Blog yang dibaca oleh bekas teman wanita dan berkata “i fell in love with his writing” kepada suami/teman lelaki tersayangnya…ouch, hehehe.

SIMPANG

Entri ini terkesan dari entri blog lelaki paling celaka di mata Che Wan Sofiatul Shima.

Entah kenapa, lelaki ini, Bart Ahmad selalu pula update tentang relationship. Dan kali ini bercerita, secara sembunyi tentang perkembangan terkini 'circle of friends' kami.

Dia tidak sebut nama, tapi saya fikir perenggan ini mengenai saya. Ada dua perenggan berasingan yang saya syak mengenai saya, tapi mengenangkan dalam circle of friends kami ini, saya yang paling banyak 'the ex', maka rasanya pasal sayalah. Melainkan dia bercerita tentang mamat lain yang langsung kami tak kenal, yang rasanya mustahil kerana kesudiannya berkereta dari Pajam (ya, Pajam) ke Wangsa Maju saban malam hanya untuk melepak bersama kawan-kawan - tanda dia - TIADA KAWAN LAIN.

Tapi betulkan saya kalau saya silap.

Okey, ini perenggan tulisannya mengenai saya;

"Ada sorang tu, kata dia nak kawin. Dia dah ready nak kawin. Dia dah dah ada budget untuk itu. Dia belum ada calon untuk buat itu. Dia kena layan corner lagi sebelum jumpa junction stay-single or get married. Nevermind the fact yang dia ada 9 bekas makwe, bekas makwe is not current makwe neverthelss. Jadi dia tak boleh kawin sekarang. Padan muka dia."

Saya tertarik dengan analogi permotoran yang diberikan (memandangkan lelaki ini jiwanya besar terhadap motor).

Ya, betul, saya kena layan corner lagi sebelum jumpa junction stay-single or get married.

Saya nampak puncanya senang saja.

Sebab kebarangkalian saya berahi dengan wanita berusia 30 tahun ke atas itu amat besar.

Jadi membawa kita ke satu aspek lain, yakni;

Selalunya (ini yang saya tahu, berdasarkan yang saya jumpa dan saya tak kata semua), perempuan 30 tahun ke atas yang masih belum kahwin, biasanya, lebih suka meneruskan layan corner walaupun sudah jumpa junction untuk get married.

Jadi, apakejadah saya nak masuk junction tu kalau perempuan yang saya suka itu menonong je pulas throttle 130-140 tanpa ada niat nak tekan break pun?

Lantas saya pun start enjin balik, pulas throttle dan kembali layan corner.

Satu hal juga nak kejar perempuan itu yang bawa Ducati sedangkan saya bawa Panther second hand. Itu yang ada masanya tergolek masa layan corner. Luka juga sana sini. Tapi dah biasa.

(hoh, analogi permotoran untuk menerangkan mengenai cinta ini menarik juga ye)

Tapi Bart Ahmad betul. Padan muka saya kerana selalunya suka dengan perempuan jenis-jenis takut nak bercinta ini.

Tapi...

Ya adik-adik, kita ada TAPI.

Jangan ingat Ducati awak boleh tinggalkan saya bertiang-tiang, kerana ada masanya,awak terpaksa berhenti di traffic light atau di stesen minyak.

Masa itulah peluang saya menarik awak ke junction itu.

Haha

+++

Perkembangan;

Saya sudah ada muse untuk jangka waktu terkini. Muse saya memberi satu inspirasi tak ternilai untuk saya menulis, walaupun, dia tidak sedar mungkin dia menjadi muse saya (sekurang-kurangnya sehingga karya saya diterbitkan).

Terima kasih kerana menjadi muse saya.

Video di bawah adalah sumber inspirasi, di mana terdetiknya fikiran tentang rupanya saya sudah menemui muse terkini saya.

12 Responses to “SIMPANG”

  1. Ducati? Panther? Uhh, gua tak ada! Gua jalan kaki sahaja. Aaa, ada mana2 shawty yang nak jalan kaki bersama-sama dengan gua?????!!!!!

  2. Sama-sama.

  3. wa..wa...suke analogi ini...huhu...
    baik2 amek corner ye encik vovin..banyak2 luka pun tidak baik juga....

  4. 30 tak tua lagi..
    baru matang.
    tapi dalam skop melayu.. diorang kata 30 macam dah tua sangat. tak heran la umur cecah 35 dah malas nak memajukan diri atau buat apa2 lagi... sebab dah tua. itu fakta.

  5. I have to say, you're the happiest saddest man alive, Vovin.

  6. Mistik-

    aku 29, so dari segi bahasa 30 itu tua dari aku. Jadi betullah aku kata dia perempuan tua. Matang isu lain.

    Rata-rata perempuan umur 30 tahun (Melayu) yang aku kenal sangat kuat bekerja, malah tidur pukul 4 bangun 8 pagi.

    Jadi aku boleh kata sekeliling aku orangnya tak malas-malas?

    Setiap bangsa ada flawnya, kau nampak lebih sangat flaw Melayu kerana kau pun Melayu, itu normal.

    Kau sebenarnya marah dengan sesetengah orang yang kau kenal, tapi amarah itu kau tak tahu nak salurkan kepadanya lalu kau marahkan semua orang.

    Itu juga normal.

    Dan aku tahu ini teknik reverse psikologi, kau paling sayangkan Melayu sampai segala benda kau mahu kata tentang Melayu.

    Cheer up bro, stereotyping ini kalau tak dikawal boleh memalukan diri sendiri juga.

    Cheer up dude.

  7. Naga - Bukan dah selalu jalan dengan Shawty?

    Tok - ditto

    Lydia - Terima kasih, hoho

    Nazim - sure ke i'm the saddest man?

  8. wah satu perancangan yang baik ,cuma pastikan
    traffic light atau stesen minyak itu dekat dengan
    junction 'get married', kalau jauh sangat, pasti
    ada yang makan kasut nanti hahahaaaa...

    * tiba - tiba malu dengan fakta yang ada dalam blog saya :P

  9. "sure ke i'm the saddest man?"

    Happiest saddest, different context beb.

  10. bro
    marila kite bersama2 berusaha
    agar ko dpt mencapai kebahagiaan yg dipinta

    haha
    sungguh gay bunyinya,tp takpa

    aku dah start memahami
    ape yg ko cari
    takpa nanti kita TT
    bole diskas lebih lanjut lagi

  11. hahahha Mistik refer diri dia kot

  12. Haha. Kalau baca sepanjang entri-entri yang lepas,

    kalau tak Pipi,

    Sufian abas kot yang jadi muse lu.

Leave a Reply