ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Archive for June, 2010

Aku bercinta semalam dan hari ini sekali lagi aku putus cinta.

+

+

+

+

+

Semoga jumlah komen kekal banyak seperti entri di bawah

Hari ini saya putus cinta

+

+

+

+

+

Dan semoga masuklah komen-komen yang banyak kerna topik itu saja yang membanyakkan komen-komen.

Hehe.

pandatraveltours-copytest

Di mana saja saya pergi, pasti ada Blackberry di atas meja atau dipegang oleh manusia. Sehinggakan saya lihat ada dikalangan budak-budak sekolah begitu gembira menatap Blackberry mereka.

blackberry

Gambar ini menunjukkan seorang makwe yang saya lupa namanya. Punya Blackberry dan Iphone.

Dalam perkembangan lain, filem hebat Menculik Miyabi yang dibintangi oleh actress hebat Maria Ozawa (tak kenal? sila google dengan turn off safe mode dan pastikan seluruh kaum keluarga anda berada di belakang anda) sudah habis tayangan di panggung. Aiseh. Melepas.

Setakat ini dulu. Bertemu lagi di lain hari. Yosh!

pandatraveltours-copytest

Tidak ada apa-apa yang signifikan berlaku.

Cuma memetik kata-kata seorang aktivis politik yang saya jumpa (beliau main peranan penting semasa reformasi '98);

"Asean belum bersedia untuk demokrasi. Kita masih feudal"

Dan memetik kata-kata seorang teman;

"Yang sebenarnya mengawal kita (sebagai sebuah negara) adalah kapitalis, bukan tokoh politik"

Kedua-duanya benar.

Dengan alat (seperti yang digelarkan oleh aktivis politik itu) yang bernama DUIT, kita mudah saja diperkotak-katikkan.

Katanya, Indonesia sudah hancur.

Kata saya dalam hati, Malaysia juga sudah lama hancur dan tidak boleh diselamatkan lagi.

Persamaan antara Malaysia dan Indonesia ialah - masing-masing cuba mengkayakan diri sendiri dengan apa cara sekalipun. Perjuangan? ah, kau terlalu idealis.

+++

Saya dan Zul tidak ke Monas, tidak ke mana-mana tourist attraction sepanjang di Indonesia. Saya fikir, pengalaman bertemu dan berbual dengan manusia-manusia 'hina' hari ini jauh besar harganya berbanding bergambar di depan Tugu Monas. Bagi saya, kalau anda fikir sebaliknya, itu hak anda.

pandatraveltours-copytest

Planning trip ini sudah agak lama, saya ingat sekitar Mac lagi dengan sebenarnya Amri Ruhayat juga salah seorang dalangnya. Namun dia tidak menjadi lantas hanya saya dan Zulhabri sahaja.

Penerbangan saya dijadualkan pagi sementara Zul petang menjadikan kami terpisah buat seketika. Bayangkan saya tidak pernah menjejak kaki di bumi Jakarta, tiba-tiba perlu datang seorang diri. Mujur juga punya teman Sofiatul Shima dan Erwin.

Bayangkan semalamnya (Ahad), saya bangun pagi untuk melancarkan buku sembang Kencang, dan membawa tidak tidur di malam hari kerana takut terlajak tidur. Lantas saya hanya sempat lelap sebentar di dalam Kapal Terbang yang keselesaannya memang diragui. Langsung tidak perasan bila makwe Pramugari tolak makanan dan tak peduli apa-apa yang berlaku.

Sesampai di lapangan terbang Soekarno-Hatta, saya terus mengambil DHAMRI, satu rangkaian bas seperti Rapidshare, RapidKL. Saya mengambil route bas ke GAMBIR train station.  Sampai di Gambir, saya bertemu Erwin dan bersarapan di disitu.

Dia membawa saya ke SOGO kerana dia ada temujanji bersama penulis Ahmad Fuadi (Negara 5 Menara). Berbual sikit-sikit dan saya kemudiannya menaiki Ojek ke Mall Ambassador sementara Erwin dan Ahmad Fuadi bertemu pengacara Kick Andy untuk urusan mereka. Berjalan-jalan di Mall Ambassador sama seperti berjalan di Kompleks Pertama sahaja. Sempat juga makan waffle dan menggunakan perkhidmatan bilik khusus merokok di lantai 4 (foodcourt).

Dua jam di Mall ambbasasor buat saya sudah tidak tahu hendak buat apa-apa. Mata sudah berat (tak tidur lagi). Saya singgah kedai jual software pirate, singgah minum, singgah kedai baju, singgah kedai jual Patung Panda besar bagak.

Erwin usai meeting dalam jam 4 dan kami menaiki Taksi menuju jalan Jaksa. Saya ke Hotel untuk menempah bilik dan amat mujur bilik ekonomi cuma tinggal satu sahaja.

Tutup pintu bilik dan

ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ

Saya cuma tersedar bila ketukan bagai gempa bumi dan menjenguk jam. Pukul 945. Buka pintu dan Zulhabri terpacul.

Flight lambat sedikit katanya.

Ah, banyak hendak cerita, nantilah.

Gambar-gambar masih belum upload. Bila ada kesempatan akan kucuba.

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.