Pertama,
Sepanjang raya di kampung, not a single question mengenai "bila nak kahwin?"
Okey, sepatutnya ia buat saya gembira bukan?
Ramai orang yang belum berkahwin depress dengan soalan itu bukan?
Tapi saya langsung tidak ditanya soalan tersebut.
what the hell man. Mana infamous, the million dollar question yang sepatutnya ditanya oleh mak, abah dan sanak saudara?
TIADA.
Saya rindukan soalan itu.
Mungkin masing-masing sibuk dengan persiapan majlis kahwin adik saya sampai terlupa si abangnya belum lagi. Hello! Hello! Saya masih belum ada bini. No, wallpaper laptop saya itu bukan bini saya. Walaupun ya, ada secebis hasrat mahu menjadikan Audrey Tautou sebagai pasangan hidup. Tapi komplikasinya banyak. Antara sebabnya saya tak punya cukup wang nak ke Perancis. Satu lagi saya tidak pandai berbahasa Perancis, tidak seperti Mimi Morticia dan Sufian Abas. Mereka flirting pun dalam bahasa Perancis. Mana mau celen?
Tamat cerita soalan kahwin. Saya harap semasa majlis kahwin adik saya nanti akan bertubi-tubi soalan itu datang menyerang saya supaya boleh saya jawab, "Amelie belum bersedia makcik,"
+++
Seluar jeans adalah ciptaan untuk bergaya. Bila ia dicipta untuk bergaya, maka fungsi dan keberkesanannya menjadi kurang demi memenuhi tuntutan gaya. Semakin berjaya pakaian itu, semakin merapu fungsi yang lekat padanya. Setuju?
Salah satu fungsi yang bangang dalam seluar jeans adalah poketnya yang sempit. Ini memjawab kenapa sebenarnya mengapa saya lebih suka seluar kargo.
Tapi tak rock la pakai kargo. Lainlah Pemain Bass Kuala Lipis. Beliau mementingkan imej rock. Tolak tepi kesenangan hidup janji imej rock maintain. Itupun sekarang sudah tak berapa rock setelah hangat bercinta. Dengan siapa beliau bercinta? Ha, mari saya dedahkan eksklusif untuk pembaca dunia vovin. Nama makwenya bermula huruf 'X'. Ya, mungkin, mungkin Xena The Warrior Princess. Atau adakah nama makwenya Xharifah? atau Xosmah? atau Xalimah? atau Xana Xistina?
Hanya tuhan sekalian alam sahaja yang tahu.
Kembali kepada perihal seluar jeans.
Kenapa dengan seluar jeans?
Kita tunggu episod akan datang.
Ah bi bak.

setuju pasal poket sempit itu.
sebab tu kalau boleh beli jeans Engineered. atau Function Jeans. poket besar, boleh muat iPhone. atau PDA. atau juga balang kuih raya (yang dirembat). heheh.
uiyoo..balang kuih raya pun bleh masuk lam poket gak ker?
laGu eddie vedder tu sedap ke?
dewa& alhena - nanti try letak balang kuih
mizzleli - tak sedap
beberapa bakul jugak la sy dapat soalan hottt itu versi raya kali nih.. haih..
GA Blue gak yang masih sedap dipakai.
ye, jangan beritahu nama saya ok...:)
kalau beli seluar jeans, beli la yg 2 saiz lebih besar. mungkin dpt poket luas.
p/s yg aku pernah cuba pada 501 - lain2 cap atau nombor pengenalan tiada jaminan. yg penting tak bogel jiwa. hehe.