WINTER DI VALENCIA
Saya terjaga ketika kredit dvd yang kami tonton sedang bergerak dari bawah ke atas. Tanda filem Jean Pierre Jeunet itu tidak habis ditonton.
Saya menoleh memandang isteri saya yang sudah enak berdengkur. Saya tarik selimut yang jatuh ke lantai terus menutup seluruh tubuhnya. Satu ciuman singgah di dahinya sebelum saya bangun mengenakan jaket tebal dan topi. Terus berkasut dan membuka pintu keluar dari rumah.
Musim sejuk sudah hendak bermula. Perlahan-lahan saya mengeluarkan Sampoerna terakhir (selepas ini harus saya hisap rokok Sepanyol kalau tidak jumpa kedai milik warga Indonesia). Pemetik api didekatkan ke puntung dan bara mula menyala. Satu hembusan keluar dari mulut.
Tatkala itu saya ternampak sesusuk lembaga di sebalik pohon pokok. Seperti tahu saya menyedari kehadirannya, dia melangkah perlahan-lahan.
"Apa khabar pakcik?" soal lembaga itu.
"sejuk..." jawab saya menggigil. "sampai ke sini kau?"
"Jalan-jalan," jawab lembaga itu.
"Bagaimana bapak kau?" tanya saya lagi.
"Macam tu, makin uzur," jawabnya.
Saya angguk. "Dah seribu lebih umurnya, rasanya dia yang paling lama hidup kan?"
Lembaga itu angguk.
"Apa rasanya dapat pangkat ayah kau?" tanya saya lagi.
"Tak tahu nak cakap. First assignment saya pun dah susah," jawab lembaga itu.
Saya ketawa kecil. "Kau mesti positif macam bapak kau, dulu masa dia pegang assigment cari cinta pakcik, tak pernah dia mengeluh," nasihat saya, lebih kepada memberi motivasi kepadanya.
Lembaga itu angguk. Nampak penat. Saya faham perasaannya.
"Tak mengapa, pakcik tahu. Entah macam mana kau boleh dapat assignment ni. "
"Anak pakcik degil..." keluh lembaga itu. "maaf kalau saya..."
"Tak mengapa, pakcik faham," saya menepuk bahu lembaga itu. "Cempaka tu mewarisi perangai mak dia, dah berumur pun degil nak menerima cinta, mak dia dulu lagi susah nak handle,"
Lembaga itu angguk.
"Tak mengapa, kau boleh buat. Bagus juga kau dapat assignment yang susah, lepas-lepas ni kau dah ada pengalaman yang berharga,"
"Terima kasih pakcik," lembaga itu terus memerhati saya menghembus asap rokok. "pakcik rindukan mak Cempaka?"
Saya terdiam sebentar. Sedikit tersenyum tatkala satu persatu memori lama menerjah kepala. "Setiap saat, ya...tapi inilah kehidupan bukan?"
Lembaga itu angguk.
Kami bungkam.
Kemudian lembaga itu meminta diri. Dia mahu merencana strategi untuk mencairkan hati Cempaka yang keras...seperti ibunya.
Sebelum lembaga itu pergi jauh, sempat saya melaung, "tahniah..."
"Untuk apa?" soalnya.
"Kerana menjadi Panda Cinta, ayah kau adalah seekor Panda Cinta yang paling berjaya, pastikan kau menerusikan legasinya!"
"Baiklah!" ujar lembaga itu sambil menghilangkan diri dalam keping-keping salju yang turun.
Rokok saya sudah habis. Saya masuk semula ke dalam rumah dan mendapatkan isteri saya.
Musim sejuk sudah hendak bermula dan hari tetap panjang untuk saya dan cinta.
November 3rd, 2009 at 7:12 am
best!!!
November 3rd, 2009 at 1:08 pm
Dah habis ke kesah panda cinta ni? Arnab pe jadi?
November 3rd, 2009 at 1:56 pm
aku macam nak chempaka malam tu - bila masa dia cabut balik?
November 3rd, 2009 at 2:51 pm
oh ini kisah di masa hadapan rupanya.
macam cerita Fast Foward kan?
November 3rd, 2009 at 4:52 pm
pangkat panda cinta ni rupanya diwarisi, gua baru nak minta gua punya mengkarung interview dgn lu. dia kata dia minat dgn abg. vovin, gay kot mengkarung gua ni
November 3rd, 2009 at 6:42 pm
*** This is a whisper message for nazri! ***