HIKAYAT PELAYARAN USMANOV II: FASA 3
Previously on Hikayat Pelayaran Usmanov:
- Istana Dewa Cinta diserang lelaki misteri.
- Ada dalang yang telah menimbulkan kekacauan cinta, menyebabkan cupid dipenjara dan seluruh pari-pari kecuali seekor telah menjadi jahat.
- Usmanov, perantis kepada si pendeta ditugaskan mencari Panda Cinta.
- Bersama si hero, yakni 'saya', mereka bertemu Panda Cinta namun segala-galanya terlambat tatkala Panda Cinta dihapuskan oleh roh kebencian.
- Jenderal Sindiket Sol-Jah menghantar ahli-ahlinya ke serata alam untuk mencari dalang kekacauan. Pipiyapong telah menjadi pengkhianat.
- Kapal Usmanov telah diserang tetapi nyawa hero dan rakan-rakan diselamatkan oleh Farah Waheeda, Grand Duchess Of Fear Of Commitment (FOC).
- Dean Sham dan Op, dua perwira Sindiket Sol-Jah diserang hendap ketika mereka mengintip gerakan Dingin, salah seorang dalang cinta yang jahat.
- Hero dan rakan-rakan dengan bantuan Leo, kucing terbang gergasi milik Farah Waheeda pergi mencari Maria, dewi sembilan cahaya.
Dan cerita bersambung....
+++
1-
Istana Dewa cinta yang kini didiami oleh dingin suram sahaja. Ini kerana hari sudah hampir malam. Kalau tengah hari mungkin tidak suram akibat panas terik. Dia masih berteleku, di atas tahta, memandag skrin.
Datang sesusuk tubuh berjalan perlahan-lahan ke arahnya.
"Kenapa kau biarkan dua sindiket sol-jah itu melepaskan diri?" soal lelaki misteri itu.
"Aku tak biarkan," ujar Dingin. "Memang aku hendak tangkap mereka, namun ada penyelamat yang datang..."
Lelaki misteri itu tersenyum. "Adakah itu sebabnya wajah kau murung?"
"Tak," jawab Dingin. "Wajah aku memang secara azalinya begini. Cuma ya, aku memang sedikit murung kerana tersalah makan. Aku tak makan pedas. Entah kenapa aku boleh suruh tukang masak sediakan nasi goreng cili padi..."
Lelaki misteri itu angguk. "Sudahkah kau menerima khabar bahawa Grand Duchess FOC telah menyerahkan kepada Usmanov peta tempat diamnya Maria, Dewi Sembilan Cahaya?"
Dingin angguk.
"Grand Duchess FOC mesti dihapuskan..." lelaki misteri itu bersuara sambil terus tersenyum.
"Agak sukar..." balas Dingin, "...untuk menghapuskan Grand Duchess kerana kuasanya amat hebat di dalam cerita ini. Pertamanya kau harus ingat gelaran lainnya yakni Cik Ahli Sihir yang Nakal. Kuasa kenakalan sihirnya memang tak tertanggung. Juga, dia adalah heroin kedua selepas Maria Dewi Sembilan Cahaya. Kau fikir penulis cerita ini akan membenarkan kau senang-senang menghapuskannya?"
Lelaki misteri itu angguk, "Aku memimpin angkatan pari-pari Benci sekarang, tak salah mencuba bukan?"
Dingin angguk. "Silakan...silakan..."
2-
Saya memerhatikan peta yang dipegang oleh Usmanov. Usmanov nampak keliru.
"Jadi?" soal saya?
Usmanov tidak menjawab.
"Mengaku sajalah kau sudah salah baca peta," ujar arnab.
"Kalau kau tak mahu kena pijak, lebih baik diam," Usmanov memberi amaran.
"Bring it on man! Ingat gua takut? Bring it on!" arnab mula mengangkat kedua belah tangannya dengan gaya seorang peninju.
Saya menyepak arnab menyebabkan dia terpelanting jauh.
"Okey, dia sudah jauh, sekarang kau sudah boleh beritahu samaada kita tersesat atau tidak?" soal saya.
"Kita sesat," akui Usmanov.
"Aku dah agak!" pari-pari nombor 920 menjerit. "Habislah kita! Habislah kita!"
"Apa yang habis?" soal arnab yang baru tiba setelah berlari sepenuh tenaga akibat ditendang jauh tadi.
"Okey, berdasarkan peta ini, kita ada dua arah pilihan. Satu ke Kota Muzika Irama dan satu lagi ke Hutan Sunyi Sepi? Kita mahu ke mana?" tanya Usmanov.
Kami diam. Kedua-duanya adalah pilihan yang sukar. Kota Muzika Irama ditadbir oleh seorang gabenor kejam bernama Basri Raja Dugong. Dengar cerita dia pernah menyeksa manusia hanya kerana orang itu tidak memberinya salam. Sementara Hutan Sunyi Sepi pula dikawal oleh seorang ahli sihir separuh manusia separuh burung Bayan yang digelar Bayan Sakti. Untuk melalui hutan itu seseorang harus terus bersajak sampai ke hujung hutan. Itu tak mengapa lagi, sajak tersebut mestilah berkualiti tinggi atau dia akan dimamah oleh hutan itu.
Apa pilihan pembaca?
A - Ke Kota Muzika Irama
atau
B - Ke Hutan Sunyi Sepi.
Cerita akan bersambung selepas mana-mana arah terlebih dahulu mendapat 3 undian
Undian dibuka sekarang...
February 18th, 2010 at 6:41 pm
yay! yg pertama ke?
ok. kalau A, lawan2, best baca tuh, confirm!
kalau B, sajak. anda bagus dlm itu. best jugak baca tu!
boleh tak jika bersikap tamak, dengan melakukan kedua2 task? seperti, bahagikan group kepada 2 mungkin ^_____^
dan.... arnab mesti menjalankan task B. pleaseee....
February 18th, 2010 at 6:49 pm
rerama - kena pilih. A atau B, takde dua-dua
February 18th, 2010 at 7:26 pm
A
February 18th, 2010 at 7:53 pm
untuk melayakkan penulis terus menjadi 'hero' sudah tentu pilihan saya -> B keh keh keh.... lagipun dengan adanya tiupan Seruling oleh Si Arnab, bacaan sajak oleh si Hero akan diberi Bonus tambahan oleh Bayan Sakti. Amacam ?
February 18th, 2010 at 7:58 pm
A..
February 18th, 2010 at 9:33 pm
saya pilih B!
February 18th, 2010 at 10:25 pm
orait, 2-2, seri.
Pengundi seterusnya menentukan jalan cerita.
Ayohhh!!!
February 18th, 2010 at 10:59 pm
B
February 19th, 2010 at 12:10 am
*** This is a whisper message for nazri! ***
February 19th, 2010 at 12:41 am
Ya, Taf Teh. Grand Duchess pretty much like my sajak Babi. Should i recite that sajak once more?
February 19th, 2010 at 12:42 am
Okeh, B terawal mendapat 3 undi.
Kita ke Hutan Sunyi Sepi
February 19th, 2010 at 8:34 am
A
February 19th, 2010 at 8:36 am
oh dah ada result rupanya. sori. boleh delete pilihan aku tadi.
February 19th, 2010 at 11:15 am
*** This is a whisper message for nazri! ***
February 19th, 2010 at 1:43 pm
kalau begitu, sila bg saya B!
dan, sajak itu kena betul2 bagus. ada pengundi. kira mcm pembantu2 bayan sakti lah
pembantu bayan = pembaca2.
:)
kot kami kata x best, anda kene tulis lagi, lagi dan lagi.. ^_^ ngeh.