ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

WARNING: SPOILER FILEM DI BAWAH

Entri ini sempena filem 500 Days of Summer

Ia tidak sampai 500 hari untuk saya dan Farah Waheeda, Summer Finn saya.

saya bertemu Summer Finn saya beberapa ratus hari yang lalu.

Saya mendewikan Summer Finn saya dan dia, seperti Summer Finn di dalam filem, tidak percaya pada cinta.

Kami bercinta dan ya, sekitar hari ke 250++, kami "split up", seperti Tom dan Summer.

Pada hari ke 488, di restoran kegemaran kami (Aicu Wangsa Maju), kami bertemu buat pertama kali selepas sekian lama tidak bertemu. Seperti Tom di dalam filem, saya ucapkan selamat berjaya untuk beliau, si Permaisuri Sungai Long dan berharap beliau, Summer Finn saya akan menemui sinar cintanya.

Hah, selepas ini yang menariknya.

12 hari kemudian, di dalam filem, Tom akan ke satu tempat, dan bakal bertemu dengan seorang gadis. Dia mengajak gadis itu untuk keluar minum dan bertanyakan namanya.

"Autumn..." jawabnya.

Dan itulah pengakhirannya.

Pada perkiraannya, selepas hari ini, ada 5 hari lagi.

Cute.

11 Responses to “(NOT) 500 DAYS OF SUMMER”

  • Default avatar Arda says:

    cool..tapi macam soalan matematik subjektif, aku lemah bab2 mengire ni..haha

  • Default avatar jobino says:

    perghh..tangkap lentok

  • Default avatar terrarosa says:

    Cinta akan menjadikan manusia itu 'tiba - tiba' bijak Matematik.

    *bila nak dapat bintang sebijik lagi ni :D

  • Default avatar suxx says:

    perlu ke berkira dlm chenta? atau mengira2 itu lain?

  • Default avatar Tok R says:

    Malaysia tiada Summer, Autumn atau Winter. Mungkin kau akan jumpa Tengkujuh.

  • Default avatar nazri says:

    Tok R - siapa kata saya akan bertemu cinta di Malaysia? Hanya manusia berfikiran katak bawah tempurung sahaja yang memandang sisi itu.

    Jika takdirnya saya bertemu Autumn, silalah Tok melihat buku Geografi negara mana ada Autumn, maka di situlah saya akan pergi.

    Tok perlu selalu menerapkan nilai-nilai berfikir di luar kotak, baru boleh berjaya.

    La la la la la.

  • Default avatar sinaganaga says:

    Gi dating - berani! Melamar - ada berani? Makanya, kalau tak melamar - macam mana Puteri Sg Long tu nak stay lelama!

  • Default avatar nazri says:

    komen di atas adalah contoh komentar yang hanya tahu suku cerita dan terpedaya dengan fact n fiction dan terus membuat kesimpulan.

  • Default avatar alhena says:

    ...tidak membuat kesimpulan apa-apa..kekeke

  • Custom avatar kobebeats says:

    That would rather be the route I would take if I publish any I think.I feel your own blog report brewing.turbine pro beats by dre Obviously this not only occurred multiple times nevertheless the unintended recipients of fly balls were shocked that such an event happened at an absolute baseball game.

  • Hi my friend! I wish to say that this post is awesome, nice written and come with approximately all significant infos. I'd like to look extra posts like this.

Leave a Reply

Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar

You can add images to your comment by clicking here.

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.