cerita tentang dunia, yang cuma ada saya…dan kamu.

AKU HIDUP DALAM NOIR

Ruang dalam pub itu suram. Namun ramai pengunjung. Masing-masing terpaku mendengar alunan lunak suara Beeha, penyanyi muda dengan iringan orkes Jazz.

Saya duduk di satu sudut yang agak gelap, dengan topi Dick Tracy. Pipiyapong duduk di sebelah saya, juga dengan topi Dick Tracy tapi terlekat lencana "The Cure".

Dunia kami hitam putih.

Kenapa kami berada di pub ini?

Semuanya gara-gara kedatangan seorang femme fatale di pejabat kami di Ukay Perdana lapan jam yang lalu. Kedatangan yang tidak disangka-sangka.

Beeha usai menyanyi. Selepas mendapat tepukan gemuruh, dia turun dari pentas dan pergi mendapatkan kami.

"Ada lighter?" tanya Beeha sambil rokok sudah berada di bibirnya.

Sebagai lelaki yang gentleman, saya mengeluarkan lighter dan menyalakan rokoknya.

"Terima kasih," ucap Beeha sambil menghembuskan asap pertama.

Saya angguk kosong.

"Masih belum dapat melupakan dia?" soal Beeha.

"Siapa?" soal saya.

"Awak tahu siapa yang saya maksudkan," balas Beeha. Pipiyapong tidak mahu masuk campur. Dia mengangkat tangan memesan satu lagi ribena laici.

Saya angguk faham. Terbayang wajah yang dimaksudkan oleh Beeha.

"Menjelang episod ketiga cerita ini pasti saya akan dapat melupakan dia," ujar saya. "Kerana setiap cerita mestilah datang dengan heroin yang baru. Dia sudah menjadi heroin untuk cerita entri semalam,"

Beeha angguk.

Pipiyapong memandang kami. Dia mengeluarkan sekeping gambar. Diserahkan kepada Beeha.

"Kami mencari lelaki ini, dari maklumat yang kami dapat, Beeha tahu di mana dia bersembunyi," Pipiyapong bersuara.

"Setiap maklumat datang dengan harganya," Beeha tersenyum.

"Berapa harganya?" soal saya.

Beeha bangun. Dia mendekatkan mulutnya ke telinga saya dan bersuara, "harganya hanya awak yang tahu...suatu hari nanti," dan dia pun berlalu.

Saya memandang Pipiyapong yang sudah menggosok kepalanya.

Malam semakin larut dan irama Jazz berkumandang semula.

Perjalanan kami berdua juga, baru hendak bermula...

7 Responses to “AKU HIDUP DALAM NOIR”

  1. macam gampanggg...

  2. Lucius Maximus Says:
    July 22nd, 2010 at 8:39 am

    *** This is a whisper message for nazri! ***

  3. ***This is a whisper message for nazri!***

  4. Woi, macam cerita transporter dah.

  5. dah disamakan dgn transporter. kira noir ni ada tempias luc besson. pening aku. hahaha

  6. Gila apa?Sejak bila pipi hangat bercinta???Ops...err...sejak bila pp tak minum teh tarik kalau hisap rokok (suria)? Ke dia beli rokok dunhill semata mata mahu kelihatan elegan di jazz club?

  7. pehhh..ni klise jenis ape nih

Leave a Reply