ARKIB

FAVOURITE + AMBIL HATI

Ah, bila angin putus cinta mula merinduiku, dia datang menyapa. Dia say hai.

Mula-mula seperti tidak mahu tulis di sini. Tapi ramai sudah tahu saya suka menulis tentang saya putus cinta. Mulanya mahu merahsiakan, tapi bukan pertama kali sinaganaga gelakkan saya. Tadah sahaja. Lagipun kalau saya tidak putus cinta pun dia akan gelakkan saya juga. Hehe.

Sedih itu iya, setiap kali berlaku, setiap kali bagai hati disiat-siat.

Memang terasa seperti hendak tutup facebook, hendak tutup blog.

Tapi nanti,

Apa ke hal saya nak buat benda-benda itu semua? Ini bukan kali pertama. Ini kali kelapan. Takkan lapan kali nak tutup blog. Penat juga nak register domain semua.

Lagipun track record saya masih bersih, saya tetap pernah memiliki yang lebih baik dari sebelumnya.

Maka saya tertunggu-tunggu si nombor sembilan, yang saya tahu akan lebih baik dari nombor lapan.

Bring it on.

We will continue on our usual programme dan masih terus dengan aktiviti mengusha facebook. Memandangkan saya sudah single kembali, maka aktiviti mengayat akan saya teruskan. Patah hati ini dah umpama makan nasi.

Lagipun saya nak kalahkah rekod sinaganaga. Dia kata masa dia frust, dia berjaya kumpul RM50k. Ha, inilah masanya, saya mahu kalahkan angka sinaganaga. Amacam? Gerek? Kalau ikut prestasi job yang menunggu, macam boleh capai.

Saya yakin sangat-sangat si nombor sembilan ini yang paling terakhir. Ikut teori konspirasi, 9 tu ada kaitan dengan 3. 3x3 = 9. Haaaa, 3 tu kan nombor besar dalam sejarah peradaban manusia. Hehehe. Lagipun TV9 menayangkan Spongebob, kartun kegemaran saya. Juga temuramah pendek saya baru keluar TV9 sabtu lepas.

Dialu-alukan juga untuk sesiapa mengorat saya. Takde masa nak rebound atau berkabung. Bukannya mati bini, makwe lari saja. Juga tak ada  nak kata 'aku serik bercinta'. Apa yang nak serik? Bercinta itu hebat rasanya. Berhari-hari rasa bahagia. Putus cinta sedih dua tiga hari saja. Jadi tidak, saya tidak serik. Tapi sudah tentu dalam menunggu kehadiran si nombor sembilan, saya akan teruskan dengan acara solo saya. Ini termasuklah kegiatan menghasut pipiyapong agar menyertai kelab tarian shuffle.

Kepada kawan-kawan dan pembaca sekalian, terima kasih atas doa kalian tempohari. Meskipun usaha kita gagal, tapi sudah tentu tuhan punya rencananya sendiri yang lebih mengetahui faedahnya untuk saya di masa depan. Terima kasih dan saya amat menghargainya.

Untuk si nombor sembilan, dia perlu ikut plan saya. Saya nak ke Jerman jual gambar dalam tahun ini (ikut nasihat Dr. Ibrahim), maka kalau baru kenal 3 hari, mungkin dengan gilanya saya ajak dia kahwin dan pergi Jerman sama-sama. Dia boleh buka kelas memasak atau buat apa-apa di sana. Ya makwe-makwe sekalian, bersiap-sedia, kali ini, kalau saya syok pada anda, saya tak cakap nak jadikan anda girlfriend, saya ajak kahwin terus. Kita sama-sama hidup susah di Jerman nanti. Sudah syok, kahwin sajalah, apa lagi nak tunggu-tunggu? Bukannya saya ajak buat benda jahat.

dan si nombor sembilan perlu terima kekurangan dan salah silap saya.

InsyaAllah.

9 Responses to “ENTRI PUTUS CINTA (LAGI) – EKEKEKE”

  • kalau niat nak mengajak kahwin lekas dapat InsyaAllah

  • Default avatar nazri says:

    saya akan kahwin, itu saya yakin.

    Cuma saya belum bertemu dengan orang yang yakin untuk kahwin dengan saya.

    Tapi saya akan ketemu juga, itu juga saya yakin.

    wohoho.

  • ayat terakhir, perenggan terakhir buat gua rasa macam kena jentik dalam kepala la Der.

  • Default avatar sinaganaga says:

    Pertamanya, aku mahu ketawa dahulu, HA HA HA HA HA!

    Tapi, gua rasa, pengalaman sudah mendewasakan lu. Sejak zaman 'nak minum klorok' sehingga zaman 'putus cinta sedey dua tiga hari sahaja' - kau sudah layak dapat ijazah dalam pengajian ini. Hoh!

    Frust-frust ni tak ada dalam kamus hidup kita, John! Lu kerja. Cari wang berjuta. Cuba lu bayang, kalau lu ada 50k, lu bubuh dalam ASB, biar dia duduk diam2 dalam 1 tahun, genap hol - lu boleh dapat plus minus RM4K wo, kalau lu tak kuarkan itu RM4K - lagi satu tahun lu boleh dapat dalam RM4.5 wo. Sekarang - duit lu sudah jadi RM58.5K. See, lu nampak tak perjalanan duit tu utk jadi RM100K?

    Kalu ada lagi 10 20K - simpan dalam Bank Rakyat pulak! Bank Rakyat punya % dasyat wo!

    Perghhhhh!

  • Default avatar Mieraaj says:

    wow,jerman!nk ikt!

  • Default avatar nazri says:

    rembo - perenggan terakhir ayat terakhir - InsyaAllah tu ke?

    naga - HA! HA! HA!, komen kau mengurangkan sehari sedih aku. Thank you.

    mieraaj - jom.

  • Default avatar bb says:

    Bukan 9.

    15 la.

  • Default avatar nazri says:

    to BB,

    Elyana, Nasha Aziz, Selma Blair, Irene Santiago, Audrey Tautou dan Sofea Jane tak kira beb. Itu sekadar skandal selebriti.

    So stick to no.9 la.

    Kalau nak campur nama-nama di atas, okey, so sekarang sudah ada 14 orang ex la.

  • Default avatar corey says:

    Kira ok la boleh sampai lapan.Market baik dah tu.Yang penting lu yakin.Cukup. Heh..

Leave a Reply

Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar Custom avatar

You can add images to your comment by clicking here.

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com Blog Protected Using Content Protecter By PcDrome.