ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Satu kelemahan saya (ya, sekali lagi saya cerita tentang kelemahan saya) ialah tidak menepati masa.

Makwe-makwe saya pernah mengalaminya.

Saya pernah lewat sehingga terlepas menonton wayang ketika bercinta dengan seorang gadis manis yang kini jadi ibu kepada bayi comel.

Tanyakan kepada Fazleena si rupawan yang digilai oleh...ehem..tentang bagaimana dia berdiri lama di pintu guard rumah menanti saya.

Ah, malah saya pernah lewat masuk meeting yang dihadiri oleh pengarah dan pengurus besar syarikat saya bekerja.

Maka hari itu, ketika mahu bertemu Grand Duchess of Fear of Commitment, saya lewat lagi.

Ketika lewat masuk ke lebuhraya Duke, saya sudah terlewat 30 minit. Dia sudah call dan sms.

Kemudian saya memandang meter minyak yang sudah menyala.

Meter minyak itu sudah menyala sejak 4 hari yang lepas.

Ya tuan-tuan dan puan-puan, 4 hari yang lepas.

Dan saya tahu secara matematiknya, jika saya singgah ke stesen minyak, sebanyak 10 minit lagi diperlukan untuk kegiatan pengisian minyak secara intensif itu.

30 minit campur 10 minit = saya bakal lewat 40 minit.

Tak bagus untuk personaliti.

Maka saya abaikan perasaan dan meredah lebuh raya Duke.

Kurang satu kilometer hendak sampai destinasi, zasss, kereta tersenguk-senguk dan...

Saya melakukan kegiatan berjalan kaki menuju ke Aicu Wangsa Maju, di mana Grand Duchess sudah menunggu.

Dan apa yang telah saya ceritakan dalam entri lepas berlaku.

Kemudian saya meminta dia membawa saya ke stesen minyak untuk membeli sedikit minyak.

Sesampai di stesen minyak, saya sedar diri ini serba kekurangan terutamanya botol untuk mengisi minyak. Saya tanyakan kepada warga Bangladesh yang berada di dalam kotak kaunter bayaran di mana saya boleh mendapatkan botol. Dia ragu-ragu untuk memberikan jawapan.

Saya mencuba nasib menyeluk tong sampah berdekatan dan berhasil menjumpai botol mineral kecil sebagai bahan takungan minyak yang saya beli sebanyak RM1.

Grand Duchess membawa saya ke kereta dan minyak di isi.

Hati saya lega dan Grand Duchess berlalu bersama kereta mewahnya yang saya yakin takkan saya miliki dek kerana malasnya saya hendak bekerja keras melainkan saya bercinta dengannya tetapi dia pula...Grand Duchess of...

Maka saya memandu Kancil saya pergi semula ke stesen minyak tersebut untuk membuat aktiviti pengisian penuh tangki yang kosong.

Saya ke kotak kaunter, bertemu semula dengan warga Bangladesh itu dan pantas mengeluarkan wang memberikan kepadanya sambil dengan gaya separa kacak bersuara, "Lima Puluh".

Warga Bangladesh kaget, banyak kemungkinan bermain di fikirannya. Adakah ini sebahagian dari plot rancangan Bang Bang Boom? Atau mungkin beliau sedang diuji tuhan yang mahu tahu setinggi mana imannya? Atau ini adalah pentas realiti kehidupan di perantauan?

Ini kerana tanpa sedar, saya menyeluk dompet dan memberikan kepadanya sekeping not tertulis DUA RIBU RUPIAH, baki duit Indonesia yang saya tukar ketika hendak berpoya-poya secara berhemah di Bali tempoh hari.

"Err, duit ni tak boleh pakai encik," jawabnya dengan penuh rasa takwa atas keharmonian malam yang menderu-deru.

Saya memandang not yang dipulangkan dengan perasaan bercampur-campur. Pantas saya keluarkan not yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia dan menyerahkan kepada beliau.

Pengisian minyak berjaya dilaksanakan dan not DUA RIBU RUPIAH itu kekal di dalam dompet saya.

Kancil saya membelah kepekatan malam sambil saya berterusan menghisap rokok.

TAMAT

9 Responses to “METER MINYAK MENYALA – MAKA ISILAH MINYAK”

Leave a Reply

Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar

You can add images to your comment by clicking here.

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.