Kucing terbang, pari-pari, arnab, Maria, dr. love dan saya

TALIAN SUDAH DITAMATKAN

Saya cerita satu rahsia,

Saya ada dua talian telefon, satu Digi dan satu Celcom.

Yang aktif ialah Digi.

Yang Celcom, hanya dua orang yang tahu.

Ini rahsianya, ada satu bahagian kecil, jauh di dalam hati saya, entah kenapa, (sikit sahaja, betul), semacam berharap Celcom itu bergema dengan panggilan atau sms.

Ya, kadang-kala memang datang sms. Yang buat hati saya dup dap dup dap.

Rupanya sms iklan Celcom.

Rupanya, penamat yang saya kata itu, sebenarnya belum benar-benar tamat. Sikit saja, sangat sikit, sangat-sangat sikit (yang boleh jadi banyak) berharap tidak tamat.

Tapi akhirnya hari ini saya tahu dia tamat, bak kata orang putih, for good,

Bila melihat Celcom itu, bila saya hubungi bersuara, "nombor yang anda dail telah ditamatkan perkhidmatan"

Itulah signal yang mungkin dipukul ke kepala saya, bahawa, sudah tamat. Sudah-sudahlah itu membandingkan kesempurnaannya dengan yang lain.

Baik. Saya sudah faham.

Sim kad Celcom akan saya keluarkan dari telefon buat pertama kali sejak dia pertama kali dimasukkan di dalam telefon itu.

Sekian.

Comments are closed.