ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Sajak ini pertama saya draf untuk bekas makwe saya Farah Waheeda setahun yang lalu. Disiapkan dengan sedikit perubahan ketika saya bacakan untuk majlis perasmian buku sajak Mimi Morticia dengan tajuk "Sajak-Sajak Pemujaan Mimi Morticia".

Saya fikir nama-nama dibelakang tajuk boleh saya gantikan untuk pelbagai acara - contohnya untuk pelancaran buku/filem/pameran -  Shaira (Amira), Alina (Abdullah), Fazleena (Hishamuddin), Dilla (raden), Ana atau Jannah (Raffali), Nani (Allen), Taf (Teh), atau...atau...atau....

Sajak ini saya tulis untuk gadis seterusnya yang bakal saya puja.

SAJAK-SAJAK PEMUJAAN WANITA

I

Prosa ini untuk gadis

Yang terang

Yang malang

Yang dicumbui cinta

Yang menjadi pecinta

La vi an rose

II

Umpama Venus

Umpama Aphrodite

Umpama Atia Balba

Umpama Helena

Umpama Diana

Umpama Athena

Umpama Audrey

Umpama Dewi

Umpama _______,

Kaulah Rom

Keagungan eterniti

Yang menikam belakangku

Kaulah Babylon

Pintu tuhanku

Yang mahu mengkhianatiku

Kaulah Parsi

Kawanku yang damai

Yang mahu menentangku

Kaulah Greek

Mahsyur dan agung

Yang mahu meracunku

III

Datang bersama burung Kasturi

Kucing-kucing terbang

Datang dengan arnab-arnab

Membawa sihir ke alam ini

Datang bersama nuri bistari

Terbang mencuri hati

Datang gerombolan rusa Nani

Hinggap mencari-cari

Datang bersama pari-pari

sayap putih menari-nari

Datang umpama _________,

IV

Kalau malam itu indah

Malam itu hadiah untukmu

Tujuh laut menjadi milikmu

Biarkau puas mandi buat seri cantikmu

Phobos dan deimos kudekatkan

agar menjadi taman harfiahmu

Rimba benua kudekatkan

menjadi rantai leher polosmu

Oh ______________,

Kalau bergendanglah palu perang

Untuk kuroboh tembok besarmu

Atau bila ku bariskan busur

Biar kau jatuh satu persatu

Oh ___________ ,

Kalau bergendanglah palu perang

Untuk kau runtuhkan tembok egoku

Biarku melutut satu persatu

IV

Ku datang menyembahmu

_______, __________, ________,

Ku datang menyeru jiwa roh mu

_______, __________, ________,

Ku datang menjadi hambamu

_______, ________, _______,

Ku datang untuk dihancurkan kamu

__________ , _______ , ________ ,

V

Kamu Infiniti

.

.

.

atau sehingga saya bertemu yang lebih bagus

10 Responses to “SAJAK-SAJAK PEMUJAAN WANITA”

Leave a Reply

Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar

You can add images to your comment by clicking here.

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.