Firdaus Abdillah adalah pemuda harapan kampung Tempoyang. Orangnya belajar sampai Universiti. Tinggal di kampung mengusahakan ladang ayahnya. Tak pernah miss ke surau. Pada usia 25 tahun, dia sudah menunaikan ibadah haji lantas digelar Haji muda.
Tapi ada satu perangai Haji Firdaus Abdillah yang kurang disenangi kawan-kawan dan orang kampung. Perangai suka menghabiskan ayat dengan perkataan "Cewaaahhh"
++
"Cewaaahhhh Amin, pergi dating ke?" soal Haji Firdaus Abdillah.
"Ha ah," jawab Amin
"cewaaahhhh, bila nak kahwin?"
+++
"Pipi, tolong aboh angkat buah-buah kat dusun tu," arah ayah Firdaus.
"Cewaaaahhhh, dah berbuah ladang kita,"
+++
"Aji, cendol satu, cewaahhhhh!!!" laung Haji Firdaus di kedai cendol di pekan.
"Ko boleh tak berhenti?" marah Amar Amir, temannya.
"Cewaaahhhh, marah ke?" balas Haji Firdaus Abdillah.
+++
"Kenapa lambat?" soal Suzianatul Rasyidah (bukan nama sebenar), tunang Haji Firdaus Abdillah ketika lelaki itu tiba di depan pintu rumah.
"Cewaahhhh, itu pun nak merajuk?" ketawa Haji Firdaus Abdillah.
"Dah la sampai lambat, lepas tu bercewaahhh cewaahhhh pulak!"
"Cewaaahhhh, selalu marah cepat tua!" Haji Firdaus Abdillah tersenyum.
"Malas la nak keluar!" Suzianatul Rasyidah menutup pintu rumah.
"Cewaaahhhh, merujuk!"
+++
"Bawak-bawak berubah Haji Firdaus," ujar Imam Ismail Othman, seorang imam muda di kampung itu ketika sesi makan cendol di kedai Aji. "Orang kampung dah banyak mengadu"
"Ada berdosa ke? Cewaaahhhh," balas Haji Firdaus Abdillah.
"Berdosa tu idaklah, tapi tak baiklah jugak," balas Imam Ismail Othman.
"Cewaaahhhh, macam salahnya sama seperti aku mencuri pulak?"
"Idaklah sampai ke situ, cuma kita ni hidup bermasyarakat Pi, kena jugak sensitif dengan hati orang lain," nasihat Imam Ismail Othman.
"Cewaahhhh, gaya macam aku ni jahat,"
"Kadang-kadang aku sendiri pun rasa annoying dengan cewaahhh ko tu Pi," ujar Imam Ismail Othman lembut.
"cewaaahhh, ber-B-I imam muda kita, ingatkan tahu Bahasa Arab je,"
"Ko ni Pi, macam nak melampaui batas je tu, Apa imam tak boleh belajar BI ke?"
"Mana tahu, asyik ber-Al-Fatihah je, kot lupa nak ber-yes no, cewaahhhh,"
Imam muda Ismail Othman yang penyabar cuma diam mendengar kata-kata Haji Firdaus Abdillah. Dia tidak mahu menambahkan keruh. Sudah jelas Haji Firdaus Abdillah ini keras hatinya.
+++
Satu hari, seperti biasa, Imam Ismail Othman (imam muda) mengetuai jemaah solat Isya'. Seperti biasa juga Haji Firdaus Abdillah berada di saf pertama, di belakang imam Ismail Othman.
Tatkala usai Imam membaca Al-Fatihah, jemaah bersama-sama mengucapkan,
"Aminnnnnn..."
Tapi di celah-celah Amin itu, terdengar satu suara mengucapkan sebaliknya,
"Cewaaahhhh..."
+++
Sampai sekarang orang kampung tak percaya alasan Haji Firdaus bila dia katakan yang dia tidak sedar mulutnya mengucapkan "Cewaaahhhh", bukannya lafaz 'Amin' ketika mengaminkan Al-Fatihah si Imam.
Orang kampung sepakat mengatakan Haji Firdaus memang berniat nak bermain-main waktu solat. Dia tidak dipandang seperti dahulu lagi.
Ada yang mengatakan, itu balasan tuhan kerana memainkan Imam.
Wallahualam.

pipi kena lagi.
cewaaaaaaahhh....
hahahahahaaaa!!! kena bahan je manjang abang pipi ni!! cewaaaaahh!!
kesian pulak aku kat hj pipi...
ni dah sampai jadi entri ni, menyampoh benar ni lagaknya...
elok sangat dah bagi penampor. rimas jugak aku dengan cewah nya.haha
kau kena mintak maaf kat pipi raya ni naz!. cheeewaaahhh!
ade je mode
Bahahahaha...
Cewaaah berdosa ke?
Mati la Pipi kene bahan raya ni.
waaaahahhahahahahahhaha!!!!!
hahahahaha. kelaka siot
Vovin ada soft spot pada Pipi sungguh. Dulu Sepi Seorang Abdillah. Sekarang entri khas untuk Pipi. Cewwwah!
Nampaknya lu dengan pipi solat berjemaah di masjid yang sama (kalau tidak mana lu nak dengar ceewah terselit dalam amin?)
cewaaaahhh tubdia blajar masa naik haji ke apa..
Cewaahh..sampai ke solat pun nak bercewah. kelakar-nya.
adoi laaa.... adoi laa... yang ni sumpah kelakar... tergelak2 sambil baca ni... cewaaahhhh....! hahaiii...!
aku syak haji pipi ada ADHD masa dia kecik-kecik.
chewaaahhhhh... mantap kelakarnye