ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

buku

Ketika Panda Cinta menghabiskan pembacaan buku '28 HARI JURNAL ROCK N ROLL' karangan saya, maksud saya, Mohd Jayzuan, bertanyalah dia siapa Mohd Jayzuan ini.

Saya pada mulanya hendak memarahinya kerana tidak mengenali lelaki dari Ipoh, sebuah kota yang memang tahap bestnya tak dapat ditandingi oleh Kuala Lipis terutamanya Kampung Tempoyang itu.  Namun saya batalkan niat untuk memarahi dan merendahkan airmuka beliau kerana terfikir tahap pengetahuan beliau amat cetek kerana terlalu lama berkawan dengan arnab si peniup seruling.

Maka dengan panjang lebar dan bersemangat saya menerangkan perihal Mohd Jayzuan, dari zaman kugirannya Free Love sampailah ke penerbitan album bunyi-bunyian yang memuatkan lagu gadis TNB eleltrik dan sehinggalah lagu terbaru 'LELAKI JAZZ POP'.

Panda Cinta dengan penuh terpinga-pinga mendengar kisah hidup lelaki ini, yang mempunyai semangat juang mengalahkan Firdaus Abdillah dari Primary. Ini kerana Firdaus abdillah amat resah sekali untuk memulakan perjalanan seorang diri dari Ipoh ke pantai timur membawa ke Selatan dan ke utara Malaysia, seperti Mohd Jayzuan ini. Ini kerana Firdaus Abdillah itu, disebalik persona punk rock beliau, amatlah fragile bila berjauhan dengan kampungnya dan mudah menangis di malam hari. Ini dibuktikan semasa trip ke Bali bersama saya walhal trip itu cuma empat hari.

Berbalik kepada buku tulisan saya, errr Mohd Jayzuan ini, Sang Fruit Freud Press amatlah bijak mengambil peluang atas kegelisahan Mohd Jayzuan untuk menerbitkan anekdot-anekdot sepinya sepanjang 28 hari terpisah dari keluarga tersayang walaupun sebenarnya pada zaman facebook ini, berjauhan itu satu understatement kerana walaupun jauh, kita didekatkan dengan hati yang cinta.

Maafkan saya kerana terserong dari topik asal.

Membaca buku ini umpama membaca karya agung Nazri M. Annuar. Ini kerana kedua-duanya berasal dari Ipoh, yang mana tahap kegemilangannya melebih-lebih dari Kuala Lipis. Selain mempunyai barisan disko yang dum dam dum dam, Ipoh juga bertuah kerana mempunyai Mohd Jayzuan dan Nazri M. Annuar.

Cukuplah saya mengganggu sensitivi pembaca yang terasa payah dengan riak takbur saya. Moga-moga para pembaca mendoakan saya agar segera insaf dan pergi menunaikan Umrah.

28 Hari Jurnal rok n roll ini disusun (agaknya) mengikut kronologi perjalanan Mohd Jayzuan. Berbekalkan beberapa ringgit, gitar dan keping-keping album bunyi-bunyiannya, Mohd Jayzuan melakukan apa yang Firdaus abdillah tidak mampu lakukan, yakni menulis dan menghasilkan buku setelah usai mengembara.

Setiap persinggahannya penuh dengan karakter yang warna-warni. Secara peribadi saya amat menggemari catatannya di Ipoh kerana, iyalah, sebuah bandar yang terbaik. Ini boleh dibezakan dengan Johor Bahru yang tidak mempunyai catatannya di dalam buku ini selain raung Mohd Jayzuan. Saya amat pasti faktor utamanya kerana kehadiran lelaki jawa yang mengubah namanya menjadi nama porn-star yakni Ricky. Semoga Ricky beroleh hidayah dan menunaikan umrah.

Seperkara yang saya suka tentang catatan jurnal Firdaus abdillah errr, Mohd Jayzuan ini kerana beliau mengangkat manusia, perkara dan tempat yang dekat di hati kita (maksudnya saya, orang lain saya tak tahu). Saya tidak mahu tahu tentang lokasi pelancongan di Kuala Terengganu sebaliknya saya kini tahu kisah kedai bundle di situ. Terima kasih Mohd Jayzuan. Apa yang anda lakukan tidak mungkin dapat Firdaus Abdillah lakukan kerana beliau terlalu asyik dengan kerja-kerjanya sebagai pegawai propaganda Korea Utara.

28 Hari Jurnal Rock N RoLL bukan sekadar buku tentang perjalanan Mohd Jayzuan. Ia sebuah cermin kehidupan penulisnya. Pandangannya terhadap kesusahan hidup, tentang cabaran bercinta dan tentang nilai-nilai persahabatan. Pada hemat saya segala catatannya hasil curahan jujur dari hatinya. Melainkan Mohd Jayzuan sebenarnya tidak pernah pergi mengembara pun dan menulis berdasarkan catatan wikipedia. Namun saya yakin tidak kerana beliau lelaki dari Ipoh, sebuah kota yang melahirkan manusia jujur seperti saya.

Buku ini sebenarnya amat penting sebagai satu dokumentasi sejarah Malaysia. Iyalah, kalau nak harap nama Abdullah Jones termasuk dalam buku teks sejarah untuk pelajar sekolah menengah memang jangan haraplah melainkan beliau suatu hari nanti melaksanakan projek melukis mural seluruh bangunan KLCC. Itupun saya syak nama beliau tidak akan dimasukkan lantaran kurangnya nilai 1Malaysia di situ.

Pointnya, cerita dan segala hal ehwal yang ditulis oleh Mohd Jayzuan sebenarnya penting untuk generasi cucu saya (yang merupakan anak kepada anak saya hasil perkahwinan saya dengan wanita Perancis). Amat malanglah cucu saya jika hanya tahu sejarah menerusi buku teks sekolah yang sudahlah gaya bahasanya tidak mesra orang muda, maklumatnya pula digarap mengikut selera siapa Perdana Menteri ketika itu.

lantas, peri pentingnya buku ini sebagai satu alat dokumentasi menjadikan sesiapa yang belum membelinya, MESTI membelinya dan sesiapa yang sudah membelinya, MESTI membaca dan jadikan buku ini sebagai buku bacaan untuk anak anda semasa hendak menidurkannya. Boleh juga jadikan buku bacaan untuk menidurkan isteri anda, tapi kalau saya, buat apa saya nak kagumkan isteri saya dengan penulisan Mohd Jayzuan, nanti takut isteri saya terjatuh cinta dengan mainan bahasa Mohd Jayzuan lantas meninggalkan saya. Terpaksalah pula saya menulis sajak dan menulis novel kerana terlalu sedih ditinggalkan bini.

Semoga Mohd Jayzuan akan terus berjaya sebagai seorang pejuang seni. Saya mengangkat tabik atas sifat berani beliau untuk menjadi diri sendiri selain berani juga untuk berkawan dengan saya yang suatu hari nanti bakal menjadi legend.

28 Hari Jurnal Rock N Roll adalah 'must buy' untuk sesiapa yang mahu tahu apa itu kehidupan susah seorang seni. Kali ini dalam bentuk entiti bernama Mohd Jayzuan.

Saya akhiri ulasan ini dengan laungan 'Ipoh rok!'.

Blog Jayzuan: http://mohdjayzuan.blogspot.com/

Pertanyaan dan order: http://mohdjayzuan.blogspot.com/2010/05/cara-cara-untuk-pre-order-buku.html

5 Responses to “28 EKOR PANDA ROCK N ROLL (EDISI REVIU BUKU)”

  • Ingat pesan orang tua?

  • Default avatar Sufian says:

    Saya, selaku penerbit, ingin mengucapkan terima kasih kepada penulis mainstream, sdr Nazri M Annuar kerana sudi membuat ulasan buku penulis picisan seperti Mohd Jayzuan. Tapi saya kesal, kenapa nama saya, selaku penerbit yang sangat gkam dan vass de vogue, tidak ditulis di mana-mana artikel dalam font besar dan di kelilingi oleh warna-werna neon pelangi.

  • Default avatar rj says:

    percaya kepada Panda, dorang tak bersenggama.

  • Default avatar Si Aizuddin says:

    Gua ingat saudara Shukor yang menulis buku ini. Hehe

Leave a Reply

Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar

You can add images to your comment by clicking here.

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.