ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Archive for September, 2010

Menjadi Superhero bukanlah satu tugas yang senang seperti menulis status facebook.

Menjadi Superhero didatangkan dengan pakej tanggungjawab. Bak kata Pak Cik Ben, jiran saya dahulu, "power yang beso datang dengan tanggungjawab yang beso, mike dengo tu..."

Pak Cik Ben sudah lama meninggalkan saya, tapi kata-kata azimat itu tetap terpahat dihati.

Kata-kata itu juga saya lontarkan kepada teman serumah baru saya yang juga baru graduate Kolej Superhero, si Anip yang kini menjalani fasa mentorship dibawah superhero Catman.

Si anip atau nama Superheronya "Arnab Udara" mengeluh.

Kami berada di bumbung sebuah bangunan tinggi, memandang langit malam yang disinari cahaya bulan.

"Kenapa?" soal saya.

"Payah nak dapat 'job' sekarang," keluh anip err...Arnab Udara. "Semuanya nak tengok pengalaman. Macam mana nak ada pengalaman kalau tak diambil bertugas. Spiderman pun mula-mula tak ada pengalaman masa kerja di New York"

Saya diam. Tak sampai hati nak beritahu Spiderman sebenarnya dapat gig menyelamatkan orang di New York sebab guna kabel. Zaman sekarang kabel penting untuk berjaya.

"Tak payah risau, kau start slow. Program mentorship dengan Catman ni bagus untuk kau. Masa aku start sebagai superhero dulupun susah jugak."

Anip anggup.

Saya terkenang zaman mula-mula menjadi superhero. Memang payah. Mana nak belajar kuasa yang ada dalam pada masa yang sama nak cari ruang untuk menyelamatkan orang. Tapi alhamdulillah, kini nama JUARA WIRA menitir bibir masyarakat sebagai salah seorang superhero yang berfalsafah dan berkaedah.

ZUPPP! Tiba-tiba muncul seorang lagi teman serumah kami, Firdaus Abdillah ataupun dikenali sebagai ZU-PP. Kelajuannya digunakan dengan baik untuk menjadi superhero remaja masakini. Aksesorinya ringkas, cuma kemeja-t dan helmet (seperti dalam gambar di bawah).

"Alima jom?" ajak ZU-PP.

Saya memandang Anip.

"Kenapa ni?" soal Firdaus Abdillah ataupun ZU-PP.

"Tengah down sebab job superhero tak banyak." jawab saya.

"Ahhh, rilek, hal-hal begini senang nak settle," ujar ZU-PP.

"Ah, kau senanglah nak cakap, kau dah ramai peminat," Anip si Arnab Udara membidas.

"Lahhh, betullah. Mula-mula kau buat fan page kat facebook, kasi besar sikit network," cadang ZU-PP.

"Yang penting," tambah saya, "sebagai superhero, kita harus selalu ingat, seorang superhero bukan diukur menerusi kuasanya, tapi menerusi sejauh mana dia menjadi manusia. Tak guna berkuasa superhero, mempunyai banyak kelebihan, tapi fail menjadi seorang manusia."

"Putus cinta, kena tipu dengan bos, member umpat belakang, kena rejek makwe, orang potong job ko, duit tak ada, itu semua sebahagian dari pelajaran untuk kau jadi manusia..." tambah Firdaus Abdillah ataupun nama superheronya, ZU-PP. "Kuat macam Superman pun, kalau tak belajar macam mana nak handle jadi manusia, tak guna..."

Saya dan Anip si Arnab Udara memandang ZU-PP yang bercakap sambil mendongak memandang langit. Terkesima mendengar nasihat-nasihat deep beliau.

"Alima jom!"

superherojusticecopy

Gambar kenangan ketika saya, ZU-PP dan member-member rapat kami menghadiri konvokesyen Anip si Arnab Udara.

Pernah dengar mengenai pari-pari yang menyemai spora-spora cinta pada dua orang 'potential' yang hendak bercinta?

Suatu hari Panda Cinta memperkenalkan saya dengan seekor (seorang? sesayap?) pari-pari. Katanya Pari-pari ini kerjanya menyemai benih cinta ke dalam hati makwe yang kita berkenan.

Cantik. Itu yang saya perlukan.

Pada hari yang damai itu, Panda Cinta membawa saya berjumpa sang pari-pari.

"Mike ade gelpren yang mike berkenan?" soal pari-pari itu.

"ada, ada...tapi  boleh ke? Makwe ni, ummmm, selebriti."

"Mike usah rhiso, Ini udah jadi khoje pari-pari. Ada bawak gambo gelpren tu?" tanya pari-pari.

"Gambo takde, tapi makwe tu kat situ," saya menunjukkan kelibat Juliana Evans yang baru keluar dari Maybank Bukit Bintang.

"Ahhh, senang..." Pari-Pari itu menabur serbuk berwarna-warna ke atas tangannya. "Ini namanya serbuk cinta. Kita tiup, biorkan serbuk ni terbang dibawak angin ke Juliana Evans."

Saya angguk. Dalam kepala sudah terbayang Juliana Evans duduk di sebelah saya dalam kereta Kancil saya. Rare tu, makwe cun nak naik kereta kancil.

Si Pari-pari meniup serbuk di atas tapak tangannya dan terbanglah serbuk-serbuk itu dibawa angin.

"Ahhh shit!" tiba-tiba si pari-pari berbahasa Inggeris. Panda Cinta sudah mula membuka langkah untuk lari.

"Kenapa? Kenapa?" soal saya.

"Terlupa check arah angin! serbuk tu terbang ke arah lain!" si pari-pari berpusing melarikan diri.

Saya nampak Juliana Evans sibuk melambai tangan menahan teksi...

dan seorang pak guard berbangsa India sedang melangkah ke arah saya sambil kenyit mata.

"Ah, shit!"

ka-01

Tiga sebab kenapa tiada update sekian lama.

1. Demam

2. Sibuk dengan skrip

3. Dan yang ketiga, projek penggambaran cerita "KITAB APOKALIPS"

Berikut sedikit nota tentang produksi dan shooting KITAB APOKALIPS

- Projek paling besar dan ambitious saya setakat ini kerana melibatkan 1- Efek (sederhana dan amatur lah tapi), 2- action Sequence, 3- Lokasi yang maha, 4- Kostum dan 5 - Pelakon yang ramai.

- Penggambaran berlangsung pada hujung minggu lepas di sekitar kawasan Highland Tower, Bukit Antarabangsa, Ukay Perdana, Bukit Ampang dan Monaco.

- Bereksperimen dengan video Nikon D90. Walaupun ya current trend menunjukkan geng Canon amat berbangga line-up DSLR Video mereka yang jauh lebih gah, saya cuba merintangi cabaran dengan apa yang ada. Bak kata orang, takde budget, work around what you have.

- Pemain Bass Kuala Lipis mengekalkan rekod sebagai satu-satunya krew yang ikut serta untuk semua projek video saya sejak "My Alien GF"

- Nantikan trailer pabila pakar efek saya, Che Bainun Waheeda pulih dari demam.

Roger and out!

ka-03

ka-02

ka-04

Kredit Foto: Haan Yusof

a long long time a go, in a some place far far away from ukay Perdana...

Tengah hari di bulan Ramadhan, sebelum keluar rumah.

Gulp! Gulp! Gulp!

Dengan rakus botol air mineral kau gogok. 3 kerja dalam satu. Gogok air, capai kunci motor, sarung kasut.

Pintu rumah kau buka dan ketika itu air masih memenuhi ruang mulut kau. Menanti masa untuk ditelan. Kesan dari kerakusan tadi.

Terpacul sahaja di luar pintu rumah, pakcik di rumah depan turut keluar, tersenyum dan bertanya soalan, "Tak balik raya lagi? Bila balik?"

Okey, mulut kau penuh dengan air, di bulan Ramadhan, dan kau hanya ada satu pilihan jika mahu menjawab soalan itu, dengan menelan air itu dan sudah terang lagi bersuluh itu perbuatan yang bakal mengundang ketara di hadapan mata pakcik yang ramah.

Apa yang kau lakukan?

Tuhan kadang-kala menegur kau dengan sinis. Dan adakah kau masih tidak percaya kuasanya?

TING! TING! TING!

Dua rantai besi berlaga. Seutas lantas diserahkan kepada saya.

"Satu untuk awak, satu untuk saya..." gadis itu bersuara.

Saya yang terbaring di atas rumput memandang awan menoleh, menerima pemberian itu. Lagu 'I Don't want to miss a thing' nyanyian kugiran Aerosmith menghiasi suasana dan kelihatan semangkuk biskut bentuk haiwan-haiwan di sisi.

"Saya mana pakai rantai..." ujar saya sambil melihat rantai yang berbentuk panda itu.

"Kalau tak mahu, buang..." gadis itu yang tadinya duduk di sisi saya mengalihkan tubuhnya membelakangi saya.

"Eleh, merajuk..." saya bangun sedikit sambil menongkat dengan siku.

"Tolong saya pakaikan rantai ni," gadis itu menyerahkan rantainya, yang juga mempunyai panda. Saya duduk dan mengalungkan rantai itu dilehernya.

"Terima kasih..." ujar saya, "untuk rantai ini...umpamanya awak berada di sisi saya di medan perang nanti, rantai ini akan menyelamatkan saya..."

Gadis itu tersenyum. "Iyalah tu...dan selamatkan abang ipar saya juga ya?"

Saya angguk.

+++

TABOOMMM!

Satu letupan betul-betul hinggap berdekatan saya. Saya terkejut dan tunduk. Seketika kemudian saya menjenguk keluar. Terus memandang posisi Amar Amir. Saya menarik nafas lega bila melihat letupan itu tidak mencederakan Amar Amir. Besar dugaannya kalau pulang nanti. Macam mana nak menghadap muka isterinya dan juga muka tunang saya, adik iparnya (yakni adik isterinya).

Sebuah kereta kebal muncul lagi. Seperti biasa Luca pantas bangun sambil Sarjan Hatta memberi tembakan cover untuknya. Satu lagi roket dilancarkan membinasakan kereta kebal musuh.

"Ha ha ha! Ini Luca Bear la! Dont mess with me!" tempiknya sambil berdiri.

ZAPPP! Sebutir peluru terbenam di dadanya. Luca tersentak. Panzerfaust 3 terlepas dari tangan.

Serentak dengan itu sebuah lagi kereta kebal muncul. Luca tidak memperdulikan kecederaannya. Dia mengangkat Panzerfaust namun,

ZAPPP! ZAPPP! ZAPPP! bertubi-tubi tembakan mengenai tubuhnya.

"Aku peduli apppaaaaa!" Jerit Luca sambil melancarkan tembakan ke arah kereta kebal itu. Namun tembakannya tersasar dan Luca jatuh terlentang.

Sarjan Hatta yang berada di sisi mengetap bibir. Dia bangun mengambil alih peranan Luca.

Kereta kebal itu namun sudah bersedia dengan sasarannya. Satu tembakan dilepaskan ke arah menara tempat Jayzuan melancarkan serangan dengan mesin-gannya. Menara itu meletup bersama-sama Jayzuan dan senjatanya.

Sarjan Hatta melepaskan tembakan ke arah kereta kebal tersebut. Hancur berkecai namun bayarannya adalah peluru-peluru bagai hujan singgah di tubuh Sarjan Hatta.

"ARGHHHHH!" prebet Anip menjerit. Dia sudah mengalami sindrom 'Dean Sham'. Dia pantas membuka semua pakaiannya lantas melompat keluar dari perlindungan. Sambil berbogel dia berlari ke arah musuh.

"Anippp!" jerit Amar Amir. Amar Amir pantas bangun untuk menyekat Anip. Namun malangnya sebutir peluru hingga di kakinya. Amar Amir jatuh. Sementara dalam keadaan bogel, prebet Anip terus mara ke arah musuh. Tapi tidak lama. Seketika kemudian terlihat sekujur tubuh tanpa pakaian terbaring hancur dimamah bedilan-bedilan musuh.

Saya pantas bangun dan berlari ke arah Amar Amir. Belum sempat saya mencapainya sebutir peluru hingga di dadanya. Saya menarik Amar Amir dan sempat lagi sebutir hingga di belakangnya. Saya membaringkan Amar Amir di tempat selamat. Mulutnya sudah mengeluarkan darah.

"Kau akan selamat Amar, rilek di sini..." ucap saya.

Amar Amir pantas memegang lengan saya, "Faz...Faz..."

"Kau akan bertemu dengan Fazleena nanti, jangan risau..." saya mendongak, "medikkkk!!!"

"Anak aku...Faz..." Amar Amir terhenti. Dia tidak bergerak lagi. Saya tergamam. Buat seketika saya menjadi bingung. seolah-olah tidak mengerti apa yang sedang berlaku. Hati saya bagaikan tidak percaya dengan apa yang berlaku di depan mata.

+++

Kuala Lipis

BROMMMM! Kilat sabung menyabung.

Fazleena pantas mengangkat si anak kecil yang menangis sejak dari tadi. Dibuai perlahan-lahan.

Adiknya Fariza berdiri di tepi pintu bilik memandangnya dengan wajah penuh kerisauan.

Fazleena memandang adiknya, yang masih erat memegang kalung panda itu.

Masing-masing tidak bersuara. Masing-masing tidak mahu dipermainkan oleh hati mereka.

+++

DANG!

Satu tembakan dilepaskan oleh Razaisyam Rashid. Dia tidak pernah miss. Setiap sasarannya pasti mau dengan satu petikan picu. Posisinya sangat strategik sehingga menyukarkan musuh untuk mengesannya.

Menerusi teropong senapangnya, dia mencari sasaran seterusnya. Dari teropong itu dia dapat melihat susuk tubuh seorang askar musuh, yang sedang terlentang dengan senapangnya, di halankan betul-betul ke arahnya.

"Fuck!" getus Razaisyam Rashid.

DANG!

Satu tembakan sahaja dan Razaisyam Rashid gugur.

Sementara itu Firdaus Abdillah menarik teman platunya, Rizal Gunx yang juga sudah nazak. Dia memeriksa senapangnya. Sudah kehabisan peluru.

"Pipi, aku tahu kau sayangkan Melly Goeslow (nama senapang Firdaus Abdillah)...tapi kau boleh gunakan senapang aku...aku rasa...aku dah..." Rizal Gunx tidak dapat menghabiskan kata-katanya.

Firdaus Abdillah mencampakkan Melly Goeslow dan mencapai senapang Rizal Gunx. Dengan gaya seorang yang amat handal, beliau berlari sambil melepaskan tembakan bertalu-talu.

Kubu tempat Ismail Othman juga teruk dibedil. Letupan demi letupan saling bersambungan. Ismail Othman juga tidak ketinggalan menghujankan peluru-pelurunya ke arah musuh.

Dia memerhatikan keadaan kubunya. Matanya meliar mencari anak buahnya yang masih hidup. Apa yang dapat dilihatnya hanya setiap tubuh tidak bernyawa orang yang dikenalinya. Seakan seperti sudah hampir semua anggota platun Arnab Liar sudah gugur.

Ismail Othman bergerak mencari ruang yang lebih sesuai untuk bertahan. Dia naik ke atas satu tingkat di kubunya. Namun dia terperangkap dengan api yang mula marak membakar kubunya. Ismail Othman cuba untuk melepaskan diri namun...

ARGHHHHHH!

Itulah jeritan terakhir Kapten Ismail Othman sebelum tewas sepertimana Jins Shamsuddin tewas di dalam Bukit Kepong.

"Woiiii!" jerit Firdaus Abdillah ke arah saya yang masih di sisi Amar Amir. "Dia dah tak ada, jangan buang masa lagi! Banyak lagi musuh kat depan untuk kita settlekan ni!"

Saya angguk. Senjata saya diangkat dan segera bergerak masuk ke dalam kubu di mana Firdaus Abdillah berlindung.

"Siapa lagi yang tinggal?" soal saya.

"Aku, engkau....Mael, itupun kalau dia boleh hidup balik. Luca, sama juga, kalau dia boleh hidup balik..."

"Okey, kita saja la?"

Firdaus Abdillah angguk.

"Kau dengar tu?" saya mendongak, memandang ke arah utara, di belakang kubu kami. Sayup-sayup kelihatan tentera Malaysia sedang bergerak ke arah kami. Bantuan sudah tiba!!!

"Apa jadah!" ucap Firdaus Abdillah, "Sempat lagi ni aku nak settlekan sekurang-kurangnya 1000 orang musuh!"

"Ha! Ha! Ha!" saya ketawa.

Firdaus Abdillah ikut ketawa. Namun kemudian ketawanya reda. Dia teringatkan empat orang anaknya.

"Aku harap, anak-anak aku tak hisap rokok bila besar nanti. Aku tak ada dah nak kasi penyepak kat diorang..." ujar Firdaus Abdillah perlahan.

"Tak punya," balas saya. "Anak hero Malaysia, mesti ramai yang akan tolong menjaganya,"

"Aku harap diorang kahwin dengan lelaki-lelaki yang elok-elok, sebab aku takkan ada untuk belasah lelaki-lelaki tu kalau diorang sakitkan anak-anak aku..."

"Kau boleh jadi hantu dan pergi cekik diorang..." balas saya sambil bangun melepaskan beberapa das tembakan dan kembali tunduk.

"Kau rasa anak-anak aku akan selalu ingat pada aku?" soal Firdaus Abdillah.

Saya angguk. "Mereka mesti! Mereka anak seorang wira negara, kalau mereka tak ingat pada kau, aku yang akan jadi hantu dan ingatkan mereka siapa ayah mereka!"

Firdaus Abdillah menepuk bahuku. Dia terpandang kalung panda di leher saya.

Saya mengusap kalung panda itu.

Saya pasti akan merindu si dia, yang telah menghadiahkan kalung panda ini. Terkilan kerana masa saya bersama si dia amat singkat. Terlalu singkat untuk saya memberikan segala kudrat saya untuk membahagiakan si dia.

"Tak mengapa, kau dan dia jumpa saja di syurga, di situ bercintalah kamu selama-lamanya sampai naik muak..." ucap Firdaus Abdillah.

Saya ketawa dan dia ikut ketawa.

"Dah bersedia nak settlekan?"

Saya angguk.

Kami bingkas bangun dan bertempik sambil senapang-senapang kami tidak henti-henti memuntahkan peluru.

Dan hujan peluru tangkas melanda kubu kami.

Dan bak kata orang putih... it feels so gooooooddd!

DIRGAHAYU NEGARAKU MALAYSIA YANG TERCINTA

TAMAT

fakta:

+perang tamat 1 tahun kemudian hasil rundingan cease-fire yang ditandatangani di Bangkok.

+Battle Of Sungai Buloh yang mengorbankan keseluruhan anggota Platun Arnab Liar menjadi 'turning point' kemaraan askar Malaysia mengusir penceroboh.

+ Sebuah memorial peringatan telah dibina di tapak peperangan memperingati peristiwa di bulan Ramadhan tersebut.

+ 20 tahun kemudian sebuah filem berdasarkan peristiwa tersebut dibikin dengan tajuk "Arnab Liar". Filem tersebut diceritakan dari perspektif anak-anak Firdaus Abdillah. Diarahkan oleh Maimun Waheeda, anak pengarah legenda, Bainun Waheeda.

+++

Ini adalah sebuah fiksyen. Namun Al-Fatihah untuk askar-askar Malaysia yang gugur di medan perang di alam nyata. Semoga korbannya mereka mendapat ganjaran syurga oleh tuhan.

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.