Selepas membaca entri ini, mungkin ada mengatakan ini adegan filem. Tapi sudah banyak "adegan filem" yang saya nampak atau ketahui dari cerita teman-teman.
Selepas dipaksa, saya bersetuju untuk satu temujanji yang diatur. Bukan blind sebab saya dan perempuan itu sudah tahu paras rupa masing-masing dan berchatting.
Teman yang sama mengatur temujanji silap tempat dahulu.
Cantik orangnya, berbudi bahasa dan punya pekerjaan yang buat saya rasa rendah diri (editor buku? Mana sama taraf dengan peguam, doktor atau jurutera Petronas, kan?
)
Mula-mula semuanya lancar. Ahh, nampak ada harapan untuk satu kisah yang panjang buat kami.
Kemudian saya teringat kisah lalu tentang taraf dan harta yang tidak sama.
Lalu kepala saya merangka cerita,
Saya katakan kepada dia yang saya hendak berhenti kerja pada Jun nanti. Keningnya terangkat. Kenapa?
Saya katakan saya mahu jadi orang seni. Saya mahu menulis.
Dia menyoal, awak sudah punya pekerjaan yang punya masa depan untuk hidup senang?
"Hidup Senang", ahhh, saya ketawa dalam hati. Perkataan lain untuk "Kaya".
Saya katakan pilihan yang akan saya buat nanti akan menjadikan saya tidak akan menjadi kaya.
Hidup saya akan begitu susah. Saya perlu bergantung kepada penulisan novel, esei dan sebarang kerja freelance. Saya akan mengikat perut tatkala kerja tidak banyak.
Cuma kira-kira 5 minit selepas saya menghabiskan cerita saya bila dia bersuara mahu meminta diri. Katanya ada hal di Damansara.
Saya tersenyum. Okey, boleh kita jumpa lagi?
Dia cuma tersenyum.
Saya masih di meja makan 15 minit selepas dia beredar, tersenyum dan kadang-kala ketawa.
Tahu apa jadi?
Saya menghubunginya beberapa kali selepas itu, setiap kali itu juga dia berkata sedang sibuk dengan sesuatu.
Saya dimarahi teman, katanya tindakan saya bodoh. Mana ada orang berkata begitu semasa first date.
Saya tahu.
Tapi saya kasihankan perempuan itu.
Saya kasihan, kalau saya tidak berterus terang tentang taraf hidup saya, tiga atau empat bulan kemudian dia gelisah dan resah untuk memikirkan bagaimana hendak memutuskan hubungan dengan saya kerana saya tidak boleh memberikannya kemewahan. Dia serban salah takut dia menghancurkan hati saya.
Teman saya mula memaki perempuan itu, katanya materialistik.
Saya pujuk teman saya. Tak perlu memakinya. Itu haknya untuk memilih apa yang terbaik untuknya. Tidak ada salahnya dia memilih seorang lelaki yang kaya kalau itu buat dirinya bahagia. Tidak adil untuk menilainya atas keputusan yang dibuatnya.
Betul kau mahu berhenti kerja pada Jun nanti? Soal teman.
Saya geleng. Tidak. Kerjaya saya sedang dalam peringkat memberangsangkan. Saya mendapat banyak peluang untuk buat duit sekarang ini.
Tapi ini formula saya sekarang, saya akan ceritakan kisah lebih kurang di atas kepada setiap gadis yang berkenalan dengan saya.
Gadis yang tidak memberi alasan sibuk ketika saya menelefonnya, selepas malam tadi mendengar cerita 'tipu' saya itu mungkin gadis yang akan kekal bersama saya, yang sudi hidup susah dan senang bersama-sama, siapa tahu kan?
Tak begitu Cik Gitar Akustik?

Vovin, kau baru lepas tengok Filem Musang Berjanggut ke?
lepas ni mesti ramai yang jatuh cinta.
Peh.. ini baru touching ending dia nanti. Benarlah cara kau tu. Untuk kebaikan bersama juga. Takde salah nye.. teruskan berusaha mencari... thrill beb.
hari tu kau cerita nak berhenti kerja dan back pack serata dunia. kau ingat aku gay ke apa? ha ha ah.
Entah apa-apa entah nak uji orang macam tu.
Jika saya di pihak wanita itu, tentunya berfikir berkali-kali kerana ayat itu yang saya teringin ucapkan sebenarnya..haha
musang berjanggut alaf baru
someday awak akan berjumpa juga dengan perempuan yang memahami dan sanggup bersama dalam apa keadaan.
oh.. ko bukan gay..
tapi untuk menjadi penulis yang hebat..
bukankah ko perlu menjadi gay!!!?
kalau gua jadi awek tue, memikir panjang jugak....lampin anak lagi, susu anak lagi, sewa astro, sewa rumah...
aduh....
vovin, kau nak back pack around the world?
tak perlu menjadi gay untuk dunia ini...
Baik ko punya trick.
Sekurang-kurangnya ko tahu yang pompuan tu macam tak boleh nak terima keadaan ko bila susah nanti...
Memang agak susah nak jumpa orang yang sanggup berkongsi susah & senang dalam hidup tetapi pasti ada satu untuk ko..
takperlah...bukan semua pompuan nk suami yg berkerja tetap...
suami org tak keje pon...ok jer...ahahhahahahah...
"Sekurang-kurangnya ko tahu yang pompuan tu macam tak boleh nak terima keadaan ko bila susah nanti…"
Aku tak faham, kau expect perempuan tu terima susah senang Vovin at the very first date? That's just crazy talking, guy.
Ah. sebenarnya perempuan tu mengelak elak sebab dah jatuh hati dengan orang tengah. cuba check balik.
makanya, kenapa selalu bermain dengan nasib?
jalan saja lah babe!
pernah dengar karma?
Heg, kalau karma, makanya patut sangat saya musnahkan 8 orang perempuan sebab ada 8 orang perempuan yang pernah musnahkan saya?
Tak juga kan?
Ayuh perempuan, cari angle lain untuk justifikasi pulak.
baik.
(selalu nak menang!
)
Sudah tentu sebab saya lelaki ego yang paling besar di muka bumi.
Hah! Mana ada perempuan suka lelaki ego besar.
Padan muka saya.
kalau ada pun, mungkin tak perasan, sebab ego besar sangat!
minimize kan sikit, baru nampak.
"Sudah tentu sebab saya lelaki ego yang paling besar di muka bumi. "
Ego is one thing, being a passive-aggressive is another.