Kucing terbang, pari-pari, arnab, Maria, dr. love dan saya

PERTEMUAN DI KEDAI KUCING

Jari saya terhiris pisau ketika menyiapkan dewan untuk Anugerah Pekomik di PWTC. 

Tapi itu bukan cerita utama saya. Ceritanya saya terpaksa menaip tanpa jari yang luka itu, kerana saya takut terlupa akan cerita ini.

Ketaksuban saya terhadap kucing mungkin sudah diketahui ramai.

Saya suka melawat ke satu kedai menjual kucing (bukan di depan pejabat PTS). Saya suka melihat dan mengacah-acah kucing di dalam sangkar, dipamerkan untuk pembeli.

Melihat kucing menjadikan saya seronok dan sedikit hilang gusar terhadap diri saya yang masih miskin. :P

Tapi suatu hari saya didatangkan dengan episod baru dalam hal ehwal melihat kucing di kedai.

Saya melutut melihat kucing-kucing di sangkar bawah, bila seorang gadis turut melutut tidak jauh dari saya. Berbaju kurung, dengan kulit sedikit gelap, agak kurus dan berambut panjang guntingan stail Cleopatra. Dia memegang beg.

Punca perbualan kami bila seorang budak yang melintas bersama ibunya bersuara, menunding jari ke arah seekor kucing "kelabu" di depannya. Setelah budak dan si ibu pergi, saya terdengar si gadis mengomel bahawa kucing itu bukannya "kelabu" tetapi "biru".

Saya tergelak dan memandangnya. Saya katakan ya, kucing itu label warnanya "biru".

Kelakar bukan, katanya, kucing berwarna biru.

Agaknya orang yang melabel warna-warna kucing ini buta warna, jawab saya.

Kami berbual tentang kucing. Takjubnya saya kerana si gadis begitu memahami kucing. Malah banyak hal ehwal kucing yang saya sendiri tidak tahu. Tapi ego lelaki mesti dijaga, saya perah otak saya untuk memberikan satu dua fakta kucing yang saya yakin dia tidak tahu.

Malah kami boleh membuat jenaka tentang kucing.

Betapa dia juga sukakan kucing hitam (laksana Salem, si kucing Sabrina), sama seperti saya.

Saya tanyakan adakah dia datang ke sini untuk membeli kucing?

Katanya tidak, dia hanya mahu melihat-lihat. How i wish i can have a cat. 

Kenapa? Bukannya susah untuk mendapatkan kucing.

Aha, inilah penumbuknya dalam cerita saya.

Jawabnya, tunangnya tidak sukakan kucing. Bukan soal alegi, cuma memang tidak sukakan kucing. Walhal dia berharap-harap sangat dapat membela kucing.

Saya hanya mampu tersenyum. Tidak mengapa, kata saya. Doakan dia akhirnya bersetuju untuk menghadirkan kucing di rumah kamu nanti.

Saya hanya angguk. Terfikir bagaimana rasanya jika ia berlaku pada saya. Jika diimbau, saya pernah mahu berkahwin dengan wanita yang tidak gemarkan kucing. Juga nyaris berkahwin dengan wanita yang membela kucing.

Mungkin, suatu hari nanti, katanya. Mungkin dia dapat membela kucing.

Kami bermain-main dengan telatah kucing-kucing di sini buat seketika, sebelum kami beredar ke arah yang berlainan.

Mungkin, suatu hari nanti, dia dapat memiliki kucingnya.

Dan saya dapat memiliki kucing yang baru.

 

 

 

9 Responses to “PERTEMUAN DI KEDAI KUCING”

  1. Penumbuk rusuknya ialah gadis itu sudah bertunang. Hmmm melepas...

  2. 1. Kapal Dagang lagi dirampas, inikan pula tunang orang.

    2. Kalau kau nak awek berkucing, biasanya mereka anak dara dewasa (matured). Tiba2 politically correct. Hubungi mereka.

  3. he he. kayu balak lagi ditebang orang

  4. 1) hanya penggemar kucing jer akan paham betapa indahnya idup berteman kucing...

    2)"""anak dara dewasa??????""" --- tatau kenapa tapi aku yg pertama kali masuk sini ttba sentap plak dgr perkataan ini...

  5. adakah kucing "pemutik" chenta? mungkin

  6. "Takjubnya saya kerana si gadis begitu memahami kucing."

    It should be interesting to see waktu dia kemukan fakta dia, kau guna that tipikal ayat of yours untuk obstruct (sambil tak pandang muka). "Well, tak jugak, tak semestinya; kucing saya tak macam tu pun."

    Aku rasa masa tulah dia decide nak mengaku dah tunang. I know I would.

  7. I know I would too. In fact, bukan tunang, tapi "lelaki yang fuck saya tiap malam, well, kalau dia tak pegi rumah gelfren dia la".

  8. oooyugen!

  9. hik hik hik.. cukup dramatik ayat-ayat anda!

Leave a Reply