Kucing terbang, pari-pari, arnab, Maria, dr. love dan saya

PANDANGAN AKU TERHADAP PENDAPAT AJAMI HASHIM MENGENAISATU TITIK KECIL DALAM FILEM MAUT

Ini soal "accuracy" Black Metal dalam filem itu.

Dari reviu saudara Ajami Hashim: Reviu Maut

Betul pendapat Ajami bahawa dalam filem, ketidakketepatan fakta itu boleh sahaja dimaafkan.

Tapi kiranya satu bonus dan nampaklah "kerajinan" pengkarya kalau hasil kerjanya bila dilihat dari semua sudut seperti dia membuat banyak homework.

Itu baru kantoi dari peminat Black Metal. Bagaimana pula kalau peminat industri teksi menonton dan blogging mengenai "kurangnya kajian terhadap industri teksi?". Kalau sahaja. Itu perumpamaan. Dan kalau banyak lagi orang-orang yang familiar dengan benda-benda lain dan tersengih seorang diri mentertawakan si pengkarya lantaran tak membuat kajian terhadap lapangan yang si penonton itu tahu.

Betul, sesebuah filem itu boleh kita tengok sisi "universe" filem itu. Mungkin "universenya" Black Metal sebegitu. Betul. Mungkin juga.

Perbandingannya, pengkritik tak boleh nak kata apa bila watak-watak Melayu dalam filemnya makan spaggeti, bukannya nasi, kerana, itu "universe" filem tersebut.

Adakah si pembikin filem itu gagal kerana terlupa nak mengkaji makanan ruji orang Melayu? Atau terlupa nak establish KENAPA mereka makan spaggeti?

Tak gagal,

Tak salah, cuma bonus point untuk si pengkaryalah.

Dan benda kecil sahaja.

Tapi Hot Fuzz (contohnya) ditonton berulangkali kerana benda-benda kecil itulah, bukan falsafahnya pun. 

Begitu juga Titanic.

Tak salah, tapi...

 

Nota:

Ketika aku nak tambah point ini, aku baru terperasan komen Fadz ;

"Matlamat Tidak menghalalkan cara" mungkin dilihat statement kolot. Tapi besar impaknya. Banyak filem cuba berselindung dengan tembok "mahu menginsafkan", "berdakwah" tapi filemnya, bapaklah mungkarnya. 

Kenapa filem dakwah mesti tunjuk perihal orang kena azab? Perihal orang jahat yang menindas orang baik dan bla bla.

Kenapa filem dakwah mesti secara grafiknya menunjuk adegan-adegan mungkar?

Kiamat Sudah Dekat (Fadz sudah sebutkan dalam komen, ciss!) adalah contoh filem dakwah yang terbaik. Berhumor sambil menegur orang-orang berdosa. Lebih "pendosa" friendly bak kata orang. 

Peribadinya, aku tak rasa feel dakwah pun dalam filem Maut. Apa yang aku nampak hanya tubuh montok pelakon muda tu. Kalau setakat tunjuk orang "black metal" masa matinya diazab, hmmm, Mastika dah buat dah pun. Tak insaf pun aku tengok si Muhammad Syafizan tu. 

Mungkin sebab aku dah rabun kot...

8 Responses to “PANDANGAN AKU TERHADAP PENDAPAT AJAMI HASHIM MENGENAISATU TITIK KECIL DALAM FILEM MAUT”

  1. jujur, aku akui 'mastika' dlm 'maut' mmg kau org yg pertama mention benda itu lalu dipanjang-panjang-panjang-panjangkan oleh org lain.. tahniah! lalala!.. sebabtu aku bagi link semua rebiu.. buat apa aku nak ulang balik apa yg org lain dah sebut kan? kan? kan? btw, juga mmg 'maut' = local urband legend (kat upm haritu bade akui sendiri).. btw, kau dah tgk suma utube Q&A aku vs. bade itukah?.. hahaha!

    why so serious? ~ joker

    p/s: tajuk posting kau ni aku tak tahannn! hahaha!

  2. bercakap psl 'accuracy' ekk?..

    aku cabar kau tonton Sifu & Tongga!

    ada beran? hahaha!

  3. ya

  4. Salam,
    Amat setuju dengan catatatn tuan kali ini.

  5. Kebykan director diangkat tinggi macam Spielberg, Cameron, Jackson and sorts sebab diorg punya attention to details. Betul, bila berckp secara terperinci macam tu bunyinya macam nitpick. Tapi betul cakap Vovin, it's a bonus point.

    Cuma yang aku pelik, kenapa kita mudah memaafkan when it comes to filem Hollywood?

    "Kenapa filem dakwah mesti tunjuk perihal orang kena azab? Perihal orang jahat yang menindas orang baik dan bla bla."

    Bak kata Ku Seman Ku Hussien, I don't need to spend 2 fucking hours for someone to tell me yang perbuatan jahat tu akan mengakibatkan seseorang tu masuk neraka.

    "Kiamat Sudah Dekat (Fadz sudah sebutkan dalam komen, ciss!) adalah contoh filem dakwah yang terbaik. Berhumor sambil menegur orang-orang berdosa. Lebih “pendosa” friendly bak kata orang."

    Hei, takkan kau tak tau, orang kita kan suka take stuff too seriously?

  6. kesimpulan maut, pantut tonton atau tidak?

  7. cerita dakwah berlucah?

  8. filem dakwah paling FAIL: Syukur 21, ya rabbi, azab!

Leave a Reply