Archive for March, 2010
Kisah ini berlaku jauh selepas kejadian dalam Hikayat Pelayaran Usmanov.
Ketika itu saya sedang minum teh putih bersama Panda Cinta. Di mana arnab, Usmanov dan pari-pari 920? Jeng! Jeng! Jeng! Nasib mereka tidaklah boleh saya dedahkan lagi, spoiler. Siapa yang mati agaknya?
Ketika itu Panda Cinta mendengar kisah soft-rejection saya yang ke 1537. Saya terus bertemu dengannya selesai usai berchat facebook dengan makwe yang merejek saya itu.
"Love is really about timing..." ucap Panda Cinta. Dia mengaduh kecil. Saya perhatikan lukanya. Lukanya semakin sembuh. Luka akibat pertempuran terakhir menentang Raja Jahat di Kota Pujangga yang akan diceritakan dalan Hikayat Pelayaran Usmanov.
Panda Cinta lantas berbicara,
Kau bertemu dengan A, tatkala A masih mahu huha-huha, timing kau tak kena sementelah ketika A sudah puas huhahuha, dia cross path dengan seorang lelaki. Mereka berkahwin. Kerna, timing masing-masing kena. Kau yang akan kahwin dengan dia kalau kau berada di tempat lelaki itu.
Kau bertemu dengan B, tatkala kau belum jelas mahu serius atau tidak. Sekali lagi timing kau tidak kena, lantas si B bertemu dengan lelaki lain, yang ketika itu mahu serius dengannya.
Kau bertemu dengan Grand Duchess, ummm, timing sipi-sipi tapi masih tidak kena. Makanya tatkala hati Grand Duchess sudah terbuka, ketika itu dengan kuasa tuhan, dia bertemu dengan seorang lelaki yang baik dan akhirnya mereka berkahwin, sesuatu yang tidak mahu dilakukannya sekarang.
"You wish you were that guy right?" soal Panda Cinta sambil tersenyum. "You wish you were the man she met at the exact moment she met him right?"
Saya angguk. Entah apa gilanya Panda ini berbahasa Inggeris. Harap dia tak pula berniat hendak berbahasa Urdu. Saya tidak pandai Urdu.
Sama seperti kisah-kisah kau yang lain,
Kau berkenalan dengan seorang perempuan, berbual dengan baik, kau nampak ada keserasian.
Ah, tiba-tiba kau terlewat pula kerna dia sudah menemui seseorang yang pandai membuatnya ketawa.
"Kali ini kau harap kau datang awal pula kan?" soal Panda Cinta lagi. "Kau harap kau si lelaki yang dia jumpa pada exact moment dia berkenalan dengan lelaki itu bukan?"
Sekali lagi saya angguk.
Dan pernah jua kau cuma berdiam diri, kerana tidak tahu sama ada kau terlalu awal atau sudah terlambat, dan...
"Dia meluahkan kenapa kau tidak mengorat dia, kenapa kau berdiam diri sahaja, kerana dia suka akan kau, dan pengakuannya dibuat tatkala beberapa hari lagi dia hendak berkahwin...dengan lelaki lain" Panda Cinta tersengih.
Saya bersandar di kerusi berbentuk K.
Love is time...getus saya.
Saya tanyakan kepada Panda kenapa selalu wrong timing.
Panda Cinta menghirup teh putih dan berkata "aaaahhhh.."
Dia tersenyum kepada saya.
"Kau dilahirkan untuk berdepan dengan kes-kes wrong timing...itu aku tak boleh buat apa,"
"Mana aci," ujar saya, "aku dah selamatkan kau...tak kenang budi!"
Panda Cinta ketawa. Saya ikut ketawa.
Kami melihat beberapa ekor kucing terbang melintasi horizon senja.
"Aku tak ada jawapannya wahai sahabatku," kata Panda Cinta. "Aku tak tahu samada untuk yang seterusnya kau akan berdepan dengan situasi wrong timing sekali lagi atau tidak..."
Saya diam. Saya mengerti kata-kata Panda Cinta. Tapi apa boleh buat, bukan kuasa saya untuk mengawal masa.
Cuma saya berharap masa dapat menoleh sedikit ehsan kepada saya.
Turun bas dari JB, terus dibawa ke 1Cafe.
Gambar-gambar sekitar gig Efek Rumah Kaca Tempohari. Kebanyakan gambar diambil oleh beberapa ekor makwe menggunakan kamera saya. Seekor makwe siap saya tak kenal siapa dia. Cemerlang juga kamera saya rupanya dalam menjadi magnet penarik makwe.
Tapi insiden selepas gig Efek Rumah Kaca yang paling saya dan pemain bass Kuala Lipis ingat dan sampai sekarang dok umpat lagi. Kalau ada kesempatan akan saya ceritakan versi saya.
Video di bawah menjadi lagu latar untuk episod kali ini;
Adapun setelah lima hari kami menilik, setelah penat membaca semua metafora dunia, akhirnya kami bersetuju dengan satu jawapan,
Jawapan kepada soalan teka teki 'binatang apakah keris di kaki'
Arnab angguk, Usmanov angguk, pari-pari 920 angguk. Saya tersenyum. Kami yakin dengan jawapan kami.
Saya memandang Bayan Sakti yang sedang menggoreng ikan untuk santapan makanan tengah harinya.
"Sudahkah kalian mendapat jawapannya?" soal Bayan Sakti.
Saya angguk.
"Jawapannya adalah..." saya membuka mulut, "seorang lelaki yang kecewa dalam percintaan. Ini kerana setelah 'membaca' metafora soalan 'binatang apakah keris di kaki', kami simpulkan mainan tersurat dan tersirat di dalamnya, lapis makna..."
Bayan Sakti segera meminta, "salah, jawapan kamu salah."
Airmuka saya dan lain-lain berubah.
"Jawapannya ayam jantan," jawab Bayan Sakti ringkas.
Saya tergamam. Arnab segera menerkam Usmanov dan mencekik lelaki itu. "Ini semua salah kamu!!!" tempiknya.
Bayan Sakti tersenyum. Dia pantas melayang lantas berdiri di depan saya.
Tapak tangan kanannya di halakan ke wajah saya.
Serta merta segala-galanya menjadi terang. Saya tiba-tiba berpusing-pusing.
Apa yang saya tahu, saya bukan di hutan Sunyi Sepi lagi. Saya berada terawang-awang. Jalur-jalur cahaya bersimpang siur.
Seorang wanita yang sungguh rupawan muncul, berdiri di depan saya.
Saya terkaku.
"Ke mana awak pergi?" soalnya.
"Ha?" saya tidak mengerti.
"Awak sudah lupa akan janji-janji awak?" soalnya lagi tanpa menjelaskan soalan pertamanya tadi.
"Apa? janji?" saya masih tidak mengerti.
Wajah perempuan itu sayu. Airmatanya tiba-tiba mengalir turun dari pipinya. Saya perhatikan air mata itu jatuh ke darat, lantas dari celah-celah tanah itu tumbuh pucuk pokok hijau.
"Si..siapa awak?" soal saya.
"Saya tunggu awak, untuk datang, dan selamatkan saya..." perempuan itu bersuara hiba. "Saya tunggu awak, saya tunggu, dan bila awak datang, segala-galanya akan menjadi sempurna..."
"Tapi saya tak kenal awak, bila masa saya membuat janji?"
Perempuan itu memegang tangan saya. Serta merta tubuh saya seperti terkena kejutan elektrik. Saya tersentak. Serta merta bermacam-macam imej bersilih ganti mengerawang di dalam minda saya. Memori bersama ibu, ayah, atuk, nenek, adik, kawan, bekas teman wanita nombor satu dari Sabah, dua bekas teman wanita yang saya kenal semasa belajar, seterusnya bekas-bekas teman wanita saya yang lain, Grand Duchess, Emily...dan..
Perempuan itu melepaskan pegangannya.
"Maria...Dewi Sembilan Cahaya..." saya tidak mengaja menuturkan nama itu.
Perempuan itu memandang saya, masih dengan wajah sayu. Awan di atas kami berubah-rubah mengikut perasaannya. Angin tiba-tiba bertiup kencang. Saya masih terawang-awang dengan jalur-jalur cahaya bersimpang siur.
"Kita akan bertemu untuk pegakhiran yang bahagia..." ujar Maria Dewi Sembilan Cahaya. "Kerana itu janji yang telah awak lafazkan sejak sekian lama, untuk jiwa awak bersatu dengan jiwa saya, kerana kita, awak, saya adalah satu..."
Saya terkesima. Sungguhlah saya tidak faham apa yang dikatakannya.
"Selamatkan Panda Cinta untuk selamatkan dunia...' ujarnya sambil memegang tangan kanann saya. Dia menyerahkan satu kalung berbentuk hati. Ditutup tangan saya agar saya menggenggam kalung tersebut.
"Tapi Panda Cinta bukankah..."
"Selamatkan Panda Cinta...demi kita..." ujarnya sambil opacity tubuhnya mula berkurangan (maksudnya semakin lama semakin hilang).
Satu cahaya terang menerjah mata saya.
Bila saya sudah boleh melihat, saya sedang berdiri sambil arnab, Usmanov dan pari-pari 920 memandang saya.
"Mana Bayan Sakti?" soal saya.
"Dia kasi lepas, pari-pari berjaya jawab soalan teka-teki ke 347. Nak harapkan kau, buat-buat pengsan. Entah apa gila tiba-tiba boleh terjaga dan terus berdiri. Dah la mengigau..." bebel arnab.
Saya bingung. Apakah tadi semuanya mimpi?
Tidak, tidak bila saya melihat kalung berbentuk hati itu tergenggam erat di tangan.
Saya lihat pintu gerbang sudah terbuka.
"Ayuh..." ujar saya. "Saya mendapat alamat Panda Cinta masih belum mati, ayuh kita selamatkannya!"
"Kami tahu, kau mengingau sebut mengenai Panda Cinta tak mati tadi," kata Usmanov.
"Ohhh..."
"Tapi kita ada masalah..." pari-pari 920 mencelah.
"Pintu gerbang ini membawa ke DUA jalan. Jalan ke kiri membawa kita ke Jurang Hati Kaca, di situ tersimpan satu seruling paling berkuasa di dunia bernama Seruling Maharaja. Arnab boleh menggunakan seruling itu untuk mengalahkan musuh..." terang Usmanov.
Dia menyambung, "Jalan ke kanan pula membawa kita ke satu daerah yang amat asing. Daerah itu tinggalnya seekor Panda bernama Yan Yan, yang dikatakan mewarisi kuasa..."
"Anak Panda Cinta..." getus saya perlahan. "Yan Yan boleh membantu kita menyelamatkan Panda Cinta!"
PILIHAN PEMBACA:
Cerita akan bergerak berdasarkan mana-mana pilihan pertama yang terawal mendapat 5 undian.
===========
PILIHAN A: JURANG HATI KACA: Tempat simpannya seruling maharaja yang berkuasa untuk si arnab.
PILIHAN B: Sebuah daerah asing tempat tinggal YAN YAN, ANAK PANDA CINTA.
Undian dibuka sekarang.
Bersambung
Benda di atas sudah lama saya idamkan.
Mungkin sekarang waktu saya perlu serius menetapkan target untuk memilikinya.
Dengan adanya benda di atas, saya boleh bawa PA system, barang-barang ke Maskara, bawa peralatan fotografi ke tempat assignment, bawa mak dan abah pergi kenduri, bawa bini dan anak-anak ronda Eropah. (Oh, kena cari bini yang sekepala sanggup naik kereta sebegini - ah, itu senang nak cari)
Panda Cinta tersenyum melihat impian saya, katanya - selesa sikit, berbanding naik Kancil sempit kau, katanya.
Kerja keras! Kerja keras! Kerja keras! Kerja keras! Kerja keras!









