SAJAK PUTUS CINTA DAN KUCING
Sayang,
Saya masih miskin, tapi mengapakah kau meninggalkanku?
Sayang,
Saya masih tidak punya rumah mewah, tapi mengapakah kau meninggalkanku?
Sayang,
Saya masih tiada kereta buatan Jepun atau Jerman, tapi mengapakah kau meninggalkanku?
Tapi,
Bila saya kaya nanti, mahukah kau kembali kepadaku?
Bila saya membina istana, mahukah kau kembali kepadaku?
Bila 2.0 ku bawa depan rumahmu, mahukah kau kembali kepadaku?
Tapi sayang,
Bila kusediakan itu semua,
Sayang sudah tentu tidak kisah kalau saya berzina dengan perempuan muda,
Bila kuberikanmu mahligai,
Sayang sudah tentu tidak kisah saya pulang mabuk-mabuk dan menamparmu,
Bila dikau memandu kereta mewahmu,
Sayang sudah tentu boleh terus senyum walau saya tiada disisi sayang saban malam,
Kerana sibuk berzina dengan perempuan lain.
Atau mabuk di tempat gelap,
Atau asyik dipejabat,
Kerana saya mahu sayang terus kaya,
Lagipun, alang-alang menderita, biarlah menderita dalam kekayaan.
Sayang,
Saya hanya boleh beri saya
Sayang,
Saya masih miskin,
Tapi apa yang saya boleh berikan,
Hanya kucing.
Saya masih sayang, tapi saya juga masih miskin.
NAZRI M. ANNUAR
PWTC, 26 April 2009
* polisi pertukaran alamat talian telefon Telekom yang lahanat akan membuatkan saya putus internet pda waktu malam selama 9 hari. Sabar ya, jika rindu, dikau tahu nomborku.
April 27th, 2009 at 8:58 am
"..* polisi pertukaran alamat talian telefon Telekom yang lahanat akan membuatkan saya putus internet pda waktu malam selama 9 hari. Sabar ya, jika rindu, dikau tahu nomborku."
- kau kt sri kembangan kan? Wimax dude. Laju dan hassle-free. Aku cukup puas hati dgn servis diaorang berbanding Streamyx celaka tu.
April 27th, 2009 at 11:40 am
nukilan yang pelik tapi still menarik..!!
April 27th, 2009 at 12:27 pm
kecewa...
perkataan kucing hanya wujud sekali jer ?
April 27th, 2009 at 12:31 pm
edd - tak, ini kat tempat lain, aku perlukan fixed line untuk set up opis aku.
April 27th, 2009 at 6:46 pm
Sayang,
Kalau lu nak voodoo-kan gua,
lu tahu mana nak carikan, kan, kan?
April 28th, 2009 at 9:03 am
afsal kalau kaya je jadi jahat?
April 28th, 2009 at 10:49 am
Naga kata perempuan kalau tulis fiksyen putus cinta mendesah-desah... Ntah laa...
April 28th, 2009 at 2:37 pm
Taf Teh sekali lagi dengan sinikalism.
Jadi kata-kata Naga betullah sebab sajak di atas bukan fiksyen.
Kepada pembaca yang lain, take note ya:
- Bukan saya yang mengasaskan teori minum klorok, saya tidak pernah bersetuju atau menolak teori itu, itu terpulang kepada kamu semua yang mahu percaya 'dengan apa yang kamu mahu percaya', bukan mahu percaya dengan apa yang subjek itu percaya.
Sebab melabel orang sungguh menyeronokkan. Saya tahu itu. Saya buat juga.
April 28th, 2009 at 3:49 pm
Siapalah sayang ini.
April 28th, 2009 at 6:49 pm
Teh,
Pipiyapong pernah berkata, "Cilakak!"
HA HA.
April 29th, 2009 at 2:44 pm
Sayang,
miskin dengan harta dunia tapi kaya dengan cinta.
Sayang,
tidak punya rumah mewah tapi bersyukurlah masih ada bumbung yang yang melindungi kita dari cuaca yang tidak menentu sekarang ini..
Sayang,
tidak punya kereta buatan Jepun atau Jerman tapi kita ada teksi, komuter, lrt dan bas yang membawa kita kemana-mana.
Nanti,
Bila Sayang kaya nanti, mahukah Sayang berkongsi kekayaan itu dengan saya?
Bila Sayang bina istana itu, untuk kita atau permaisuri baru?
Bila 2.0 dibawa ke depan saya adakah untuk menunjuk-nunjukkan pada saya Sayang sudah mampu?
Tapi Sayang,
Sebelum Sayang sediakan itu semua,
Sayang tidak peduli saya yang berada di depan mata,
walau bukan mahligai yang saya harapkan dari Sayang,
bukan kereta mewah yang saya idamkan,
bukan kekayaan yang saya inginkan,
hanya mahukan sayang disisi setiap hari dan malam,
tidak taksub dengan kerja sahaja hingga melupakan saya,
memadailah kasih sayang yang berkekalan,
memahami, menerima diri ini seadanya.
Sayang,
Saya masih menunggu,
tapi maaf,
kucing itu,
tidurnya diluar saja ya?
April 30th, 2009 at 12:51 pm
[...] puisi balas miss chicken rice seperti versi remix lagu “If I were A Boy” yang diduetkan dengan R. Kelly. Boleh kita berduat ala Beyonce dan R. Kelly di Annexe 9 Mei nanti. Macam mana miss chicken rice? Kalau mahu sila e-mel saya di sini: [...]