan cerita tentang mengadakan Maskara setiap minggu, tapi cerita seorang lelaki yang hanya dapat bertemu dengan wanita kesukaannya hanya 5 minit setiap 2 bulan sekali - cayalah, gua sudah ada idea untuk membuat filem pendek).

It's a bloody frekkin sign missus!

End of teaser-

.

.

.

Back to our usual programme;

Yakni bahagian di mana saya mengatakan kepada Panda Cinta bahawa saya tidak akan melangkah lebih jauh selagi dia tidak memberitahu apa motifnya perjalanan ke Utara ini. Lagipun saya perlu memberitahu sesuatu kepada pembaca saya bila melihat jumlah komen yang mengatakan cerita Panda Cinta saya 'best' semakin berkurangan, tanda dia sudah semakin menjatuh.

Panda Cinta teragak-agak.

Arnab si peniup seruling tidak mahu masuk campur. Dia buat-buat meniup seruling lagu Sudah Berlalu nyanyian Iwan Falls.

Tak nak tolong tak apalah, kata Panda Cinta sambil berlalu. Kini saya sedar buruk telah naik ke satu tahap lagi.

Kau tak boleh buat macam tu, dia sekarang fragile, ujar arnab si peniup seruling.

Saya mengesan sesuatu yang tak kena.

Namanya Yan Yan, ujar arnab si peniup seruling.

Apa yang menjadi masalahnya? tanya saya.

Terlalu tinggi komplikasinya. Malah jika dibandingkan masalah kau dengan Grand Duchess of FOC itu, ia seperti membandingkan profesor Ungku Aziz dan budak tadika. Masalah kau cuma kecil. Kau hanya perlu menjadi kaya, gaji 20K sebulan, berkereta import buatan Jepun, mempunyai rumah banglo, mempunyai paras rupa pan Asian, berbadan kental dan berpanjangan 7 inci. Selesaikan semua itu, selesai masalah kau...Tapi benda-benda itu takkan menyelesaikan masalah Panda Cinta.

Siapa Yan Yan? Tanya saya.

Ah, kau terlalu banyak bertanya, sambung arnab si peniup seruling. Taktik nak sambung ceritalah tu.

.

.

,

Bersambung

6 Responses to “MENGEMBARA KE UTARA #3”

  • Default avatar anewreader says:

    siapa yan yan?!
    (taktik nak minta cepat sambungan)

  • plot semakin menarik nih..
    semakin ingin mengenali Panda Cinta,semakin banyak yang tahu pasal dia..

    moralofstory:
    cepat la buat sambungannya,mr vovin..
    he..

  • sori..
    semakin kita ingin mengenali Panda Cinta,semakin banyak yang kita tidak tahu pasal dia..

  • Default avatar yied says:

    apakah yg akan berpanjangan dalam ukuran inci tu?

  • Default avatar terrarosa says:

    ok pengakuan ikhlas , saya sebenarnya lebih sukakan
    watak Arnab Si Peniup Seruling dari Panda Cinta ,
    dapat baca - dia tidur akibat mabuk laut pun dah
    terubat rindu wahaha... tapi entri semalam agak
    mengecewakan saya, kan bagus kalau si Arnab itu ada
    perniagaan , kecil - kecilan pun ok, daripada
    mengajak kamu masuk MLM (saya tak kata MLM ni tak
    bagus, tapi terkilan dengan orang MLM yang sibuk
    promosi tak kena tempat dan masa)
    hah balik semula kepada kamu ... Adakah ini cubaan
    penulis untuk menjatuhkan watak Arnab Si Peniup
    Seruling yang mula popular?
    Dengan arnab pun dengki ke woi....
    kah kah kah....

  • Default avatar nazri says:

    terra - setiap manusia (dalam kes ini arnab) ada sisi lainya.

Leave a Reply

Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar

You can add images to your comment by clicking here.

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.