Saya mahu mencadangkan agar diadakan peraturan agar semua tandas di Malaysia, terutama yang awamnya, dipasang speaker memainkan lagu Heavy Metal.
Kalau boleh Helloween.
Tandas di Malaysia, terutama di kompleks membeli belah, damai sekali sifatnya.
Seolah-olah kita berada, hmm, di Nirvana. Atau Shangri-La. Laksana kita berada di alam lain di mana hati berasa girang dan kucing-kucing terbang sambil tersenyum ke arah kita dan melambai-lambai memanggil, "ayuh, juara! kita menari di angkasa!"
Ahhh, damai.
Tapi saya tahu, ramai yang tidak mahu mengaku, berasa kurang selesa tatkala berak, bila mendengar orang lalu lalang di luar kubikel damai kita itu.
Tambah sulit bila saat-saat genting mahu keluar itu, ada orang berjalan di depan pintu kubikel damai kita.
Uh, mahu tahan atau biar sahaja? Bagaimana kalau situasi hening, senyap tanpa sebarang bunyi itu, muncul bunyi yang sahih datang dari kubikel kita.
Ah, sulit sekali kalau tiba-tiba ia terjatuh dan berbunyi "plop!"
Lebih sulit kalau "Proottt" atau "Preeetttt cett cettt cettt....cettt...cettt"
Awww. Motivasi kita jatuh.
Dan bila sudah selesai, kita teragak-agak untuk keluar kerana kita tidak pasti orang yang berada di luar sewaktu kita keluar dari kubikel damai itu adalah orang yang sama mendengar "plop" tersebut. Atau "Preeetttt cett cettt cettt....cettt...cettt"
Lebih malang orang yang berada di sinki itu, bakal bersalaman dengan kita setengah jam kemudian dalam satu acara di dewan utama.
Sudah tentu ramai menjawab, ah, persetankan. Peduli apa.
Tapi jauh di sudut naluri masing-masing yang tinggi egonya, terasa kurang selesa juga dan ingin tahu apa persepsi orang di sinki yang sedang membasuh tangan itu.
Pasangkan lagu Heavy Metal supaya pergerakan menjadi lancar.

haha kalau tak silap aku, di Jepun ada tandas yang disertai dengan pakej bunyi-bunyian. Ada butang-butang, tinggal tekan saja butang bunyi apa yang mahu.
hahaha setuju
Tip: Untuk mengurangkan bunyi plop, pastikan ketulan yang kemudian jatuh tepat atas ketulan yang terdahulu. Dengan latihan sasaran, skill ini pasti dikuasai. Selamat mencuba.
p.s. Tip ini benar untuk ketulan yang timbul sahaja.
ha ha.
sy gelak sorang-sorang masa baca entri ni.
sy xnk komen pape.
juz mau ckp awk mmg open minded.
i guess you're rite.
hah...sedak2...
ahahha
betul betul..
saya pon kekadang terpikir camna nak kurangkan bunyi..
pllooouupppp...!
hahahahaha...hahahahaha...hahahahaha (di sebalik ego)
suwey betul entri ini.
ia sungguh berbau... berbau... berbau...
tapi tak tahan kalau time sakit perut dan tahap cair. ada orang lalu lalang depan... kene tunggu timing yang sesuai! hahaha..
Sunggoh jujur entry ini...skian trimakaseh...
saya setuju!!! Biar rasa senang dan puas!! ha ha ha ha.. tidak teragak-agak!!!
heavy metal itu heavy.
berat.
kasar.
aku mungkin berak keras jika itu berlaku.
Oh sebelum ni lu laa yang cover bunyi pakai bunyi mulut tu kan? Asal bunyi je lu cover jerit 'pow!'.
wahahhaa.
sgt cool entry ini.
sangat setuju dangan kamu.