Archive for May, 2010
Saya dan isteri saya duduk di tepi pelangi, melihat kucing terbang...terbang dengan riang.
Wajahnya nampak sekali senang, nampak selesa dan cuba untuk mencari gembira disebalik kesukaran yang baru kami tempuhi.
Ah, tersentuhnya hati saya melihat senyumannya. Saya pegang tangannya dan dia menoleh memandang tepat ke wajah saya menerusi matanya yang telah banyak kali mencairkan hati saya.
Saya cuba tersenyum walaupun nampak jelas ia hanya dibuat-buat.
Isteri saya memegang pipi saya dan bersuara, menyuruh saya usah gusar dan cuba menikmati saat-saat ini. Amatlah rugi walau sesaatpun jika saya tidak mempergunakannya untuk menyelami keindahan depan mata.
Saya angguk dan memeluknya.
Dan bagaimana agaknya, saya fikir, jika esok keindahan ini tidak lagi dapat kami nikmati lantaran cabaran yang akan menduga kami? Apakah agaknya pelangi ini tidak lagi warna-warni pada esok hari?
Atau mungkin sekali kami tidak akan lagi berada di atas pelangi ini?
Namun kata isteri saya, mengapa mahu bimbang tentang esok yang tidak pasti? Kenapa tidak kita senangkan hati dengan hari ini yang sudah nyata di depan ini?
Ah, antara idealis dan realis, mana yang harus saya ikut?
Kami tenggelam dalam dunia kami, sambil kucing-kucing terus terbang dan pelangi tempat duduk kami itu terus indah berwarna-warni.
Ya, aku tidak peduli lagi tentang esok hari, kerana sekurang-kurangnya dia berada disampingku pada hari ini.
WEEKEND LOVER
Bilamana pasangan anda (atau anda sendiri), HANYA available untuk diri anda (atau pasangan anda) sepenuhnya semasa hujung minggu sahaja. Mungkin HANYA dating pada hujung minggu sahaja, atau to that extend - berkomunikasi pun hujung minggu sahaja.
WEEKDAYS LOVER
Bilamana pasangan anda (atau anda sendiri), HANYA available untuk diri anda (atau pasangan anda) sepenuhnya semasa hari bekerja sahaja. Secara magis setiap hujung minggu si dia unavailable atau to that extend - tak pernah langsung call (dating apatah lagi).
Sebagai pemangsa:
Ini langkah bijak untuk membahagikan kasih sayang lebih dari satu unit. Sehingga tercipta mesin klon yang mudah dan cost-effective, method ini yang terbaik agar konek/vagina kasih sayang diperuntukkan kepada golongan yang memerlukan.
Sebagai mangsa:
Terpulang, jika sudi dimangsai, teruskan sahaja. Jika tidak sudi - ah, selalunya mangsa akan sudi punya. Tanya kenapa masih sudi, banyak la alasannya.
KESIMPULAN:
Ceria-ceria selalu, di mana jua, anda berahi.
Cerkas ini pernah disiarkan pada 25 Februari 2005 di blog lama saya;
----
IGAU
Igau
Aku tak boleh lari!
Aku tepis, dia masih ada disini.
Aku senyum pada dia, tidak pula dia balas.
Aku tunjuk jari tengah aku. Aku tahu dia ajuk aku!
"Celaka kau!" Aku membebel seorang diri dalam bilik itu. Sudahlah badan hitam legam. Mahu juga kau ekori aku. Seorang diri? Ya, dia tidak layak untuk aku kira sebagai manusia. Tubuh hitam itu memang punya bentuk seperti manusia. Tapi tidak sekali-kali aku akan kata aku berdua di dalam bilik ini. Mana maruah aku?
Seorang teman pernah menggelengkan kepala bila aku ceritakan masalah ini. Dia kata aku tidak boleh lari dari dia. Aku boleh! Jerkah aku balik. Kawan aku itu geleng kepala lagi. Bukan dia tahu apa, aku fikir.
Malam mesti dia ikut aku. Kenapa kau ha? Apa masalah kau? Siang-siang ada waktunya kau muncul. Siang tahu pula kau nak menghilang. Kau sengaja nak kasi aku gila bukan? Bukan?
Tak jawab.
Aku tunjuk jari tengah aku balik. Ewah! Dia balas pula. Tahu marah. Yang paling aku tidak puas hati, sampai aku nak berak pun dia nak ikut. Gila betul! Kau nak tengok sangat! Ha! Tengok! Mula-mula memang aku malu juga bila tengok kau ada disebelah masa aku mencangkung tu. Tapi sekarang malas aku hendak melayan orang yang tidak reti bahasa ini.
Pernah juga aku berlari sederas Watson Nyambek yang tidak deras itu. Aku kerah keringat aku. Sampai lenguh kaki aku. Aku ingat dia sudah tertinggal dibelakang. Apa sudah jadi? Rilek sahaja dia disebelah aku. Aku menjerit sampai dua orang gadis yang tak cun-tapi perasan cun-dan berusaha untuk jadi cun-sampai ada mamat nak mengorat tidak layan- sebab konon cun itu jeling-jeling pada aku. Tak pernah tengok orang menjerit ke?
Aku pernah pukul dia dengan kayu hoki. Buang masa. Kayu hoki tu yang patah. Kebal betul dia ni. Lepas itu aku tidak berani nak pukul dia lagi. Takut dia pukul aku. Tapi aku tetap selalu mengangkat jari tengah aku pada dia. Apa? Marah? Habis tu kenapa kau ikut aku? Kenapa?
Macam biasa dia tidak menjawab. Bisu. Aku buat andaian.
Aku nak tidur ni. Kau nak tidur sebelah aku ke? Aku tanya. Dia tak jawab. Aku sudah hilang sabar.
Aku pernah buat cara ini. Aku tutup suis lampu. Gelap. Aku raba sana sini. Dia sudah tiada. Aku buka balik suis lampu. Tup! Dia depan aku.
Ahh! Sudahlah. Kau tu sudahlah hitam sampai mata dengan mulut pun aku tak nampak mana. Sudah! Aku tutup suis lampu dab dia pun hilang balik.
Tapi aku tahu esok dia akan kembali bersama ku. Biar! Dalam gelap ini akan aku fikirkan bagaimana hendak melepaskan diri darinya. Malam ini, diatas katil berhama dengan selimut oren ini, aku akan merangka jalan agar kau tidak lagi berada disisiku. Hahaha! Aku ketawa seorang diri. Syyh! Jangan cakap, esok tahulah untung nasib dia. Aku akan pastikan dia tidak lagi mengekori aku esok. Hahaha!
----
Komen saya pada tahun 2010 - Macam gampang.
Assalamualaikum,
Ketika saya sedang asyik menaip di satu tempat yang sungguhlah cantik dan memberi banyak inspirasi yakni di dalam bilik saya di Ukay Perdana, tidak semena-mena muncul satu susuk yang saya kenali memberi salam.
Kenapakah kau tidak lagi mengemaskini blog bercerita tentang aku? soal Panda Cinta.
Ahhh, sayatidak menyangka dia akan bertanya soalan sedemikian rupa.
Menulis blog bukan kala gundah gulana kerana putus cinta (atau diambang), blog juga boleh ditulis tatkala bahagia, katanya lagi.
Ini soal risau popularitimu sudah mau jatuh bukan? tanya saya.
Bukanlah, cuma, iyalah, aku risau tengok ramai yang tertanya-tanya ke mana perginya Panda Cinta. Aku risau mereka yang tertanya-tanya itu saban hari diserang hari yang tidak menyeronokkan kerana hidup tanpa mendapat jawapan, yakni apa terjadi kepada Panda Cinta.
Saya cuma ketawa.
Dia tanyakan tentang hal majlis kahwin yang saya baru hadiri.
Aku risau dengan kau, kata Panda Cinta.
Saya tanyakan kenapa.
Selama ini, jika ada orang bertanya bila nak kahwin, kau akan jawab dengan banyak jawapan, tapi aku dapat baca hatimu tidaklah menjawabnya dengan sepenuh hati.
Tapi hari ini, tatkala kau menjawab 'umur 40 tahun nantilah aku fikir nak kahwin ke tak," tiba-tiba hatiku bergetar, kerana jawapanmu itu lahir dengan tulus ikhlas dari sisi hatimu.
Saya ketawa lagi.
Tak perlu risau wahai Panda, kata saya. Bukanlah saya mahu keluar agama, atau meninggalkan keluarga, atau melakukan kerja-kerja yang tidak munasabah.
Keadaan semasa membuatkan saya fikir usia 40 tahun baru saya cukup matang untuk memikirkan soal kahwin.
Lagipun saya terkesan dengan nasihat-nasihat Sinaganaga tentang tanggungjawab dan hal ehwal kahwin ini. Apa yang beliau katakan itu benar-benar belaka, cuma saya sebelum ini kurang mahu mendengarnya.
Lagipun bukanlah lama sangat nak tunggu. Saya tidaklah mahu menimbulkan isu seksis, tetapi terlalu banyak peluang dan rancangan di depan mata saya di mana pada hemat saya jika mempunyai seorang isteri hanya akan membebankan hidup saya sahaja. Menulis novel, membuat video klip, fotografi, mengembara, membuat musik, aktiviti sindiket Sol-jah dan banyak lagi yang mahu saya buat. Setakat ini saya tidak nampak bagaimana seorang isteri boleh fit in dengan jadual hidup saya.
Panda cinta angguk. Setuju dengan pendapat saya.
Kemudian kami sama-sama menikmati nasi goreng yang telah ibu saya bekalkan sebelum pulang ke Kuala Lumpur siang tadi.

