ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Archive for April, 2010

Ilham tak datang-datang.

Mungkin saya perlu sekali lagi putus cinta untuk menyiapkan karya seterusnya (deadline Julai 2010).

Masa untuk mencari perempuan jahat.

Sudikah kau? (you know who)

naz84

Comel...dulu, kini dan esok lusa.

Muahaha.

Info Sejarah:

Lokasi: Taman D.R Seenivasagam, Ipoh

Umur: 4 tahun

Fesyen Rambut: Tembikai

Kamera: Yashica entah apa siri yang seketika kemudian dicuri oleh pemecah-masuk rumah di Kampung Kuala Pari, Ipoh.

Dalam facebook saya menulis sedikit komen tentang;

Terdapat contrast dalam dua pengarah ini. Saya suka filem-filem U-wei kerana 'Memelayukan' unsur Inggeris, saya kurang gemar filem-filem Yasmin kerana ia 'Meng-Inggeriskan' unsur Melayu

Bila bercerita tentang Melayu, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, saya perlu berhati-hati kerana takut disalah anggap, oleh kedua-dua haluan (pro Bahasa Melayu, pro Bahasa Inggeris atau apa-apa sahajalah).

Saya mempunyai pengalaman disalah-anggap oleh seseorang dari masa lampau saya (beliau teramat sinis dengan Bahasa Melayu). Saya teramat menyokong Bahasa dan apa-apa yang Melayu dari diri saya, TETAPI saya tidak menolak Bahasa atau apa-apa yang Inggeris.

Dan bila menonton karya sutradara Jepun (filem hitam putih) bernama Ozu yang sangat kuat dengan budaya Jepunnya, maka saya kira sudah terang lagi bersuluh kenapa U-Wei menjadi lebih 'legend' dari Yasmin.

Tapi kenyataan saya di atas bukan satu alasan untuk tidak belajar Bahasa Inggeris dan budaya bukan budaya kita. Belajar tetap belajar, namun seharusnya kita mesti bangga dengan asal usul kita. Dengan itu, saya mengangkat topi kepada U-wei dan sayangnya tidak kepada Yasmin.

Ah, semua tertakluk dengan pendapat masing-masing. Terpulang.

+++

Gila berat perbualan kita, ujar Panda Cinta tatkala saya melontarkan pendapat di atas.

Saya cuma angkat bahu.

Shhh! Arnab si peniup seruling berbunyi, "jangan bercakap ketika menonton filem!" ujarnya sambil matanya tekun melihat filem hitam putih 'The Naked City' di depan laptop.

karipapcinta

Salam,

Buat pengetahuan semua, universe KARIPAP-KARIPAP CINTA (KKC) dicipta dengan agak terperinci.

Kalau ada yang perasan, beberapa karakter dan dunia di dalam KKC pernah muncul dalam satu cerita bersiri saya yang tidak disambung-sambung sehingga kini di dunia vovin.

Sebenarnya KKC berkait rapat dengan cerita bersiri - ODESI CINTA KEEMPAT yang pernah saya siarkan di sini. Nak kata apa ya? Spin Off barangkali.

Odesi Cinta Keempat yang disiarkan di sini adalah versi draf pertama, makanya agak jelas terdapat sedikit perbezaan dari segi gaya dan isi cerita. Namun universenya tetap sama dan kalian dapat lihat ramai karakter dalam KKC akan turut mewarnai Odesi Cinta Keempat. Cuma Ali dan Sarah tidak menjadi tunjang utama cerita.

Odesi Cinta Keempat pada asalnya saya tulis untuk penerbitan lain, namun saya batalkan niat ketika itu.

Saya merancang untuk menyiarkan baki episod-episod Odesdi Cinta Keempat sedikit masa lagi. Doakan saya punya cukup mood untuk menyambungnya.

Link: ODESI CINTA KEEMPAT

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.