TIME TO SAY GOODBYE
Untuk yang tak boleh nampak youtube di atas, klik sini: http://www.youtube.com/watch?v=QbN0g8-zbdY
Saya tahu pintu itu lambat laun, mesti saya buka.
Walaupun apa yang terbentang di depan mata bukan kehendak saya.
Perlahan-lahan saya membukanya, melihat anak saya Cempaka di sisi katil. Dia tidak memandang saya, mungkin tahu wajah saya akan tetap dapat dia tatap hari hari berikutnya, tetapi wajah di atas katil yang terbaring, masanya tidak lama.
Saya memandang Panda Cinta, Arnab si peniup Seruling dan puteri La la la berdiri di satu sudut, wajah sayu. Panda Cinta datang kepada saya, menarik tangan saya, seolah mahu menyalurkan semangat untuk saya. Dia menarik saya masuk ke dalam bilik. Mujur mata saya, airnya sudah tumpah lama dahulu, dapat juga saya melihat arah yang hendak saya langkah.
Cuma mungkin, segunung semangat pun tidak mampu membuatkan saya kuat menghadapi masa-masa ini.
Puteri La La La memegang bahu Cempaka. "Ayuh, biarkan ayahmu bersendirian sebentar dengan mama," dia membawa Cempaka keluar dari bilik. Cempaka memegang tangan saya dan mengukir satu senyuman nipis sebelum keluar dari situ. Arnab si peniup Seruling turut keluar. Namun saya meminta Panda Cinta untuk kekal di situ.
Saya melutut di sisi katil, memandang isteri saya. Dia terbaring lesu. Dia tersenyum, memandang saya.
"Kenapa muka macam tu? nak kena belasah?" dia bersuara perlahan. Ayatnya keluar satu demi satu.
Saya memegang tangannya.
Saya tidak membalas kata-katanya. Dia mengangkat tangan kanannya lalu menyelak rambut saya.
"I miss you..." ucapnya.
Saya tersenyum. Saya kucup tangannya.
"Awak cantik..." ujar saya.
"Penipu besar..." dia ketawa kecil.
Saya tak sampai hati hendak memberitahu betapa hati saya sedikit remuk bila mendengar ketawa itu. Bukan kerana saya bencikan ketawa itu, tetapi kerana mengenangkan esok saya tidak akan dengar lagi ketawa tersebut.
Saya usap rambutnya yang lesu. Rambut yang pernah satu ketika dahulu dijaga rapi dan bersinar. Terus mata saya turun memandang wajahnya, disebalik senyum itu tidak dapat disembunyikan sengsara yang dialaminya. Mungkin keterlaluan, mungkin jua saya tidak berfikir waras, namun adakalanya mahu sahaja saya memohon agar sengsaranya itu dipindahkan ke tubuh saya.
"Muka sedih takkan dapat mengubah apa-apa..." dia bersuara memegang pipi saya. Suara itu, suara yang satu ketika dahulu penuh dengan tenaga. Suara yang satu ketika dahulu mencairkan ketika dia manja dalam pada masa sama menakutkan ketika dia marah.
Masa adalah sesuatu yang abstrak. Nak tak nak, saya terpaksa mengaku, seolah-olah baru semalam saya melihat wajah itu, yang mungkin jauh lebih bercahaya buat pertama kali.
Betapa saya juga harus akui merindui degupan jantung yang bergerak pantas tatkala menyapanya, bertanyakan kepadanya, "jadi girlfriend you macam best kan?" dan sudah tentulah degupan jantung itu bersepah-sepah lajunya bila menanti apakah jawapannya.
Degupan yang sama mungkin saya rasa ketika hendak mengajaknya mengejar cita-cita marhain, yakni bersalaman dengan abah dia di masjid. Sekali kombo dengan degupan yang sama untuk menanti jawapannya.
Saya tahu rindu saya akan terus berkekalan selepas ini.
Saya juga tahu tiada jawapan untuk soalan kenapa masa saya bersamanya amat singkat. Sudahlah hendak mendapatkannya begitu susah, kini terpaksa pergi dipanggil tuhan.
"Esok awak buat apa?" tanyanya.
Saya memandang tepat ke wajahnya.
"Nak tengok dvd tak? Gossip Girls?"
Saya ketawa mendengar perkataan itu. Ketawa mengenangkan kami nyaris memutuskan hubungan kami hanya perkara kecil yang berpunca dari Gossip Girl.
Ya, saya sudah tentu akan rindu saat menonton dvd di ruang tamu bersamanya, rindu untuk memeluknya, rindu untuk menghirup kopi yang disediakannya, rindu ketika dengkurannya lebih kuat dari bunyi tembakan Will Smith di kaca tv.
Seperti biasa, dia dapat membaca perasaan saya. "You boleh ajak Cempaka temankan you."
"Tak sama," jawab saya.
"Apa yang tak samanya? you masih boleh say i love you di telinganya,"
"Dia tak minat Amelie..."
Dia ketawa kecil.
Ah, ketawa lagi.
"Nak dating dengan saya?' tanya saya.
"I thought you never ask,"
"Malu,"
"Mengada-ngada,"
Saya tahu kalau hari yang lain, Panda Cinta akan cuba untuk menahan muntah.
Saya memandang Panda Cinta, saya memohon padanya agar membawa kami, buat kali terakhir ke tempat kesukaan kami, agar kami dapat merasai dating, dan perasaan ketika dating buat kali terakhir.
Panda Cinta angguk dan menepuk tangannya.
Sekilas satu cahaya terang dan kabus muncul membuatkan mata saya tidak dapat melihat sebarang benda. Deru angin yang masuk membuatkan saya terus erat memegang tangan isteri saya.
Dan ketika saya dapat melihat semula, kami sudah berada di atas awan, melihat pelangi kegemaran kami. Saya membawa isteri saya turun dari katil dan duduk di hujung awan. Panda Cinta berdiri tidak jauh dari situ terus menatap sepasang kekasih yang sedang enak memadu asmara.
Itulah saatnya bila kami merasai angin magis masuk ke segenap liang tubuh dan membiarkan ia menawan perasaan suka kami.
Dan ketika itu dereta kucing terbang melintas di depan kami, melambai-lambai dengan penuh mesra. Salah seekor terbang dekat ke wajah isteri saya dan menyentuh hidungnya.
Isteri saya meletakkan kepalanya di bahu saya. Jari jemari kami terus bersilang antara satu sama lain. Masing-masing terus tenggelam dalam sepi asyik dalam lautan takjub dengan panorama tuhan. Menerusi ekor mata, saya melihat dia terus kekal senyum.
"Selamat tinggal hanya untuk orang yang klise..." ucapnya.
Saya diam. Kami diam.
Dan tidak lama lagi dia akan diam juga...untuk seketika.
++++
In loving memory - S - The great love of my life
1 dari 19 wanita Malaysia berisiko diserang barah payu dara. (fakta 2005)
Barah payudara menyumbang statistik 31% dari jumlah keseluruhan pengidap kanser di kalangan wanita. (fakta 2003, naik 1% dari statistik tahun 2002)
Lebih sedikit dari separuh (52.3%) dari jumlah keseluruhan wanita yang didiagnosis menghidap barah payudara berumur BAWAH dari 50 tahun. (fakta 2003)
Barah payudara menyerang etnik Cina, diikuti India dan Melayu.
1 dari 8 wanita Amerika Syarikat diserang barah payudara. (fakta 2008)
Sehingga tahun 2008, 2.5 juta warga Amerika Syarikat SURVIVE
(sumber: makna, radiologymalaysia.org, breastcancer.org, The Malaysian National Cancer Registry report for 2002)
Lama web:
Makna: Majlis Kanser Nasional
NCSM: Persatuan Kanser Malaysia
November 6th, 2009 at 4:17 am
huhuhuhuhu
slm ziarah
November 6th, 2009 at 7:33 am
touching...
November 6th, 2009 at 10:03 am
pergh..
November 6th, 2009 at 10:53 am
Mmm, aku faham, 2 ekor kucing bunting yang kita tengok semalam adalah isteri-isteri kau dalam kelahiran semulakan?
Semasa kau dokong kucing tu seraya membuang putung rokok yang masih panjang menyala tu aku nak kata, "Cilake! Panjang lagi roko tu, yeop - membazir! Baekkkk punya fiil ni - kau ingat kucing tu baby manusia ke - kena buang rokok dulu kalau nak dokong!"
November 6th, 2009 at 11:00 am
Naga, kena buang la. Dia takut anak dalam kandungan kucing tu kena breast cancer bawaan rokok.
November 6th, 2009 at 11:26 am
a very deeply personal entry for me.
Not making fun of it very much appreciated.
Thank you
November 6th, 2009 at 11:29 am
and please, read the whole story first before making any nonsense comments.
November 6th, 2009 at 1:12 pm
*** This is a whisper message for nazri! ***
November 6th, 2009 at 2:16 pm
this is nice.
November 6th, 2009 at 2:42 pm
vin,
kau buat aku menangis bersama hujan di bumi bandung ini.
+sedih+
November 6th, 2009 at 3:11 pm
faz - you're nice too
caza - ada kat bandung ke? order baju M. Nasir satu
November 6th, 2009 at 7:42 pm
semoga rohnya tenang dan damai. amin.
sangat dalam. saya baca entri ini seperti berada di sana. be tough bro.
November 6th, 2009 at 7:51 pm
huhuhu...touching...
November 7th, 2009 at 6:19 am
deep.
tekan butang 'like'.
November 7th, 2009 at 11:51 am
salam,
gua rasa one day gua nak jumpa lu melepak mana mana..
entry moto ducatti dengan yang ini..gua nak tau cerita dia lagi secara mendalam.
November 8th, 2009 at 3:32 am
fdaus - boleh je turun minum-minum kat mana-mana.
November 8th, 2009 at 11:55 am
Bro,
bagi email la senang gua kontek..
November 9th, 2009 at 1:16 am
nazri123456789 gmail
November 15th, 2009 at 11:26 am
*** This is a whisper message for nazri! ***