Dalam dunia black and white ini, pemanduan menjadi suatu yang agak sukar ketika hendak menyeberang traffic light.
Manalah kami nak tahu yang warna lampu trafik ketika itu adalah merah.
GEDEGAS, kereta buatan tahun 1950-an kami dilanggar oleh sebuah lagi kereta buatan 1950-an. Mujurlah era ini tauke-tauke kereta tidak berlumba-lumba untuk menghasilkan kereta bertop speed lantaran kaum Azman bert-shirt kolar naik ala Cantona dengan nombor di lengan dan gadis Ampang yang mekapnya tebal 2 inci dan walaupun cantik, tapi bengap nak mampus belum dilahirkan.
Kecuali Pipiyapong. Yang kombo kesemuanya, bengap dan slow.
Mujur kerosakan yang dialami tidak mengundang kehilangan jiwa.
Mungkin sedikit, tapi itu kerana...ahhh, lupakan kisah lama.
Lelaki yang memandu kereta keluar, makwenya masih dalam kereta, wajahnya trauma.
"Buta ke?" jerkah lelaki itu.
Sepantas kilat saya dan Pipiyapong mengenali lelaki itu. Itulah Amar Amer, model sambilan yang namanya kini meniti bibir pereka fesyen Milan, Paris dan Selandia Baru. Pastinya wanita yang sedang dalam keadaan terkejut di dalam kereta itu adalah Fazlinski, pelakon teater Broadway yang juga meniti bibir peminat teater dan merangkap isteri Amar Amer, model sambilan.
Amar Amer mula nak tunjuk hero depan bini. Dikeluarnya cangkul dari bonet belakang.
Saya lihat Pipiyapong mula pasang kuda-kuda. Entah kuda-kuda apa yang hendak dipasangnya, saya kurang pasti, apa ke gila nak tangkis cangkul dengan kuda-kuda? Lainlah kalau dia mempunyai ilmun kuda-kuda Troy, besar sikit hikmatnya.
"Berhenti..." satu suara tiba-tiba mencelah dalam kegawatan itu.
Kami semua berpaling, kecuali Pipiyapong yang masih memasang kuda-kuda, agaknya pantang dalam keadaan berkuda-kuda untuk menoleh.
Sesusuk tubuh dengan jaket labuh ala trench-coat melangkah perlahan. Sebatang curut tersemat di bibirnya. Kelihatan beberapa lelaki mengikutnya dari belakang. Saya kenal lelaki itu, ketua gangster kawasan ini, anak buah kepada seorang Don yang paling berkuasa di ibukota.
"Nah..." lelaki itu mencampakkan satu sampul, yang saya kira berisi wang. "Cukup untuk kau gantikan keretamu dan rawat isterimu."
Amar Amer yang tadinya menyinga mula mengucing. Dia mengambil sampul itu, memberi angguk hormat dan beredar. Fazlinski masih di dalam kereta. Ketika kereta itu beredar sempat juga saya menjeling ke arah Fazlinski dan wanita itu membalas jelingan saya.
Lelaki itu berdiri di depan saya dan Pipiyapong yang masih dalam keadaan berkuda-kuda.
"Kenapa dengan dia?" soal lelaki itu.
"Entah," jawab saya. "Ini kali pertama aku tengok dia begitu,"
"Don mahu jumpa kamu berdua..."
Saya meneguk liur.
Lelaki itu, Encik Hatta adalah orang yang paling dipercayai Don Kumprinx.
"Katanya, kamu mencari seorang lelaki, dan lelaki itu adalah anak buah Don. Don mahu tahu kenapa kamu mencarinya..."
Saya kaget. Pipiyapong yang masih dalam keadaan berkuda-kuda juga kaget.
Celaka, aku tampar jugak karang orang berkuda-kuda ni.

hahaha...
kalau jadi filem, ini tentu filem yang bagus.
bukukan aje dulu untuk test market.
ahahhaa..lawak baca carita neyh.megujakan..nak lagi..nak lagi..
azman dan gadis ampang...
haha..teringat tafsiran melayu minimalis dulu.kelakar.
kih kih kih
kalau nk dibukukan..sila tukar nama pipiyapong, tak art.
ha-ha.
first time gua baca sambil gelak besar.
Kuda-kuda, tak bleh blah!
Kaum Azman berT-shirt kolar naik ala Cantonadengan nombor di lengan & gadis Ampang yg mekapnya tebal dua inci dan walaupun cantik,tapi bengap nak mampus belum dilahirkan...ayat tak hengat dunia.Bak kata sinaganaga.Tahap dewa.
Baru terbaca dalam akhbar harian...buku karipap kamu akan difilemkan...tahniah la ya....cuma pelakon lelaki yang jadi Ali tu macam tak sesuai sangat arr....
entahlah mengapa saya terbayangkan pipiyapong itu berkaki kuda. juga berekor kuda. tetapi tiada sama dengan sentaur pula.
eh eh... xbek la men tampar2 ni.. kahkah
ok gak citer n9ieh..sambung ar lgi..
ahhhhh terbaik la ending kau. lawak gilaaaa ending. syabbashh inspektor sahab.
hahahaaa..
adessss, sakit pewot gelak dgn kerenah pipiyapong tak habis2 berkuda sampailah tamat cerita!
pipiyapong, kamu sangat kelaakar lah