Saya mulakan entri ini dengan statement: Puasa di bulan Ramadhan adalah ibadah yang paling senang sekali dalam banyak-banyak ibadah yang disuruh tuhan. Sekurang-kurangnya untuk diri saya, orang lain, untuk saya tak tau, ini blog saya dan saya tak ada rancangan hendak cerita tentang orang lain kali ini.
Okey, bukanlah statement di atas berniat menunjuk bagus, juga tidak untuk berpolemik dan harus faham - saya memberikan statement peribadi, jika yang lebih arif terperasan saya memberikan salah tafsiran, boleh sahaja betulkan di ruangan komen.
Terpanggil membuat entri ini bila sejurus sebelum puasa hari itu saya di stereotaip oleh Sinaga-naga sebagai culas berpuasa hingga keluar dari mulutnya "cuba-cubalah bawak berpuasa".
Saya separuh terkejut namun tidaklah juga marah. Saya faham stereotaip itu memandangkan sahsiah akhlak saya yang ramai kenali menjuruskan lahirnya stereotaip tersebut. Lagipun bukanlah kali pertama saya distereotaip oleh orang-orang sekeliling saya. Tambah-tambah hal percintaan saya. Ramai yang lebih faham tentang diri saya berbanding saya sendiri, Hebat mereka-mereka ni.
Namun hasil; stereotaip itu juga mencetus sesuatu yang saya tidak perasan sebelum ini.Ya, Dalam banyak-banyak ibadah, secara peribadi, berpuasa merupakan kejayaan gemilang saya dalam menjadi seorang muslim (ya, tertakluk jua samada amalan itu diterima, tapi itu cerita lain kan? Yang penting pelaksanaan sudah dijayakan). Malah rekod berpuasa saya jauh gemilang meninggalkan amalan lain termasuk....ehem, yang lima waktu itu.
Dan secara peribadi, saya tidak terasa beban langsung dengan berpuasa ini.
Dan sekali lagi saya ingatkan, statement saya bukan hendak membangkitkan riak.
Kenapa?
Mungkin salah satu faktor datangnya kerana saya datang dari latar yang miskin, di mana mungkin tidaklah sampai kebulur seperti orang Afrika tapi tidak juga kenyang seperti anak raja.
Zaman sekolah membawa ke Universiti, tidak makan itu sudah dilatih dek kerana miskinnya saya. Saya masih ingat di mana saya pernah tidak menjamah hatta sekeping biskutpun dalam jangka waktu 2 hari. Untuk saya lamalah tu. Kalau ada teman yang lebih lama tak makan hatta sekeping biskutpun lebih dari 2 hari, saya berikan simpati. Anda miskin.
Okey, itu bab makan dan minum. Makanya menahan dari perkara-perkara yang membatalkan puasa yang lain saya turut harungi dengan jayanya. Come on, takkanlah lemah sangat daya tahan diri menonton porno kot? Bab menonton buah dada wanita, itu juga saya kira agak enteng memandangkan ramai wanita juga lebih terjaga adabnya tatkala Ramadhan.
Satu method saya suatu ketika dahulu ialah dengan menyibukkan diri bekerja. Masuk pejabat di waktu pagi, terus sibukkan diri dan...zasss, sudah petang dan hendak pulang untuk ke bazaar ramadhan. Ulang method tersebut sebanyak 24 hari. Settle.
Cabaran puasa saya datangnya dari nikotin. Peh, cabaran itu lebih besar dari makan dan minum. Sejauh mana besarnya pengaruh nikotin terhadap diri saya?
Beginilah, pada satu hari di zaman belajar saya, saya lapar dan seorang rakan bersimpati dengan memberikan RM5. Saya tak beli nasi sebaliknya beli sekotak nikotin.
Seperti yang sudah dijelaskan di atas, bukanlah hendak meninggi-ninggikan diri kerna saya tahu puasa saya jauh dari sempurna dari kalian yang lain, tapi sekadar berkongsi rasa dan membuat perbandingan peribadi.
Jadi selamat berpuasa, ya, puasa bukan sekadar menahan makan dan minum yadda yadda yadda...
Hmmm, mana kueh pau dan air ribena tadi? Kehkehkeh...

Kalau puasa ni senang bagi lu, makanya nafsu lu tak berapa nak solid, makanya bagus lah tu.
Pak Kordi - puasa senang, kejahatan yang lain, err...tak tentu lagi. So matematiknya tak sesenang itu.
Tapi aku tak sesempurna blogger2 seantero malaya lain.
Slm Ramadhan!
Pernah juga mengalami situasi "Anda Miskin"
syukur kini.
porno memang tak tertahan...
sekotak nikotin juga paling tak tertahan,
bau asap surya membangkitkan rasa jiwa......
Respek. Berani kerna benar.
lantaklah sapa nak kata riak.
kenal diri, kenal tuhan beb!
bulan puasa ni nafsu nikotin aku makin berkurang.tapi jantung rasa macam ada gegar sikit.jadi risau terus.
betul.. kalau puasa saya juga cemerlang berbanding perkara yang lain seperti anda...
adoi.. insafi kelemahan dia.
Ya. Itulah sesuatu yang amat mak banggakan dalam diri anak mak sorang ni. Mak percaya walaupun 5 waktu itu amat susah dilakukan tetapi hari jumaat amat jarang dilupakan. Sebab itu Allah masih mengasihimu dan hargailah kasih sayangnya seperti mana mak mengasihimu
yup kalo setakat menahan dari makan dan minum, yezza memg mudah bai, tambah lg skang ni masa grak laju semacam jer,sbab tu ade org anggap yg bulan ni bulan bonus tp yg penting pengisian die, oleh itu sile2 lah sambung "odesi cinta keempat" sayang cter tu tergantung lame sangt .....heh
Hidup ni dikira berjaya kalau dapat restu dan berkat dari ibu anda. Syabas. Anda ke sekolah hari ni.
masih teringat insiden tuang sos cili atas meja di Restoran Belanga Sek. 7, gara-gara tukang masaknya slow gila. hahaha!
Puasa itu ada tiga maqam.
1) Maqam puasa awam
2) Maqam puasa khusus
3) Maqam puasa khusus-ul-khusus