ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Archive for January, 2010

Saya membawakan buluh yang dicincang halus untuk Panda Cinta. Dia sudah semakin sembuh namun masih terbaring di atas katil awan.

Perlahan-lahan Panda Cinta mengunyah buluh halus. Lapar benar gayanya. Saya memerhati dengan hati yang tersenyum.

"Maafkan saya," ujar Panda Cinta ketika saya membawanya dengan kerusi roda di tepi awan memerhati pelangi.

Saya tanyakan mengapa dia memohon maaf.

Katanya, dia tidak dapat berbuat apa-apa ketika cinta saya menjadi kritikal.

Saya katakan, tidak mengapa, kesihatan kamu yang lebih penting dari cinta saya yang tidaklah seagung mana.

"Aku nak tunjukkan kau sesuatu, ayuh sorong aku," pinta Panda Cinta. Saya mengikut arahannya, membawanya ke satu tempat.

Di satu kawasan yang luas, saya lihat sepohon pokok yang sudah hampir layu. Kayu-kayunya seperti sudah hampir mereput. Daun-daun hijau sudah tidak banyak. Yang lebih cuma daun-daun kering di bawahnya tanda sudah banyak yang gugur. Awan gelap menyelubungi pokok itu.

"AKu tidak pernah tunjukkan pada kamu, tapi pokok itu dua minggu lepas lebat dengan daun-daun hijau segar dan buah-buah yang ranum. Ada cahaya matahari bersinar menyuluhnya dan pada malam hari, daun-daun itu bersinar seperti lampu lip lap," ujar Panda Cinta lemah.

Saya angguk. "Kau sudah semakin sihat, pastinya pokok itu akan kembali sihat..." ujar saya.

"Pokok itu bukan pokok aku," bidas Panda Cinta.

Saya memandang Panda Cinta.

"Pokok itu namanya Pokok Cinta, pokok itu milik kamu...yang sudah dua tahun layu dan tiba-tiba beberapa minggu lepas kembali bercahaya..."

Saya tergamam mendengar kata-kata Panda Cinta.

Panda Cinta mengeluh. Dia tunduk. "Pada ketika itu aku rasa, akulah makhluk alam La la la yang paling gembira. Kerana sejak beratus tahun, inilah kali pertama pokok klien aku bercahaya jika dibandingkan dengan pokok-pokok Cupid dan Pari-Pari yang saban hari bercahaya...tapi sekarang..." Dia terus tunduk.

Saya tidak memberikan sebarang reaksi.

"...kalau kau sudah menunggu dua tahun lamanya untuk cuba menemui bahagia, aku sudah beratus tahun cuba untuk melihat salah satu pokok-pokok itu bercahaya segar...dua minggu lalu merupakan saat paling bahagia dalam hidup aku..." Panda Cinta terus bersuara.

Saya tidak mampu memberi sebarang komen. Saya tidak pasti hendak melihat dari sisi bapak tak bergunanya Panda Cinta (beratus tahun sebagai Panda Cinta - tak pernah berjaya?) atau dari sisi saya yang telah mengecewakannya.

Arnab si peniup seruling berdiri di tepi kami sambil memainkan lagu Yellow Ledbetter. Sayu sungguh. Lepas habis lagu Yellow Ledbetter, dia mainkan sekali lagi. Lepas itu, sekali lagi. Kali ini tidak sayu lagi, datang rasa menyampah mahu menyepak si arnab.

Saya tahu silapnya datang dari saya. Saya mahu pokok itu bercahaya...demi Panda Cinta...

Tapi...

Bersambung

Ada kata pepatah, ajal-maut, jodoh-pertemuan di tangan tuhan.

Bukan di tangan Panda Cinta.

Ayat kedua itu saya tambah sendiri.

Sedar tak sedar, Panda Cinta sudah mempertemukan saya dengan sesuatu yang istimewa. Besar sungguh jasa Panda Cinta dalam mengajar saya tentang kehidupan. Namun sejak akhir-akhir ini entah kenapa mereng saya datang. Saya terlupa apa yang diingatkan oleh Panda Cinta dan bertukar menjadi orang lain.

Kenapa?

Rupanya Panda Cinta sudah tidak menjaga saya lagi.

Ketika datang melawat di atas awan, dia terbaring lesu nyenyak dalam tidur. Kata Arnab si peniup seruling, sudah enam hari sakit kuatnya datang. Enam hari juga Pak tabib Burung Hantu dari awan Selat Melaka datang mengubat Panda Cinta.

Saya berdiri di tepi katil buluh Panda Cinta memandang matanya yang tidak terbuka.

Di sini datangnya dilema. Saya dalam kesusahan dan perlukan Panda Cinta. Namun ketika inilah dia sendiri sedang bertarung dengan nyawa.

Arnab si peniup seruling seakan dapat membaca hati saya.

Saya katakan kepada arnab si peniup seruling yang saya masih memerlukan Panda Cinta. Walaupun hakikatnya mungkin inilah waktunya saya harus belajar untuk berdiri di atas kaki sendiri tanpa bergantung kepada sesiapa.

Hakikatnya juga saya bakal hilang semuanya, sedikit masa lagi. Termasuk Panda Cinta.

Itu sesuatu yang menyedihkan.

Tapi mungkin ini hakikat hidup di dunia.

Arnab si peniup seruling lantas memainkan lagu "Listen To Your Heart" (yang pernah dipopularkan oleh kugiran Roxette) dengan serulingnya.

Saya terus bungkam di sisi Panda Cinta disulami latar seruling Listen To Your Heart.

Ahad lepas, menonton Nik dan Meor.

Bersama orang yang sedang saya jatuh cinta.

b-01

b-02

b-03

b-04

b-05

b-06

b-07

b-08

b-09

b-10

b-11

b-12

Atau dalam Bahasa Melayu (samada tinggi atau rendah), lelaki sebenar, menulis.

Kadang-kadang bila datang anginnya, saya akan menghabiskan masa di atas awan, duduk berbantalkan kepul-kepul awan kecil sambil membaca buku. Ada harinya, saya bawa buku saya untuk diperkenalkan kepada Panda Cinta, dan ada harinya Panda Cinta membawa koleksinya. Boleh tahan juga fiksyen-fiksyen kegemarannya.

"Seni membaca buku ini bergantung kepada fokus hidup kau," ujar Panda Cinta.

"Hidup mesti nampak rare," celah arnab si peniup seruling. "Mesti nampak unik. Kalau 100 orang suka baca benda yang sama, kau mesti dilihat tidak suka dengan kegemaran itu. Barulah kau boleh keluarkan soalan, 'aku tak fahamlah kenapa diorang suka baca (letak tajuk buku yang 100 orang itu suka baca)."

Saya angguk. Saya bukan faham sangat. Tapi anggukkan saja.

Hari ini seperti biasa saya naik ke atas awan membawa senaskah novel Nisah Haron, pemenang anugerah sastera. Saya mahu kenalkan Panda Cinta dengan sastera Melayu (atau Malaysia - bergantung pada sisi fahaman politik anda).

Panda Cinta menjuihkan bibir. "Sudah baca setahun lepas,"

Konon nak kata dia up to date.

Saya tidak pedulikan riak bongkak Panda Cinta lalu mengambil tempat di satu kepul awan dan mula membuka buku.

Sebentar kemudian,

Tap! Tap! Tap! Tap! Sreeetttt, Ting!

Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Sreeetttt, Ting!

Tap! Tap! Tap! Sreeetttt, Ting!

Saya mengerling.

Ah, apa sudah jadi?

Panda Cinta sibuk menekan mesin taip.

"Buat apa?" soal saya kepada arnab si peniup seruling.

"Tulis buku," jawab arnab si peniup seruling.

"novel?" soal saya.

"Ish, gila apa, dia bukan ada bakat tulis cerita," jawab arnab si peniup seruling. "dia sedang tulis buku motivasi percintaan. Katanya sudah ada penerbit berminat nak terbitkan. Penerbit luar negara,"

Saya angguk. Dalam hati saya ucapkan semoga berjaya kepada Panda Cinta.

Tap! Tap! Tap! Tap! Sreeetttt, Ting!

Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Tap! Sreeetttt, Ting!

Tap! Tap! Tap! Sreeetttt, Ting!

Tiba-tiba arnab si peniup seruling datang mencampakkan senaskah manuskrip yang ditebuk tepinya dan diikat dengan tali.

"Jangan beritahu aku kasi kau," bisik arnab si peniup seruling. "Ini manuskrip novel yang pernah dia tulis. Tiga tahun lepas. Novel cinta,"

Saya angguk.

Saya lihat tajuknya;

MUSIM CINTA BELUM BERAKHIR

Saya terkesima membaca tajuk itu. Saya pandang arnab si peniup seruling.

Arnab si peniup seruling angguk. "Kau akan faham sengsara aku bila membaca manuskrip itu," katanya. "Bila setiap hari dia duduk di tepi aku dan paksa membaca manuskripnya. Manuskrip setebal 600 mukasurat!"

Saya buka mukasurat pertama.

Saya tutup kembali dan letak di tepi.

Benar kata arnab si peniup seruling. Panda Cinta tiada bakat menulis fiksyen.

"Ah, kau pegang manuskrip novel aku, boleh kau baca? Aku mahu dengar komen dari seorang penulis novel. Kau beritahu part mana yang perlu aku ubah atau perbaiki," tiba-tiba Panda Cinta sudah berada di sisi saya.

Saya kaget. Saya pandang arnab si peniup seruling. Arnab si peniup seruling angguk.

600 mukasurat! single spacing!

Sempena majlis pelancaran galeri Rajawali di Jalan Pak Sak0, Termerloh.

Tak sempat makan ikan patin tapi sempat bertemu dengan ramai otai yang handal-handal termasuk adik Sudirman.

Gambar sahaja yang mampu menceritakan segala-galanya

rajawali-01

Ramai orang sampai tak cukup cawan

rajawali-02

Aboh pp bersama otai yang lain

rajawali-03

Marini Raf

rajawali-04

Tajuk kedai

rajawali-05

Pemain bass Kuala Lipis cakap dia kenal semua pakcik ni.

rajawali-06

Dalam

rajawali-07

Buat-buat faham

rajawali-08

Nak beli belum cukup duit

rajawali-09

Sesi bual bicara

rajawali-10

Pak Man Kadir Samsi Gagak Di rimba Man Laksa

rajawali-11

Berdebar takut disuruh beri tazkirah

rajawali-12

Pergi rasa macam dekat, balik rasa macam jauh. Tapi pemain bass Kuala Lipis buat-buat macam tahu. Nak tanya salah jalan ke, takut dia kata, "aku tahulah, siapa orang Pahang kat dalam kereta ni?"

Terima kasih kepada semua yang memberi hospital (hospitality?) sepanjang kami berada di sana. Bihun goreng Pak Nizam memang terbaik. Bihun paling sedap pernah saya makan. Sampai sekarang saya kenang-kenang. Rasa macam nak pergi sekali lagi makan bihun.

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.