ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Archive for July, 2010

Muzik latar untuk drama ini.

Di sebuah daerah di Hungik Universiti, Seoul. Seorang uda dan seorang dara bertemu.

Park Vo-vin (hero) dan A-jun Won (heroin) bertemu di pintu gerbang subway, ketika A-Jun Won datang untuk mengucapkan selamat tinggal. Mood sedih (sila dengar youtube di atas).

Park Vo-vin: dangsin-i naleul tteonal iyu?

A-jun Won: wae geuleonji...

Park Vo-vin: ani, nan molla

A-Jun Won: eojjaessdeun dangsin-eun algo sipji anh-a.

Park Vo-vin: geulae, dangsin-eul salanghabnidai jung-yohan mueos ttaemun-e ...

A-jun Won: salang-eun ulileul jeojanghaji anhseubnida. dangsin-ui salang-i bulganeunghan salang

Park Vo-vin: geuleohdamyeon, igeos-eun gobyeol mueos-ibnikka?

A-jun Won: ye

Park Vo-vin menggelengkan kepala. Dia cuba untuk memegang tangan A-jun Won namun A-jun Won berpaling. Dia sudah bersedia untuk menuruni subway. Jika lagu habis, replay untuk menaikkan mood sedih kembali.

Park Vo-vin: A-jun

A-jun Won tidak peduli lagi. Dia sudah menuruni tangga.

Park Vo-vin: na-egelo waseo

A-jun Won menggelengkan kepala. Dia terus turun.

Park Vo-vin:  nan dangsin-eobs-ineun sal su eobs-eoyo

A-jun Won memejamkan mata dan terus menuruni anak tangga secara magis walaupun memejamkan mata (drama, biasalah).

Park Vo-vin: nan nae insaeng-e daehan dangsin-eul salanghabnida

Park Vo-vin jatuh melutut. Salju sudah mula hendak turun di Seoul.

A-jun Won sudah menghilangkan diri di celah-celah manusia. Dia terhenti dan mahu berpaling, namun dimatikan hasratnya dan terus masuk ke dalam tren.

Latar suasana terus bergema dengan bunyi piano sehingga mengganggu suara pengumuman bahwa tren sudah sampai.

Park Vo-vin terus melutut dan berharap agar A-jun Won akan kembali muncul di pintu gerbang subway itu. Namun semakin lama semakin dia tahu, dalam Drama Korea, ending yang bahagia amatlah jarang.

Haseyo Haseyo...

Dalam dunia black and white ini, pemanduan menjadi suatu yang agak sukar ketika hendak menyeberang traffic light.

Manalah kami nak tahu yang warna lampu trafik ketika itu adalah merah.

GEDEGAS, kereta buatan tahun 1950-an kami dilanggar oleh sebuah lagi kereta buatan 1950-an. Mujurlah era ini tauke-tauke kereta tidak berlumba-lumba untuk menghasilkan kereta bertop speed lantaran kaum Azman bert-shirt kolar naik ala Cantona dengan nombor di lengan dan gadis Ampang yang mekapnya tebal 2 inci dan walaupun cantik, tapi bengap nak mampus belum dilahirkan.

Kecuali Pipiyapong. Yang kombo kesemuanya, bengap dan slow.

Mujur kerosakan yang dialami tidak mengundang kehilangan jiwa.

Mungkin sedikit, tapi itu kerana...ahhh, lupakan kisah lama.

Lelaki yang memandu kereta keluar, makwenya masih dalam kereta, wajahnya trauma.

"Buta ke?" jerkah lelaki itu.

Sepantas kilat saya dan Pipiyapong mengenali lelaki itu. Itulah Amar Amer, model sambilan yang namanya kini meniti bibir pereka fesyen Milan, Paris dan Selandia Baru. Pastinya wanita yang sedang dalam keadaan terkejut di dalam kereta itu adalah Fazlinski, pelakon teater Broadway yang juga meniti bibir peminat teater dan merangkap isteri Amar Amer, model sambilan.

Amar Amer mula nak tunjuk hero depan bini. Dikeluarnya cangkul dari bonet belakang.

Saya lihat Pipiyapong mula pasang kuda-kuda. Entah kuda-kuda apa yang hendak dipasangnya, saya kurang pasti, apa ke gila nak tangkis cangkul dengan kuda-kuda? Lainlah kalau dia mempunyai ilmun kuda-kuda Troy, besar sikit hikmatnya.

"Berhenti..." satu suara tiba-tiba mencelah dalam kegawatan itu.

Kami semua berpaling, kecuali Pipiyapong yang masih memasang kuda-kuda, agaknya pantang dalam keadaan berkuda-kuda untuk menoleh.

Sesusuk tubuh dengan jaket labuh ala trench-coat melangkah perlahan. Sebatang curut tersemat di bibirnya. Kelihatan beberapa lelaki mengikutnya dari belakang. Saya kenal lelaki itu, ketua gangster kawasan ini, anak buah kepada seorang Don yang paling berkuasa di ibukota.

"Nah..." lelaki itu mencampakkan satu sampul, yang saya kira berisi wang. "Cukup untuk kau gantikan keretamu dan rawat isterimu."

Amar Amer yang tadinya menyinga mula mengucing. Dia mengambil sampul itu, memberi angguk hormat dan beredar. Fazlinski masih di dalam kereta. Ketika kereta itu beredar sempat juga saya menjeling ke arah Fazlinski dan wanita itu membalas jelingan saya.

Lelaki itu berdiri di depan saya dan Pipiyapong yang masih dalam keadaan berkuda-kuda.

"Kenapa dengan dia?" soal lelaki itu.

"Entah," jawab saya. "Ini kali pertama aku tengok dia begitu,"

"Don mahu jumpa kamu berdua..."

Saya meneguk liur.

Lelaki itu, Encik Hatta adalah orang yang paling dipercayai Don Kumprinx.

"Katanya, kamu mencari seorang lelaki, dan lelaki itu adalah anak buah Don. Don mahu tahu kenapa kamu mencarinya..."

Saya kaget. Pipiyapong yang masih dalam keadaan berkuda-kuda juga kaget.

Celaka, aku tampar jugak karang orang berkuda-kuda ni.

Ruang dalam pub itu suram. Namun ramai pengunjung. Masing-masing terpaku mendengar alunan lunak suara Beeha, penyanyi muda dengan iringan orkes Jazz.

Saya duduk di satu sudut yang agak gelap, dengan topi Dick Tracy. Pipiyapong duduk di sebelah saya, juga dengan topi Dick Tracy tapi terlekat lencana "The Cure".

Dunia kami hitam putih.

Kenapa kami berada di pub ini?

Semuanya gara-gara kedatangan seorang femme fatale di pejabat kami di Ukay Perdana lapan jam yang lalu. Kedatangan yang tidak disangka-sangka.

Beeha usai menyanyi. Selepas mendapat tepukan gemuruh, dia turun dari pentas dan pergi mendapatkan kami.

"Ada lighter?" tanya Beeha sambil rokok sudah berada di bibirnya.

Sebagai lelaki yang gentleman, saya mengeluarkan lighter dan menyalakan rokoknya.

"Terima kasih," ucap Beeha sambil menghembuskan asap pertama.

Saya angguk kosong.

"Masih belum dapat melupakan dia?" soal Beeha.

"Siapa?" soal saya.

"Awak tahu siapa yang saya maksudkan," balas Beeha. Pipiyapong tidak mahu masuk campur. Dia mengangkat tangan memesan satu lagi ribena laici.

Saya angguk faham. Terbayang wajah yang dimaksudkan oleh Beeha.

"Menjelang episod ketiga cerita ini pasti saya akan dapat melupakan dia," ujar saya. "Kerana setiap cerita mestilah datang dengan heroin yang baru. Dia sudah menjadi heroin untuk cerita entri semalam,"

Beeha angguk.

Pipiyapong memandang kami. Dia mengeluarkan sekeping gambar. Diserahkan kepada Beeha.

"Kami mencari lelaki ini, dari maklumat yang kami dapat, Beeha tahu di mana dia bersembunyi," Pipiyapong bersuara.

"Setiap maklumat datang dengan harganya," Beeha tersenyum.

"Berapa harganya?" soal saya.

Beeha bangun. Dia mendekatkan mulutnya ke telinga saya dan bersuara, "harganya hanya awak yang tahu...suatu hari nanti," dan dia pun berlalu.

Saya memandang Pipiyapong yang sudah menggosok kepalanya.

Malam semakin larut dan irama Jazz berkumandang semula.

Perjalanan kami berdua juga, baru hendak bermula...

Cerita ini adalah fiksyen dan tiada kaitan antara yang hidup apatah lagi yang sudah diseksa di alam kubur.

++++

Dalam filem INCEPTION, satu benda yang penting adalah 'totem'.

Totem adalah barang milik 'pengembara mimpi' yang dibawa bersama di alam mimpi. Totem boleh sahaja merangkumi apa-apa barang kecil. Kegunaannya - katakan totem saya adalah sejenis benda kecil berbentuk gasing. Benda itu eksklusif milik saya, di mana hanya saya seorang yang tahu beratnya, pernah menyentuhnya dan kebarangkalian pernah melihatnya.

Apa kegunaannya? Totem berfungsi sebagai alat untuk 'menyedarkan' yang kita masih berada di alam mimpi atau 'memastikan' yang kita sudah benar-benar berada di alam realiti.

Jika kita masih berada di alam mimpi, totem gasing yang diputarkan itu takkan berhenti berpusing, dan jika ia berhenti berpusing, maka sudah pastilah kita sudah kembali di alam realiti.

------

Dan ketika itulah saya mengetahui yang diri saya telah dikhianati oleh Brandon Hatta, di mana dia cuba untuk melakukan 'inception' ke atas diri saya. Ketika saya melihat gasing yang saya putar tidak berhenti berpusing.

"Kenapa? Kenapa kau mengkhianati aku?" soal saya.

"Seseorang telah mengupahku untuk menggagalkan misi ini," jawab Brandon Hatta.

"Misi ini akan tetap diteruskan!"

"Aku akan gagalkannya!" tegas Brandon Hatta.

"Aku takkan benarkan kau menghalang untuk aku hidup bersama perempuan yang paling aku sayang!" jerit saya.

"Itu aku tak peduli!"

BLAM!

Satu tembakan dilepaskan dan Brandon Hatta terkulai. Muncul Pipiyapong dengan pistol di tangannya.

"Selesaikan misi ini, dapatkan Ajunski," ujar Pipiyapong datar. "Dah jadi prinsip hidup aku, kerja tak boleh dibuat separuh jalan,"

Saya angguk.

Tiba-tiba ruang kosong itu mula memecah. Lantai dan dindingnya meretak. Beberapa lubang mula terbentuk akibat pecahannya.

"Bawa Ajunski kembali ke lapisan ketiga!" jerit Pipiyapong sambil terjun ke dalam lubang dalam itu.

-----

Adapun gegaran itu bersangkutan antara lapisan satu, dua dan tiga. Ia menandakan masa kami sudah hampir tamat dan bila-bila masa sahaja kami akan terjaga dari tidur.

-----

Di alam mimpi lapisan pertama - Bainun Waheeda memandu van dan menjunamkan van itu ke dalam sungai untuk 'mengejutkan' kami dari tidur.

-----

Serentak dengan itu, di alam mimpi lapisan kedua, keadaan menjadi zero graviti dan Amar Amer terpaksa berlawan dengan musuh ala-ala Matrix.

------

Alam mimpi lapisan ketiga, Ajunski telah berjaya disedarkan. Pipiyapong kelihatan mengikat Brandon Hatta agar tidak lagi melakukan onar.

Ajunski kemudian di bawa masuk ke dalam rumah agam di Puncak Bukit.

Perlahan-lahan Ajunski membuka pintu rumah.

Dan dia pun masuk.

Ketika itulah saya tahu misi kami telah berjaya.

Saya amat pasti idea cinta saya telah berjaya di tanam di dalam minda Ajunski.

------------

Saya membuka mata dan melihat Pipiyapong dan Amar Amer memandang saya.

"Tahniah," ucap Amar Amer. Pipiyapong angguk sambil tersenyum nipis sambil menghisap surya sambil mengupdate status facebook menerusi handphone.

Saya tersenyum. Saya bangun.

"Ajunski sedang menunggu kau di rumah Ukay Perdana..." ucap Amar Amer. "Dia tidak sabar untuk bertemu dengan kau..."

Saya angguk. Saya bingkas mendapatkan teksi dan terus mengarahkan untuk ke Ukay Perdana.

Sampai di bawah rumah, saya terus membuka pintu teksi (tidak membayar) dan berlari mendaki tangga dan membuka pintu rumah.

Alangkah indahnya pemandangan di dalamnya bila melihat Ajunski tersenyum cantik di satu sudut menanti saya.

Saya mengeluarkan totem saya dan memusingkan totem itu di atas meja.

Saya membiarkan totem itu dan pergi mendapatkan Ajunski, yang pada mata saya sungguhlah indah, lebih indah dari mana-mana wanita yang pernah digambarkan paling indah dalam sejarah peradaban manusia moden.

"Kita akan bahagia bersama..." ujar saya.

Ajunski tersenyum dan membalas, "kita akan sentiasa bahagia bersama...selama-lamanya..."

Kami berpimpinan tangan berjalan ke Alima.

Dan membiarkan totem itu berpusing...berpusing...berpusing...berpusing...berpusing...berpusing...berpusing...berpusing...dan...

TAMAT

Ini hanyalah fan-fic inspirasi dari filem INCEPTION.

Tiada kaitan dengan realiti. Ia hanya hiburan.

Untuk law INCEPTION, sila rujuk part 1.

------

Brandon Hatta bertugas sebagai the forger. Kerjanya menyamar dan mendekati subjek. Subjek kali ini bernama Ajunski dan misi kami menanam idea ke dalam kepalanya. Kami berada di alam mimpi lapisan kedua.

Brandon Hatta lalu menjalankan tugasnya. Beliau bertukar menjadi kakak Ajunski yakni Fazlinski.

Saya memerhati Bradon Hatta (yang telah bertukar menjadi kakak Ajunski) mendekati Ajunski. Kakaknya lalu berbual sedikit sebanyak sambil memerhati Dila Raden yang sedang mengacarakan malam Pekan Frinjan.

Saya kemudian melihat Si kakak menarik Ajunski pergi. Umpan sudah mengena. Fazlinski (Brandon Hatta yang menyamar) memimpin tangan Ajunski berjalan masuk ke dalam Quality Hotel.

Pipiyapong menghampiri saya. "Sesuatu telah diubah di alam mimpi ini. Minda separa sedar Ajunski telah mengesannya. Kita harus bergerak,"

Ya, di alam mimpi ini Pipiyapong menggunakan perkataan 'harus'.

Kami pantas mengekori Fazlinski dan Ajunski.

Fazlinski dan Ajunski sampai di tingkat sembilan, di bilik nombor lima dari pintu lif. Fazlinski membawa Ajunski masuk ke dalam bilik. Di dalam bilik sudah menanti Amar Amir dan Thomatoes Rozani.

"Ini sahaja caranya," ucap Fazlinski.

Ajunski angguk. Dia berbaring di atas katil dan disedatifkan oleh Amar. Seketika kemudian saya dan Pipiyapong turut masuk. Kami semua turut disedatifkan kecuali Amar yang harus tinggal di lapisan mimpi kedua untuk 'menjagakan' kami selepas usai misi.

Tiba-tiba bangunan hotel itu dirasakan bergoncang.

Ini ada kaitan dengan situasi yang berlaku di alam mimpi lapisan pertama. Di mana apa yang sedang berlaku ke atas si pemimpi di lapisan pertama memberi kesan ke dalam dunia mimpinya di lapisan kedua.

Seperti contoh, jika kamu bermimpi mandi laut, ada kebarangkalian kamu sedang kencing dalam tidur. Pernah terjadi?

Amar pantas mengunci pintu. Dia harus sentiasa bergerak untuk mengelirukan 'askar-askar' minda separa sedar Ajunski yang muncul di alam mimpi lapisan kedua.

-----

ALAM MIMPI LAPISAN KETIGA

Kami berada di sebuah kawasan padang rumput berbukit.

"Apa kejadahnya kita ada kat Broga ni?" maki Pipiyapong. Pipiyapong memandang Thomatoes Rozani. "Kenapa kau design mimpi lapisan ketiga ni sebagai Bukit Broga? Bapak penatnya nak mendaki!"

"Aku teringin nak ke Broga..."

Kami telah berpecah. Pipiyapong dan Thomatoes Rozani berada di kaki bukit sementara saya dan Brandon membawa Ajunski masuk ke dalam sebuah rumah agam di puncak bukit.

"Rumah impian Ajunski..." bisik Ajunski.

"Ajunski hanya perlu masuk ke dalam rumah itu dan segala-galanya akan selesai..." ujar saya.

Ajunski angguk. Dia mengorak langkah.

-------

Pipiyapong meliar memerhati sekeliling.

"Ada sesuatu yang tak kena dengan alam lapisan ni," ujarnya.

"Kau marah aku bawak kita ke Broga ke?" tanya Rozani.

"Bukan...ada....sesuatu....demn!"

Pipiyapong pantas membuka larian deras.

-------

BANG!

Satu tembakan dilepaskan.

Ajunski terkulai jatuh tidak sedarkan diri.

Saya dan Brandon Hatta tergamam. Saya menoleh dan melihat Farah Waheeda berdiri sambil memegang pistol.

Itu yang saya takutkan. Setiap kali misi mesti Farah Waheeda muncul sebagai minda separa sedar saya. Ini ada kaitan saya yang masih belum dapat melupakan bekas isteri saya sepenuhnya itu. Lantaran itu menyebabkan beberapa kali misi menyemai cinta ke atas beberapa makwe sebelum ini menemui kegagalan.

Tapi demi Ajunski saya cuba kuatkan hati.

Saya mengangkat pistol dan menembak Farah Waheeda. Dia terjatuh dan tidak bergerak lagi.

Ajunski sudah tidak sedarkan diri. Tapi saya perlukan Ajunski untuk masuk ke dalam rumah itu, barulah misi ini akan terlaksana.

Mahu tak mahu saya terpaksa mencipta satu lagi lapisan mimpi untuk menarik Ajunski keluar.

Brandon Hatta angguk. Lantas saya disedatifkan dan masuk ke dalam mimpi lapisan keempat.

---------

Namun ketika berada di lapisan yang keempat, saya menjadi kaget.

Segala-galanya kosong. Putih.

Saya melihat Brandon Hatta berdiri di depan saya sambil tersenyum.

"Brandon Hatta, apa yang dah kau lakukan?"

----

Bersambung

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.