Archive for July, 2010
Ini adalah cerita inspirasi dari filem INCEPTION. Ala fan fic.
Law dalam INCEPTION;
- Dengan bantuan alat, seseorang boleh masuk ke dalam mimpi orang lain dan 'mencuri' maklumat di dalam mimpi orang itu.
- Vice versa, seseorang itu juga boleh 'menanam' maklumat ke dalam kepala orang itu menerusi mimpinya.
- Masa bergerak lebih pantas di alam mimpi.
- Mimpi boleh terbina dalam beberapa lapisan. Maka dia boleh bermimpi, dan dirinya di alam mimpi (lapisan pertama) boleh tidur untuk berada di alam mimpi tersendiri (lapisan kedua).
- Salah satu cara 'menjagakan' orang yang sedar bermimpi dengan mematikannya (membunuh). Orang yang terbunuh di dalam mimpi tidak akan mati di alam nyata, dia cuma tersedar dari 'tidurnya'.
- Namun dengan sedatif yang kuat, jika dia terbunuh di alam mimpi, kebarangkalian mindanya mengerawang ke lapisan yang lebih jauh sehinggalah dia sedar, dan ketika sedar, dia sudah jadi gila.
Peri penting untuk menonton INCEPTION terlebih dahulun atas DUA sebab, 1- Cerita ini sedikit sebanyak mendedahkan spoiler, 2- Pembaca akan lebih faham cerita ini bila dah tengok filemnya kerana law mimpi filem ini agak berbelit.
Now...
MEMPERSEMBAHKAN;
----------------
Ini adalah misi kami yang terakhir, atas permintaan saya.
Kami berenam, saya (ketua), Pipiyapong (point-man), Thomatoes Rozani (the arkitek), Brandon Hatta (the forger), Amar Amer (the chemist) dan Bainun Waheeda (makwe).
Subjek kami adalah seorang perempuan bernama Ajunski. Misi kami - menanam idea ke dalam mindanya. Cara - Masuk ke lapisan ketiga mimpi Ajunski. Motif - Peribadi. Idea yang hendak ditanam itu adalah idea bahawa sayalah lelaki yang paling bergaya untuknya dan dia bersetuju untuk menjadi pasangan hidup saya seumur hidup (baca: kahwin).
Saya perencana untuk misi ini. Saya bertekad untuk bersara selepas menjayakan misi ini. Dan jika berjaya, saya dan Ajunski akan menghabiskan masa hidup kami belayar dengan bot di Carribean.
Pipiyapong sudah menjadi kebiasaan, partner untuk misi-misi yang saya terima dari klien. Kegengsteran beliau menjadikan banyak misi bahaya berjaya dilaksanakan dengan tenang. The Point-man bertugas untuk membuat kajian terhadap target/subjek kami. Selalunya kajiannya berdasarkan duduk berjam-jam depan pc melayan facebook dan blog.
Thomatoes Rozani menjalankan tugas sebagai 'arkitek'. Dia akan mendesain dunia mimpi untuk kami bergerak, dan cabarannya ialah membina dunia mimpi yang menyakinkan untuk Ajunski percaya, supaya dia tidak mengesyaki yang dia sebenarnya sedang bermimpi.
Brandon Hatta, tugasnya sebagai 'forger', lingkup tugasnya menyamar orang yang dekat dengan subjek (dalam misi ini - Ajunski) untuk menyakinkan Ajunski. Peri penting seorang forger membuat penyamaran berkesan kerana kejayaan 'idea' ditanam di dalam mimpi subjek bergantung kepada tahap psikologi subjek.
Amar Amer adalah the chemist, orang yang mengadun bahan kimia untuk dijadikan sedatif agar subjek tidak terjaga ketika misi dijalankan. Jika subjek terjaga, maka gagallah keseluruhan operasi.
Bainun Waheeda...sebab cerita perlukan karakter makwe.
Kami perlu pergi ke mimpi lapisan ketiga untuk menanam 'idea' ini ke dalam kepala Ajunski.
Kami jangkakan misi ini dapat dilaksanakan dengan mudah. Namun ketika di lapisan pertama lagi, masalah datang menjelma. Rupanya Ajunski telah dilatih oleh abang-abangnya untuk membina 'sekumpulan' askar minda separa sedar bagi mempertahankan mindanya dari dicerobohi sesiapa.
Lantas kami diserang oleh 'askar' ini. Oleh itu kami perlu sentiasa bergerak. Tapi untuk masuk ke alam mimpi lapisan kedua, kami, yang berada di alam mimpi lapisan pertama mesti ditidur. Lantas kami mengambil keputusan untuk tidur di dalam van dan meninggalkan Bainun Waheeda sebagai pemandu van. Tugasnya ialah membawa van dan mengelak dari ditangkap oleh askar minda separa sedar Ajunski selama 10 minit.
Tugas yang sukar untuk seorang yang tidak mempunyai lesen dan tidak pernah membawa van.
Entah kenapalah kami bawa Bainun Waheeda sekali entah.
Lantas kami yang lain tidur dan masuk ke alam mimpi lapisan kedua.
------
Alam mimpi lapisan kedua.
Pekan Frinjan, Dataran Shah Alam
Ajunski sedang berdiri di satu sudut melihat persembahan Nini Marini yang diiringi gitaris Keladak, Aizat. Dia tidak sedar dia sedang bermimpi.
Saya memerhati Ajunski dari jauh. Pipiyapong berdiri tidak jauh dari situ memerhati keadaan. Thomatoes Rozani dan Amar Amer sedang berada di dalam satu bilik di Qualiti Hotel, bertentangan dengan dataran tempat Pekan Frinjan sedang berlangsung.
Saya memandang Brandon Hatta. Brandon Hatta angguk.
Tugasannya bermula.
......
Bersambung
Ketika saya sampai bersama Panda Cinta dan arnab si peniup seruling di daerah Rok N Rol, kelihatan Ismail sedang mengtune seruling. Arnab si peniup seruling pantas menyerahkan serulingnya untuk ditune oleh Ismail.
Ismail lantas berbesar hati untuk mentune seruling arnab. Berapa lama tak tune seruling ni? Tanya Ismail.
"Sejak saya dapat", jawab Arnab. "Sudah lama. Katanya ini seruling Pari-Pari Kertas".
"Jauh larinya tune seruling ni," ujar Ismail.
Saya dan Panda Cinta berpandangan. Patutlah selama ini saya dan Panda Cinta langsung tidak dapat mengagak lagu yang dimainkannya.
Setelah berjaya mentune seruling si arnab, Ismail lalu mencuba dengan memainkan lagu Iwan Fals bertajuk "Ancur".
Hati saya tersentuh.
Hati Panda Cinta tersentuh juga.
Kini kami dapat merasakan perasaan gundah yang bermain dijiwa Panglima Rok N Rol itu.
"Saya tahu tujuan kedatangan awak wahai si Panda..."
Panda Cinta angguk.
"Tak perlulah wahai Panda, lebih baik saya mendoakan kebahagiaan si dia, saya tidak mahu merosakkan kegembiraannya. Asalkan dia bahagia, saya turut gembira walaupun kebahagiaan itu bukan bersama saya..."
"Kau tengah hafal skrip teater ke apa?" sound arnab secara tiba-tiba. "Ini bukan telenovela atau drama Nur Kasih, kau harus berjuang untuk apa yang kau mahukan! Kau seorang pejuang! Kau seorang Panglima! Bukannya pelakon telenovela!"
Ismail gugup.
"Sabar arnab," Panda Cinta mencelah.
Ismail bangun. Dia tidak membalas.
Dia berpusing dan berlalu dari situ...wajahnya terus menampakkan kekecewaannya. Awan gelap mengekorinya sedangkan kawasan tempat saya berdiri panas terik. Celaka, berpeluh juga berdiri di panas terik ini. Kenapa tiada awan gelap di atas saya?
"Jadi apa langkah seterusnya?" soal saya.
"Kita tidur dulu kerana penulis cerita ini tiada idea untuk menyambungnya setakat ini..." jawab Panda Cinta.
Saya baru berkira-kira hendak offline dari facebook tatkala melihat jam sudah menjengah ke pukul 4 pagi.
Begitulah kebiasaannya saya setiap hari akhir-akhir ini. Menjadi rutin juga sebelum meng log out dari facebook saya akan menitip beberapa madah romantis kepada seorang gadis bernama Ajun, adik kepada kakaknya Fazlina, makwe kepada lelakinya Amar yakni kawan kepada makhluk pemain bass Kuala Lipis.
Madah romantis saya memang tahap tinggi, diajar oleh Panda Cinta dengan harapan agar ia menjadi satu doa menembusi hati si gadis ini agar dia tertarik kepada saya.
Tapi bukan Ajun yang menjadi tunggak cerita kali ini. Kita biarkan dahulu kisah romantis paling epik dalam sejarah epik dunia ini untuk diceritakan di lain kali.
Apa yang hendak saya ceritakan ialah mesej facebook yang datang dari Panda Cinta sejurus sebelum saya hendak menutup facebook.
"Datang ke Alam La La La, hal penting. Masa depan dunia bergantung kepada kau"
Gampanglah. Ayat macam serius. Tapi dia pernah guna taktik ni. Konon harus segera datang ke Alam La La La kerana dunia hendak kiamat, padahal rupanya dia hendak memesan sotong goreng tepung. Nak makan.
Tapi entah kenapa saya layankan jua. Maka saya berangkat naik ke atas awan, bertemu dengan Panda Cinta.
Panda Cinta sudah menanti. Wajahnya sedikit kusut.
- Kenapa? soal saya.
- Satu hati bakal hancur, kerana dia mencintai seseorang dan seseorang itu telah dimiliki oleh orang lain. Cerita Panda Cinta.
Saya menggagau untuk memahami ayatnya.
Namanya Ismail, cerita Panda Cinta, seorang Panglima di Alam Rok N Roll, dia menyintai seorang gadis, namun gadis itu telah ditawan hatinya oleh seorang lelaki lain yang jahat.
Ohhh, ujar saya.
- Tugas kita ialah untuk menyatukan cinta Ismail dan gadis itu.
Saya angguk.
Kemudian saya bertanya, "bila gadis itu ditawan hatinya oleh lelaki jahat itu?"
"Lima hari lepas," jawab Panda Cinta.
"Faking! Ismail kau beriya nak tolong, aku mintak tolong kau satukan aku dengan Ajun sejak awal tahun lagi, banyak pulak alasan kau! Kau memang tak nak tolong aku?"
Panda Cinta memandang saya lantas dipegang kepala saya,
"Misi kau susah sangat, lagipun Ajun bukan minat kat kau. Lagipun Ismail Panglima Rok N Rol lebih penting dari seorang penulis karipap yang mainstream..."
Saya angguk pasrah.
"Ismail mesti diselamatkan!" ujar Panda Cinta tegas.
Gambar-gambar di cinematic dan semasa 'script-reading' antara 'SARAH' dan 'ASHA'.
Sijil Finas. Pehhhh
Othman Hafsham, tuan pengarah
Lokasi
Star of the show
'Asha'
'Asha' - saya tak ingat namanya, tapi anak Azmil Mustafa (Mekanik)
Sarah
Lebih banyak gambar di facebook album
Saya suka petika kata dari seorang lokal Bali;
"Orang-orang Bali ingat orang Putih (tourist) datang ke Bali kerana culture-nya, sedangkan mereka (tourist) enggak ambil peduli pun tentang culture kerana mereka datang semata-mata kerna bir Bali yang murah!"
Dan petikan kata;
"Indonesia ini kayaaaa, tapi penuh dengan orang-orang bodoh (corupptor) dan yang mengherankan, orang-orang pandai enggak bisa mengalahkan orang-orang bodoh ini!"
Ah, sama saja saja di negara saya, bila orang-orang pandai tidak mampu hendak mengalahkan kaki-kai koruptor ini.
Lantas kita akan terus hidup berpaksikan wang hingga anak dan isteri digadaikan (metafora - untuk yang tak faham).








