Archive for April, 2010
Orang pertama yang wish adalah editor PTS Fortuna, Syafiq Zulakifli, awal pagi ketika saya hendak bersiap untuk lokasi tugasan photoshoot.
Saya jadi keliru, eh, sudah 20 April?
Dia katakan bukan, tapi berkat wish awal.
Oh, semoga kata-kata graduan Al-Azhar ini satu doa yang makbul.
Di facebook, Fadli Al-Akiti, teman penulis dan bakal sasterawan (doa saya), memberikan ucapan 'in advance'.
Di Facebook, Puan Ainon, yang selalu bergaduh dengan saya memberikan ucapan. Juga disertakan dengan ucapan soal jodoh. Semoga saya dapat makwe Perancis yang solehah. Di aminkan oleh saudara Zafer.
Kak Nurul, yang saya hutang video kahwinnya memberi ucapan sekitar jam satu petang, 19 April.
Lewat 5 minit selepas 20 April, datang sms Ajami Hashim, pakar reviu filem Astro.
Ketika itu saya bersama Pyanhabib, isterinya, pemain bass Kuala Lipis, isterinya, blogger tigaseginipis dan Nzaim Masnawi.
Lepak di Alima sehingga kurang lebih pukul 1 setengah.
Pulang ke rumah bertalu-talu wish di facebook.
Terima kasih kepada Harnizam, Mu'Min Jarni, Jaja Kadir, Siti Sab, Muhd Fazlaidha, Amar Hussaini, Fariza Hishamuddin, Zatika 'Browncoats', Amir Muhammad (yang menggelarku sasterawan), Hafiz Chan, Akram Dhamiri, Widd Nurhuda, Ezli Qamari, Peja VeRon, Fasyali, Ahmad Shafiq, Kak Syafinas
UPDATE pukul 9 pagi: terima kasih jua kepada Areleaf Shikamaru, Zulhabri (ayuhhh ke China!), Zhrf, Tentangsorang, Roy, Jiwa Rasa, Amir Hussaini, Irwandy, Kak Chik, Faizal, Fauzi, La Q, Nurhayati, Bayan, Jowopinter, Tok Rimau, Etek, Suffyan, Mael Primary, Puan Nisah Haron, Dugong senyum, Ikhram Mohd, Fariz, Fazilah, Wahyudi, Icesoul, Shaza, Mazniza, Zaidi, Feeza, Zamri Mohamad, Lala, Iwan, Sinaganaga, Liyana. Pidomat. Marianti kaki panjang.
Jika ada yang tertinggal, mohon maaf, saya tertinggal. Sudah dua tiga kali 'double check'.
Walaupun entri pertama dunia vovin versi dot com ini pada 19 April, suka benar saya ingin mengucapkan selamat ulangtahun ke empat dunia vovin dot com ini.
Dunia Vovin dot com adalah kesinambungan blog saya dari blogspot.
Juga petang 19 April tadi saya bertemu dengan seseorang, di celah kota, berbincang tentang satu harapan. Harapan yang datang tanpa saya sangka. Jika ada rezeki berjayalah ia.
Di satu sisi, benar tiada ucapan dari makwe.
Tapi saya cuma kurang satu ucapan.
Di sisi lain saya menerima berpuluh ucapan dari rakan yang setia, yang mungkin lebih istimewa dari makwe.
Tahun 2010 membawa beberapa prospek menarik dalam hidup saya.
Kepada rakan-rakan, doakan saya berjaya!
TERIMA KASIH
++++
UPDATE:
Panda Cinta sms saya;
"kau sindir aku ya? aku lupa top up, tak dapat sms wish happy birthday la!"
Saya tidak membalas sms itu.
Biar dia rasa serba salah!
Kahkahkah.
Suatu hari saya naik ke atas awan di Alam La La La.
Panda Cinta ketika itu sedang sibuk menyiapkan tesis untuk kurus PHD yang sudah dia mulakan sejak enam puluh tahun ++ yang lalu. Mungkin dia terlalu sibuk menyatukan cinta manusia sehingga mengabaikan PHD-nya. Mungkin dia sebenarnya bebal.
Saya menyediakan teh putih kegemarannya dan meletakkan di tepi Panda Cinta.
Panda Cinta tahu kalau sampai begitu sekali baiknya layanan saya, pastinya ada sesuatu yang saya mahukan.
"Benarkah kau begitu berkuasa menyatukan cinta manusia?" soal saya.
"Periksa track record aku," jawabnya sombong.
"Bolehkah kau menyatukan aku dengan seorang wanita yang akan kuberitahu sebentar lagi?" soal saya lagi.
"Aku cuba..."
"Tapi secara teknikalnya, tiada apa yang dapat menghalang kau untuk cuba menyatukan cinta bukan?"
Panda Cinta angguk, "segalanya tidak mustahil melainkan sudah ditentukan oleh tuhan,"
"Tidak mustahil untuk kau?"
Panda Cinta angguk. "Pertanyaan kau ini seolah-olah wanita pilihan kau ini seorang Puteri Raja? adakah dia puteri raja?"
Saya geleng. "Tak, tak, dia orang biasa, orang kebanyakan, tapi..."
Panda Cinta memandang saya.
"Dia cantik..." ujar saya.
"Wanita-wanita pilihan kamu sebelum ini juga cantik, itu bukan masalah besar..." Panda Cinta merenung saya, "Jangan cakap kau minat Lisa Surihani?"
"Oh, tidak, tidak, dia bukan artis Malaysia..."
"Kalaupun dia artis Malaysia, itu bukan masalah besar, kau memperkecilkan keupayaanku!" dengus Panda Cinta.
"Dia bukan orang Malaysia... dia warganegara England...dia British..."
Panda Cinta ketawa. "Dunia ini bukan halangan kuasaku. Pernah sahaja aku satukan cinta seorang lelaki Melayu dengan seorang wanita Perancis..."
Saya angguk, "Jadi kau yakin kau boleh membantuku?"
Panda Cinta angguk. "Ayuh, tunjukkan gambarnya, aku akan mulakan kerja"
Saya mengeluarkan beberapa helaian gambar yang saya cetak sebelum pergi ke alam La La La.
Panda Cinta memandang gambar-gambar itu, mencampakkannya, menyepak mesin taip dan pergi menendang arnab si peniup seruling sebelum menghilangkan diri sambil menjerit tak tentu arah.
"Marah benar dia tu..." komen arnab.
Saya terkesima.
Ini gambar makwe yang saya tunjukkan kepada Panda Cinta.
Klik more di bawah.
Ada tiga sebab kenapa saya pergi menonton dan memberikan 'soft-spot' terhadap filem garapan alaf baru Clash Of The Titans ini.
Sebelum itu, ya, semua blogger tegar pengkritik filem - anda betul, filem ini tidak sebagus mana.
Tapi filem ini telah melaksanakan fungsi nombor wahidnya - pop-corn movie.
Okey, tiga sebab.
Sebab pertama ia sedikit menyentuh nostalgia saya ketika menonton filem versi sebelum era CGI jauh semasa kecil dahulu. Clash Of The Titans menyertai kelompok filem fantasi seperti Sinbad, Troy dan banyak lagi yang begitu mengujakan saya ketika kecil. Kelompok ini menjadi salah satu faktor saya menjadi diri saya sekarang.
Sebab kedua adalah obsesi saya terhadap mitos-mitos kuno terutamanya Greek dan Norse. Menonton Clash Of The Titans seperti satu pengalaman 'polish' kembali pengetahuan saya terhadap semua karakter yang pernah saya baca suatu ketika dahulu.
Kebetulan juga saya duduk di sebelah pasangan muda-mudi yang tidak saya kenali di mana makwenya seorang yang sungguh kuat bercakap.
"Ehhh, kuda tu ada sayap..." komen makwe itu kepada pakwenya.
"Itu namanya Pegagus la, bodoh!" bisik saya dalam hati.
"Ehhh, cerita ni zaman bila ye?" tanya makwe itu kepada pakwenya yang sungguh soft-spoken dan caring.
"Cerita zaman atuk ko baru nak kenal perkataan gampang!" laung saya dalam hati.
Dan saya amat percaya makwe bebal kekasih lelaki itu langsung tidak mengetahui Andromeda, makwe yang dijadikan subjek korban untuk Hades itu dijadikan nama untuk satu ciptaan tuhan di angkasa lepas sana oleh pakar astrologi. Tapi makwe yang ikut menonton bersama saya pun tak tahu juga. Mujur dia diam sepanjang tayangan tanpa bertanya "eh, besarnya Kraken tu, takutttt," nak kena sepak?
Sebenarnya pengaruh mitos Greek (Clash Of The Titans, Illiad & Odyssey (yang membawa ceritaTroy dan pengembaran Odysseus), 300 Spartans, Hercules) banyak menyumbang kepada karya-karya Panda Cinta saya (selain pengaruh Alice In wonderland). Paling nyata dalam karya Hikayat Pelayaran Usmanov.
Di mana Kucing Terbang itu datang dari obesis saya terhadap Pegasus. Watak Grand Duchess itu datang dari cinta saya terhadap dewi Athena (selain ya, pengaruh dari Galadriel), Tiga Dalang Cinta (inspirasi dari Zeus, Poseidon dan Hades), dan beberapa karakter lagi.
Ah si Gorgon yang bernama Medusa. Reputasi ngerinya sebagai perawan yang membuat lelaki menjadi batu sungguh mengujakan.
Clash Of The Titans akan mengecewakan peminat filem yang mencari idea, falsafah dan unsur logik. Tapi untuk peminat fantasi yang mahu bernostalgia - ia pengalaman menarik.
Oh, satu sebab lagi kenapa saya beri soft-spot - sebab saya bahagia. Kahkahkah.
Gemma Artherton sungguh lawa.
Dan semoga versi baru Jason and The Argonauts dapat difilemkan.
Saya akan memulakan satu kolum khas mencatatkan nota-nota perjalanan yang pernah saya lalui.
Kolum ini dinamakan seperti grafik maha hebat di atas.
Adapun tujuan saya memuatkan catatan-catatan kembara ini sebagai satu projek dokumentasi serta berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan tersayang.
Catatan-catatan yang akan saya muatkan tidak mengikut kronologi, bermaksud catatan pertama mungkin pengalaman di Johor Bahru, catatan kedua di Kuala Terengganu dan catatan ketiga kembali ke Johor Bahru. Ikut mood dan inspirasi saya.
Maka bermulalah PANDA CINTA TRAVEL AND TOURS ADVENTURES!
Untuk merasmikan kolum ini;
Tiada catatan yang akan saya muatkan.
Terima kasih
Ketika itu saya tersungkur.
Dan saya bingkas bangun.
Tapi disebalik kesamaran mata itu saya melihat silhouette susuk tubuh seorang wanita. Rambutnya panjang, memakai skirt ala Bohemian, wajah yang bersih.
Dia tersenyum.
Lantas tangannya dihulurkan kepada saya.
"Jangan! Jangan! Jangan!" tiba-tiba gema suara Panda Cinta terimbas di kepala saya. Teringat amaran yang diberikan oleh Panda Cinta tentang ramalan ini.
"Akan datang seorang perempuan, seorang yang sudah lengkap kewanitaannya, memberikan tangannya ketika kau hampir rebah. Datangnya dengan senyuman, datangnya dengan bahasa kebaikan, namun awas sahabatku, kerana kau akan dimusnahkan olehnya jika kau menerima hulur tangannya..."
Itu yang diperkatakan oleh Panda Cinta sejurus sebelum itu.
Panda Cinta tiada bersama saya ketika ini. Ketika saya tersungkur ini.
Dan benar seperti yang dikatakannya, tentang kedatangan wanita ini.
Saya teragak-agak...
Wanita itu terus tersenyum, matanya mengecil memandang saya, suaranya...oh, suaranya memang terus membuat hati saya menjadi secair klorok.
Perlahan-lahan saya mengangkat tangan saya.
"Tidak! Jangan kau terperangkap!" gema suara Panda Cinta terus menerus bergema.
Namun saya seolah-olah tidak memperdulikannya.
Seolah-olah suara Panda Cinta itu tidak wujud membuai hati saya.
Tangan saya semakin lama-semakin meninggi.
Wanita itu senyum, semakin melebar.
Dia angguk perlahan-lahan.
Tangan saya terhenti betul-betul hampir dengan tangannya, lantas tapak tangan saya berpusing dan menggayakan satu isyarat sambil saya bersuara;
"Bebeh, lu ada lighter?"
Serentak denga itu wanita itu hilang serta merta disertai raungan yang deras.
Saya bangun mengesat pasir-pasir yang melekat di seluar sambil mengomel, "kalau tak ada lighter pun tak perlulah nak meraung,"
Perempuan jahat itu tidak aka berputus asa, dia akan sekali lagi mendatangiku dan mungkin, waktu itu, aku terima sahaja, kerana...
dia ada lighter.

